Ikan cencaru memang sedap dimakan cuma selalu jadi masalah adalah bila nak buang kulit keras atau ‘jaket’ ikan ini.
Kalau salah cara, dengan isi sekali akan tercabut. Bagi menanggalkan kulit ikan cencaru yang keras ini ada tekniknya. Perkongsian Mazlina Haji Ismail
boleh dijadikan panduanCara ini saya tiru cara tauke ikan buka jaket atau kulit ikan cencaru. Caranya;
1. Buang sirip tepi ikan
2. Cungkil/ hiris kulit tepi sirip.
3. Keluarkan kulit yang sedikit tu.
4. Pegang kulit dengan menggunakan tuala/tisu dapur/kertas.
5. Rentap atau tarik kulit sampai ke bahagian ekornya.
Ok lulus
Selamat mencuba.
Sumber: Mazlina Haji Ismail.