
Ikan cencaru memang sedap dimakan cuma selalu jadi masalah adalah bila nak buang kulit keras atau ‘jaket’ ikan ini.
Kalau salah cara, dengan isi sekali akan tercabut. Bagi menanggalkan kulit ikan cencaru yang keras ini ada tekniknya. Perkongsian Mazlina Haji Ismail boleh dijadikan panduan
Teknik buang kulit ikan cencaru supaya isi tak tercabut
Cara ini saya tiru cara tauke ikan buka jaket atau kulit ikan cencaru. Caranya;
1. Buang sirip tepi ikan
2. Cungkil/ hiris kulit tepi sirip.
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Ok lulus
Selamat mencuba.
Sumber: Mazlina Haji Ismail.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Trik Paling Senang Kurangkan Masam Buah-Buahan, Guna Garam Je.

Percaya atau tidak, rasa buah yang terlalu masam memang membantukan selera makan. Jangan cepat putus asa, ada cara senang nak kurangkan rasa masamnya hanya dengan menggunakan garam je.
Selama ni tak tahu, rupanya sangat mudah, taburkan sedikit garam pada buah yang masam seperti buah mangga muda, buah kedondong, limau dan kundang. Selain rasa masam berkurangan, ia menimbulkan sedikit rasa manisnya. Inilah rasionalnya mengapa orang makan mangga muda dengan garam.
Selain itu, dengan sedikit taburan garam pada buah dari berubah warna dan lebam, sangat sesuai untuk buah-buahan seperti apel. Oleh itu, selepas potong apel rendam seketika dalam air yang dicampurkan dengan sedikit garam.
Secara tidak langsung garam membantu mengurangkan asid dalam masam buah yang anda makan. Selain itu, segala bahan kimia yang melekat pada buah juga boleh hilang dengan merendam dengan air garam.
Macam mana? Senangkan, lepas ni bolehlah amalkan. Sesiapa yang tak berani jamah buah masam boleh cuba ye…
Walaupun Petai Berbau Tapi Khasiat Dia Tinggi, Yang Nak Berhenti Merokok Elok Amalkan!

Isi Kandungan
ToggleSapa tak suka makan petai? Rugi tau tapi rasanya ramai yang sukakan. Petai adalah antara ulaman terbaik untuk kesihatan.Walaupun lepas makan ada bau yang kurang menyenangkan, tapi ada suatu aroma yang sangat sedap ketika petai dikunyah di dalam mulut.
Berdasarkan kajian, buah petai mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain iaitu sebanyak 8%, 11% karbohidrat, 71% air serta mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Petai juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat. Kombinasi zat ini mampu memberikan tenaga segera yang besar cukup untuk melakukan aktiviti berat selama 90 minit.
Cara nak pilih petai, pilihlah petai yang lebih segar kerana ia lebih berkhasiat jika nak dibandingkan dengan petai yang telah kecut. Kalau nak tahu, biji petai ni dipercayai membantu merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang serta mengeluarkan cacing bagi kanak-kanak yang ada masalah cacing dalam usus.
Khasiat Petai Untuk Kesihatan
- Mengurangkan depresi.
- Membantu mengatur kadar gula dalam darah di samping membaiki mood.
- Membantu menstimulasi pembentukan sel darah merah.
- Mencegah Anemia.
- Membantu meredakan tekanan darah tinggi.
- Membantu memudahkan proses pencernaan seterusnya mengurangkan risiko diserang sembelit.
- Membantu menstabilkan emosi dan suhu badan.
- Mengawal ketagihan merokok.
Bagi yang berhajat nak berhenti merokok, petai dapat membantu. Kandungan Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium di dalam petai membantu tubuh cepat sembuh dari kesan ketagihan nikotin. Maksudnya ia membantu membersihkan sisa nikotin dalam badan. Memang elok sangat kalau suami-suami yang dalam proses berhenti merokok. Hari-hari bagi suami ulam petai. Mana tahu usaha isteri berjaya.
Menurut kajian yang dilaporkan oleh The New England Journal of Medicine, amalan makan petai sebagai menu harian dapat menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus. Jadi kalau nak sihat sepanjang hayat dan awet muda sentiasa, amalkan petai sebagai ulaman utama. Tak perlu sambal sangat, makan begitu ajer pun sedap…Kalau dimasak dah berkurangan khasiat petai akibat daripada proses memasak. Sebaiknya makan mentah je.
Sumber: diaryummiadam
Resipi Petai Goreng Cili Padi Pedas Meletop
BAHAN-BAHAN:
- 100gm petai | dibuang kulitnya
- 3 biji cili padi | dihiris
- 2 biji cili merah | dihiris
- 1 biji bawang Bombay | dimayang
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 1 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh garam
- 2 biji limau nipis
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah dengan sedikit minyak sehingga garing.
2. Masukkan petai dan goreng sehingga masak.
3. Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya. Gaul sebati.
4. Akhir sekali, perahkan jus limau nipis sebelum dihidang.
Cara Potong Limau Nipis & Petua Mudah Banyakkan Perahan Jus.

Pernahkah anda beli limau nipis tetapi bila nak perah jusnya, sedikit sahaja jus yang keluar? Sakit juga hati. Maklumlah, harganya pun boleh tahan mahal. Ada petua yang boleh anda cuba.

Sekiranya anda ingin mendapatkan jus yang lebih banyak daripada sebiji limau, caranya mudah sahaja.
BAHAN-BAHAN:
- Limau nipis
- Air panas
CARA-CARA:
- Masukkan air panas ke dalam bekas.
- Kemudian masukkan limau nipis. Rendam kira-kira satu jam.
- Toskan air dan sedia untuk digunakan. Hasilnya, jus limau akan lebih banyak bila diperah.
- Selain itu, petua lain yang boleh dicuba ialah sewaktu beli limau nipis, pilih buah yang berkulit nipis dan lembut. Biasanya limau begini banyak airnya berbanding limau yang masih keras dan kulit seakan tebal apabila dipicit.
Jumlah jus limau juga bergantung kepada cara kita potong. Jika buah dipotong melintang, kemungkinan jus limau tak dapat keluar sepenuhnya apabila di perah. Malah kalau potong hingga ke bahagian biji, susah kot nak picit. Cuba cara ni. Mudah & jus pun keluar dengan banyak.
Mudah kan? Selamat mencuba!