Siapa suka makan acar buah? Bila gigit rasa masam-masam manis tu, sedap sangat kan. Tapi biasanya dapat makan acar buah waktu kenduri saja.
Buat mereka yang teringin nak makan acar buah, boleh buat sendiri dengan resipi yang dikongsikan Rozita Daud ini. Makan dengan nasi panas-panas pun layan
Sangat mudah dan sekejap saja untuk disediakan. Jom kita cuba!
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryerdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
Ads
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak dah panas, masukkan cili yang dikisar. 2. Tumis sampai pecah minyak baru, masuk serbuk kari dan cuka. Gaul sampai likat.
3. Masukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam kuali sambal tadi.
4. Perlahankan api, masukkan gula dan garam ikut kuantiti bahan. Rasa dah okay, gaul dalam 15 minit dengan api perlahan je. 5. Masukkan buah-buah campur. Gaulkan.
6. Untuk jeruk buah belimbing buluh, saya buat sendiri di rumah. Nak betul-betul menjadi ambil masa sebulan. 7. Saya rendam buah belimbing buluh dengan air gula likat dan jeruk sampai kecut. Bila dah sebati, buang air dan jemur sampai kering.
8. Masuk semua buah atas tadi dan gaul macam dalam gambar. Gaul kejap je dah rata, boleh tutup api.
Tak lama lagi nak berpuasa, mungkin ada di antara anda yang sedang mengganti puasa. Lauk simple seperti Kentang berlado dengan ikan bilis memang ‘berhantu’ bila makan. Selain itu lauk begini bila makan semasa hujan pasti menambah nanti. Bolehlah hidang untuk sekeluarga makan.
Kentang Berlado Dengan Ikan Bilis
Bahan-bahan:
Bawang merah*
Bawang putih*
Cili api merah*
Cili api hijau*
Limau kasturi (Option)
Garam, gula, ajinomoto
Cara memasak:
1.Kentang potong bulat-bulat tak nipis tak tebal sangat (goreng sampai masak)
2.Goreng ikan bilis.
3.Blend kasar semua bahan-bahan yang bertanda*
4.Kemudian tumis sampai garing. Masukkan garam, gula sikit je, ajinomoto, perah asam limau. Sesiapa tak suka limau, tak payah la letak. Saya suka sebab nanti aromanya wangi.
5.Bila Sambal dah garing, boleh la masukkan kentang dengan ikan bilis yang kita dah siap goreng awal tadi.
Sekarang ni, di mana-mana saja ada tawarkan menu nasi ayam penyet. Sambutan hangat terhadap menu yang lengkap dengan cita rasa pedas dan berempah ini membuatkan ramai yang suka makan nasi ayam penyet.
Nak membuat menu ini memang perlukan banyak bahan. Senang cakap, memang penuh satu pinggan dengan hidangan sampingan nasi ayam penyet ni. Ada tempe goreng, tauhu goreng, sayur dan sambal. Jom try buat sendiri.
NASI AYAM PENYET
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 keping tempe
4 keping tauhu
½ cawan tepung beras
Ulam-ulam ( kubis, kacang panjang dan timun )
Bahan Kisar:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam
1/2 cawan air
Bahan sambal
6 biji cili merah
15 biji cili padi
3 biji buah tomato
1 ½ inci belacan bakar
1 sudu makan garam
2 sudu makan gula
2 biji jus limau kasturi
Cara memasak
Untuk ayam:
1. Bahan Kisar dikisar sehingga halus.
2. Kemudian perap bahan kisar tersebut bersama ayam yang telah dipotong kecil. Perap selama 2 jam.
3. Sebelum menggoreng, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi dan gorenglah seperti biasa.
Untuk tauhu dan tempe:
1. Potong tauhu dan tempe ikut saiz pilihan anda.
2. Gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam.
3. Taburkan sedikit tepung beras dan goreng sehingga garing.
Untuk sambal:
1. Kisar semua bahan bersama sedikit air masak. Tambahkan garam dan gula secukupnya.
2. Hidangkan semua bahan tadi bersama nasi panas.
Buat pancake atau penkek ni memang mudah. Pancake gebu lemak berkrim ditambah buah-buahn seperti lemon memang lazat. Bagi penggemar coklat, min pasti pancake Milo jadi pilihan.
Bagi mak-mak yang nak buat bekalan untuk anak sekolah dan juga sarapan, pancake memang pilihan terbaik. Jom semak resipinya.
PANCAKE LEMON MAPLE SYRUP
BAHAN-BAHAN:
150gm tepung gandum
50gm cornflakes | ramas kasar
280ml susu segar
30gm gula halus
1 biji lemon | perah ambil jusnya sesudu makan
1 biji parutan kulit lemon
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Sirap Maple secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, jus lemon, parutan kulit lemon, cornflakes, serbuk penaik dan gula. Gaul rata. 2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair. 3. Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali. 4. Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. 5. Hidangkan pankek bersama sirap maple.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak: 40 minit Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Tekstur agak kenyal Jenis masakan : Pencuci mulut
INFO CHEF: Boleh hidangkan bersama hirisan buah-buahan segar dan krim putar jika suka.
PANCAKE MILO
Bahan – bahan:
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair/ susu segar
3 paket Milo 3 in 1
3 sudu besar mentega dicairkan
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder @serbuk penaik
CARA MEMASAK : 1. Pecahkan telur dan kacau 2. Masukan susu, soda bikabonat, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Boleh kisar guna pengisar. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati ye semua bahan – bahan untuk resepi pancake milo 3. Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan. Gunakan non-stick yang saiz 3-5inci. 4. Tuangkan 1 senduk adunan dalam pan, pastikan gunakan api yang perlahan ketika memasak. 5. Bila bahagian atas berlubang² udara & hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat, takut terlebih masak di bahagian bawah. 6. Biarkan sekejap & terus angkat. 7. Sedia untuk dihidangkan.
* sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung. * tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dgn air panas sedikit, tuang atas pancake.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!