Sudah lama teringin nak membuat agar-agar cendol gula melaka ni. Nampak gambarnya cukup tertarik pasti sedap dan lemak manis.Tak boleh tahan lagi nak tunggu hari minggu. Kuih ini kena betul-betul sejuk, baru cantik bila dipotong. Ummmph, makan sejuk-sejuk best.
Agar-agar cendol gula melaka Lapisan cendol 10gm agar-agar tali 3 cawan air 1 cawan gula 1 kotak kecil santan kara-BELI ONLINE DI SINI secubit garam
Lapisan atas 10gm agar-agar tali 4 cawan air 1/2 cawan gula melaka /gula merah -BELI ONLINE DI SINI sehelai daun pandan *Agar-agar sepaket 20gram dipotong 2. Saya guna gula merah.gula melaka.Cendol ditapis dulu kemudian toskan
Cara memasak:
1. Masak tiga cawan air,agar agar, daun pandan bagi larut. Kemudian masukkan gula,santan.garam dan juga cendol. Kacau sampai mendidih tutup api.Keluarkan daun pandan.
IKLAN
2.Loyang 9×9 renjis sikit air pada loyang dulu. tuangkan agar- agar tadi. Sejukkan.
3. Masak agar-agar, 3 cawan air, masukkan daun pandan. Masak hingga larut agar-agar.
4. Masuk 1/2 cawan gula melaka atau gula merah, kacau sampai mendidih. Tutup api.
5. Cakar dulu permukaan lapisan cendol begini.
IKLAN
6. Tuangkan lapisan gula melaka ke atas lapisan cendol.
7. Sejuk dulu di luar lebih kurang ½ jam. Kemudian baru masuk peti sejuk.
8. Bila dah sejuk bolehlah potong buat hidangan minum petang. Selamat mencuba.
Anak-anak suka sangat beli jajan tak berkhasiat asal pergi kedai automatik dah ada dekat kaunter bayaran. Bagi ibu bapa yang mementingkan kesihatan untk anak-anak, bahkan untuk diri sendiri juga, apa kata cuba jajan homemade ni hanya menggunakan laksa untuk digantikan dengan jajan yang tak berkhasiat tu…
Anak-anak penggemar Twisties?, tak perlu risau lagi hanya dengan 1 bungkus laksa boleh dapat 2 balang, puas anak dan ayah makan sambil tengok tv..
Bahan-bahan:
Laksa beras yang telah dikeringkan.
Boleh beli laksa kat kedai, buat sendiri kemudian keringkan laksa tu, jemur sampai kering.
Atau.
Beli laksa segera kat kedai. Boleh terus goreng.
Goreng sampai garing.
Tips mengoreng.
Guna api sederhana.
Goreng macam kita goreng ikan bilis, dah tak ada letup kecil dan minyak cam senyap dalam kuali tu tanda dah masak.
Dah masak, ikut kreativiti masing-masing. Ada orang suka makan kosong macam tu saja. Rasa lemak lemak gitu. No sugar added. Kami kurangkan gula semaksima mungkin.
Yang kosong macam ni pun jadi gula juga bila makan.
Scone panas yang dinikmati bersama jem dan secakir teh panas memang begitu mengasyikkan.
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh garam
125gm mentega tanpa garam sejuk ] potong dadu
25gm gula kastor
1 biji telur ] pukul
275gm buttermilk/susu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selcius.
Ayak tepung bersama soda bikarbonat, cream of tartar, garam dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan mentega. Gunakan jari, gaulkan ke dalam tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan gula dan gaul rata.
Ketepikan 1/3 daripada telur dan campur selebihnya dengan buttermilk dan tuang ke dalam adunan tepung dan guli menjadi doh lembap. Taburkan tepung di atas pencanai dan uli doh. Canai setebal 2 cm.
Bahagikan doh kepada 12 menggunakan acuan bulat dan susun atas dulang pembakar. Sapukan telur yang dicampurkan dengan sedikit susu di atas doh dan bakar selama 15 minit.
Angkat dan sedia dinikmati bersama mentega dan jem.
Orangnya memang cantik bergaya.Sentiasa berpenampilan menarik. Datin Eykah atau nama penuhnya Datin Nur Zulaikha Ellieyana Noah ini cukup ramah melayani tetamu dan rakan yang datang berkunjung.
Sebagai anak jati Terengganu lauk Kerutuk Itik kerap menjadi menu utama di meja hidangan.Ini lauk yang diwarisi dari ibu beliau
Bercerita mengenai lauk pauk Terengganu,ceritanya,”Nenek dan ibu memang pakar buat lauk kerutuk itik. Ia jadi menu padanan wajib di kenduri kendara yang dihidang bersama nasi dagang. Kari Ikan Tongkol juga ‘favorite’ saya dan keluarga. Untunglah saya dapat belajar dari mereka sebab lauk seperti Kerutuk Daging yang asli dan lazat memang sukar dicari. Sedari zaman persekolahan saya telah didedahkan dengan ilmu masakan. Sebagai cucu sulung dari anak sulung, pastilah saya amat rapat dengan nenek yang banyak berkongsi petua dan tip masakan“.
Suri hati kepada ahli perniagaan Datuk Mohammad J.K Noah ini mengakui, suami beliau lebih hebat memasak. Namun ini bukan alasan untuknya tidak memasak di rumah.
Bila kawan-kawan darn saudara mara datang berkunjung masa inilah beliau akan menyingsing lengan memasak untuk tetamu. Apa hebatnya resipi Kerutuk Itik dan Kari Ikan Tongkol sentuhan beliau, jom kita cuba.
KERUTUK ITIK BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik | anggaran 1 1/2 kg
500ml santan pekat
4 sudu makan rempah kerutup
3 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan kerisik
Garam dan gula kabung secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
3cm halia
3cm kunyit
2cm lengkuas
4 batang serai
BAHAN GORENG SANGAI DAN KISAR:
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah penumis, hingga naik bau dan tambah rempah kisar tadi. 2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak, masukkan gula kabung, garam dan air asam Jawa. 3. Seterusnya masukkan rempah kerutuk, kacau dan tumis lagi seketika. 4. Masukkan itik dan sedikit air biarkan mereneh hingga itek empuk. 5. Akhir sekali masukkan santan dan sedikit air, biarkan mereneh hingga kuah pekat baru masukkan kerisik. 6. Kecilkan api biarkan kuah hingga pekat dan terbit minyak. 7. Setelah isi itik lembut, rasa sekali lagi untuk pastikan agar secukup rasa sebelum tutup api. 8. Kerutuk Itik sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika perlu boleh rebus dahulu itik bersama hirisan halia, dan sedikit rempah kerutuk.
KARI IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
2kg ikan tongkol |rebus bersama asam keping dan garam
1/2kg santan pekat
4 keping asam gelugor
1 keping gula kabung
Garam secukup rasa
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan halba campur
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
3cm halia
3cm kunyit hidup
2cm lengkuas
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumiskan halba campur, diikuti dengan bahan kisar. 2 .Kacau rata hingga wangi kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. 3. Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan gula kabung. 4. Setelah gula hancur, masukkan santan pekat dan tambah air secukupnya. 5. Seterusnya masukkan asam gelugor, ikan dan garam. 6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga pecah minyak. 7. Jika suka, boleh tambah cili bulat. 8. Setelah cukup rasa, tutup api. 9. Kari ikan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kari lebih sedap jika disediakan awal sekurang-kurang tujuh jam sebelum sedia dihidangkan.
BUBUR lambuk merupakan juadah yang dinantikan oleh masyarakat setiap kali tiba Ramadan.Sempena bulan yang mulia ini pengeluar rempah ratus terkemuka, BABA'S mengagihkan sebanyak 1,500...