Cara buat acar limau kasturi, menu ini boleh lauk sampingan yang cukup membuka selera. Gabungan rasa masam, manis, pedas dan masin menjadikan acar ini sesuai dimakan dengan nasi putih, penambah rasa pada lauk utama.
Selain mudah disediakan, acar limau kasturi juga boleh disimpan lebih lama dan rasanya akan jadi lebih enak selepas beberapa hari kerana semua bahan sebati. Nak cuba buat sendiri di rumah? Jom ikut resipi perkongsian Noor Cheah ini.
Cara Buat Acar Limau Kasturi Paling Sedap
Bahan-bahan
15-18 biji limau kasturi masak ranum
8 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih
1 genggam cili kering dikisar (atau 6 sudu besar pes cili kering)
2 inci halia – hiris halus
Sedikit kismis hitam
Lobak jeruk (masin atau manis, ikut cita rasa)
Beberapa biji bawang merah kecil – digoreng layu
Gula, garam & cuka secukupnya
Sedikit minyak jagung
Cara Penyediaan
1. Limau kasturi dibelah dua, buang biji, perah & rebus 10 minit dengan sedikit gula, garam. Kemudian tos dan asingkan
2. Goreng hirisan halia hingga kekuningan, angkat dan ketepikan. Ulang langkah sama untuk bawang merah kecil hingga layu.
Ads
3. Tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih & cili kering) hingga pecah minyak.
4. Masukkan gula, garam dan cuka. Masak dengan api kecil hingga sebati.
Ads
5. Masukkan halia goreng, bawang merah goreng, lobak jeruk, kismis dan kulit limau kasturi. Gaul rata.
6. Masak perlahan hingga kuah sedikit pekat. Rasa dan seimbangkan rasa masam, manis, masin serta pedas mengikut selera.
7. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bertutup.
Ads
TIP
-Gunakan limau kasturi yang masak ranum dan kulitnya nipis untuk hasil acar yang lebih sedap.
-Simpan acar semalaman sebelum dimakan – rasa akan lebih sebati dan kuah jadi pekat.
-Boleh tambah sedikit hirisan cili padi segar jika suka lebih pedas.
Apabila berada di dapur, antara benda paling renyah nak buat adalah menyiapkan bahan-bahan atau orang panggil sebagai ramuan. Apa kata kita buat siap-siap bahan perencah untuk dijadian ramuan dalam makanan yang bersesuaian. Pes begini sebenarnya boleh digunakan dalam banyak masakan.
Jadi, ianya memudahkan kerja di dapur. Misalnya nak masak nasi goreng. Anda dah tak perlu nak mengupas bawang, perisi ikan bilis, menumbuk belacan dan sebagainya. Hanya tinggal tumiskan pes ini dan nasi. Kalau nak tambah sotong atau udang, itu terpulang. Senang kan?
PES BELACAN SERBA GUNA
Bahan-bahan
10 biji cili padi
2 biji cili merah (nak letak semua cili padi pun boleh)
Belacan sebesar ibu jari
Air
Minyak masak untuk menumis
2 sudu teh sos tiram
Sedikit gula
Cara memasak
1. Kisar cili padi, cili merah dan belacan bersama sedikit air.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan sos tiram serta gula dan masak sehingga pecah minyak. Pastikan selalu dikacau bagi mengelakkan pes hangit.
4. Padamkan api dan sejukkan. Simpan di dalam bekas bertutup.
TIP:
1. Boleh juga masukkan ikan bilis dalam bahan untuk dikisar. Cuma kalau dah masukkan ikan bilis, sos tiram kena kurangkan kerana takut terlebih masin.
2.Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, gandakan kuantiti bahan-bahan di atas.
Nak belajar cara-cara membuat Sos Cili Thai homemade yang enak dan versi jimat? Boleh cuba yang ni. Memang sangat sedap dan boleh jimat banyak. Ada rasa pedas, masam dan manis. Sesuai sangat kalau guna untuk cicah keropok, ayam bakar, udang, sotong celup tepung, kerang rebus dan macam-macam lagi.Saudari Sumaiyah Abdullah ada kongsikan bahan-bahan serta cara membuatnya. Selamat mencuba!
Cara buat pes asam pedas ini perlu belajar kalau setiap minggu makan lauk asam pedas. Lebih memudahkan kerja memasak kita.
Cuma bagi memastikan hasil asam pedas dari pes homemade ini sedap padu ada cara dan sukatannya.
Cara buat pes asam pedas homemade
Bahan-bahan
3 biji bawang besar **
3-4 genggam cili kering – potong, bersihkan dan rebus **
5-6 ulas bawang putih **
1 ketul kunyit hidup **
3 inci halia **
1 sudu besar lada hitam **
Satu kiub ayam **
1 inci belacan bakar **
2 batang serai – diketuk
1 sudu besar halba
1 ikat daun kesum (60sen)
2 sudu teh garam halus atau secukup rasa
1 mangkuk kecil air asam jawa
4 sudu teh gula atau secukup rasa
2 1/2 senduk besar minyak masak – menumis
Cara penyediaan
1. Cili kering dipotong serong buang biji cili, dibersihkan dan direbus lembut. Selepas itu angkat cili air rebusan buang.
2. Di dalam pengisar/blender satukan bahan bertanda kisar hingga hancur dan halus.
3. Panaskan minyak, tumis halba kemudian letak serai. Tuang bahan kisar lalu masak hingga pecah minyak (lebihkan minyak sewaktu menumis).
4. Kemudian masukkan bersama bahan-bahan lain, perasakan secukup rasa. Masakkan lebih kurang 3 minit lagi.
5. Apabila siap, sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas supaya lebih tahan lama. Nak lebih tahan lama simpan di tempat sejuk beku.
Cara penggunaan pes
Untuk asam pedas ayam setengah ekor masukkan 5-6 sudu besar pes asam pedas tip top, air 5 cawan (agak-agak paras ayam di dalam periuk). Masak hingga mendidih.
Jika kekurangan dari segi rasa boleh je tambah ikut selera. Jika suka kuah pekat kuah, tambah pes. Hasil kuah asam pedas menggunakan pes ini merah cantik dan sedap. Bau aroma asam pedas padu.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!