Sudah lama teringin nak membuat agar-agar cendol gula melaka ni. Nampak gambarnya cukup tertarik pasti sedap dan lemak manis.Tak boleh tahan lagi nak tunggu hari minggu. Kuih ini kena betul-betul sejuk, baru cantik bila dipotong. Ummmph, makan sejuk-sejuk best.
Agar-agar cendol gula melaka Lapisan cendol 10gm agar-agar tali 3 cawan air 1 cawan gula 1 kotak kecil santan kara-BELI ONLINE DI SINI secubit garam
Lapisan atas 10gm agar-agar tali 4 cawan air 1/2 cawan gula melaka /gula merah -BELI ONLINE DI SINI sehelai daun pandan *Agar-agar sepaket 20gram dipotong 2. Saya guna gula merah.gula melaka.Cendol ditapis dulu kemudian toskan
Cara memasak:
1. Masak tiga cawan air,agar agar, daun pandan bagi larut. Kemudian masukkan gula,santan.garam dan juga cendol. Kacau sampai mendidih tutup api.Keluarkan daun pandan.
Ads
2.Loyang 9×9 renjis sikit air pada loyang dulu. tuangkan agar- agar tadi. Sejukkan.
3. Masak agar-agar, 3 cawan air, masukkan daun pandan. Masak hingga larut agar-agar.
4. Masuk 1/2 cawan gula melaka atau gula merah, kacau sampai mendidih. Tutup api.
5. Cakar dulu permukaan lapisan cendol begini.
Ads
6. Tuangkan lapisan gula melaka ke atas lapisan cendol.
7. Sejuk dulu di luar lebih kurang ½ jam. Kemudian baru masuk peti sejuk.
8. Bila dah sejuk bolehlah potong buat hidangan minum petang. Selamat mencuba.
Disaat ada di kampung halaman, inilah masanya untuk makan masakan kampung asli. kalau masak lemak tu, memang tak kedeku santan orang kata. Berikut antara menu yang boleh anda masak. nanti boleh cari bahan dan masak menu di bawah ni.
1. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
5 batang serai | diketuk
5 helai daun kunyit | disiat
2 keping asam gelugur
1 liter santan cair
2 kg santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
2. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
3. Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
4. Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
5. Sedia untuk dihidangkan
2. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos cili
5 biji cili padi | dikisar
4 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar Holland | dihiris
1cm halia | dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji cili padi | dibuang tangkai
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
5. Sedia untuk dinikmati.
3. SAMBAL IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol saiz sederhana | dipotong kecil
6 biji bawang merah | dikisar
20 tangkai cili kering | direndam air panas dan dikisar
1cm belacan | dikisar
2 biji bawang besar | dihiris
4 keping asam gelugur
Sedikit garam kasar
Sedikit garam halus
Gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan susun di dalam periuk. Tabur garam kasar dan tiga keping asam gelugur.Rebus menggunakan api kecil sehingga ikan masak.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan seketika.
3. Dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. Masukkan satu keping asam gelugur, garam dan gula. Gaul rata.
4. Masukkan ikan yang digoreng tadi bersama hirisan bawang besar. Gaul sehingga semua bahan sekata dan bawang sedikit layu.
5. Sedia untuk dinikmati.
4. LAWA MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
5kg mangga muda | disagat halus
1kg santan kelapa | anggaran mengikut kesesuaian dan jenis manga
300gm cili kisar | guna cili kering china
Sedikit cili padi | mengikut tahap kepedasan yang diingini
60gm lada hitam kasar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sekejap santan menggunakan api sederhana namun jangan sampai pecah minyak.
2. Masukkan cili kisar dan biarkan masak lebih kurang 2-3 minit sahaja dengan api sangat perlahan. Ia bertujuan untuk memastikan lawa mangga tahan lama.
3. Satukan mangga dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
Dah lama tak masak hidangan istimewa untuk keluarga. Makan malam hidangkan nasi briyani pun menarik. Aroma ketika menumis nasi briyani ni memang buat tak tahan nak makan. Pelbagai rempah ratus yang digunakan membuat ia tambah sedap. Gerenti bertambah nanti makan.
1.Masukkan minyak sapi dan butter, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga garing. Masukkan tiga sekawan, daun salam, daun pandan dan gajus kismis. Kacau seketika.
2.Kemudian masukkan tomato,cili hijau,cili padi dan garam secukupnya.
3.Masukkan rempah briyani dan ayam yang diperap tadi dan kacau rata.
4.Setelah siap tutup api dan masukkan kesemuanya ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
Hari ni, kalau nak masak ringkas tapi sedap, ni ada resipi Ketam Kari Cili Padi yang paling ringkas, tak perlu nak bersusah payah guna santan atau menumbuk cili bawang bagai , cuma goreng hiris dan titik semua bahan kemudian tumis. Tak sampai 15 minit dah siap dan hasilnya memang sedap, tak percaya cubalah!
KETAM TUMIS KARI CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersih dan potong dua
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1 biji bawang besar hiris
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan air asam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya| menumis dan meng
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 biji buah keras
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ketam hingga kemerahan kulitnya. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan air asam, kacau rata.
Setelah pecah minyak, masukkan ketam yang telah digoreng, gaul rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!