Anda suka makan Agar-Agar Lumut Gula Merah? Jika ya, resipi ni anda kena cuba. Kalau makan masa sejuk-sejuk, memang layan sungguh. Lebih-lebih lagi kalau makan dikala cuaca panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza ni. Pasti puas hati.
RESIPI AGAR AGAR LUMUT GULA MERAH
Ads
BAHAN-BAHAN
18gm agar-agar tali
1250ml air
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
2 sudu makan gula – boleh kurangkan jadi 1 sudu jika suka kurang manis
1 kotak santan
1 cawan gula merah
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan masukkan agar-agar tali. Biarkan hancur dan larut.
2. Kemudian masukkan gula merah, gula dan esen vanilla. Masak sehingga mendidih.
3. Dalam bekas lain, satukan santan dan telur. Kacau kemudian tuang ke dalam periuk. Masak selama 5 minit menggunakan api perlahan.
Ads
4. Kuatkan api sehingga naik buih. Padamkan api dan tuang campuran ke dalam loyang.
5. Sejukkan agar-agar dan boleh dipotong apabila mengeras.
Bulat kecil, bula besar, bulat semua… Kenapa comel sangat kejadiannya ni, terliur rasanyakan. Selalunya benda-benda yang bulat ni akan nampak comel di mata .. Jika berkunjung di Thailand, anda mesti akan melihat sejenis kuih berbentuk bulat-bulat ini, peluang seperti itu jangan sesekali dilepaskan kerana ia wajib cuba.
Kuih Bebola Keledek Manis memang sedap!. Teksturnya yang lembut dan sedikit kenyal. Jika anda melawat ke pasar malam di Cameron Highlands anda akan menjumpai cekodok ini. Rasanya yang sedap dimakan semasa panas-panas, memang terbaik! Pasti ramai yang tak sabar nak buat kan. Jom buat!
BEBOLA KELEDEK MANIS VIRAL
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan keledek oren – (rebus, lenyek baru sukat)
1/4 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung pulut
3/4 cawan tepung beras
1 sdt baking powder
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA:
Satukan kesemua bahan
Uli sehingga jadi doh
Bulat-bulatkan
Goreng sehingga masak dan kuning keemasan
Angkat dan hidangkan ketika panas. Siap!
* Jika suka kenyal lebihkan tepung pulut.
*Sesuai di hidangkan bersama kopi panas ketika sarapan pagi atau minum petang.
Bila bercerita pasal kurma, ramai yang menjadikan amalan memakannya di bulan Ramadan sahaja. Tapi bukankah rugi buah kurma yang banyak khasiat dan kebaikan ini dimakan masa bulan puasa sahaja.
Apa yang pasti bagi anda yang sedang mencari alternatif untuk mengawal tekanan darah, kolesterol serta mahu mengelakkan sakit jantung dan strok, kurma makanan tinggi serat ini sangat sesuai dan berkhasiat.
Kandungan nutrien makanan ini yang tinggi menjadikan ia makanan yang sewajarnya wajib anda makan untuk menjaga kesihatan. Kurma juga sedap dijadikan sajian pencuci mulut yang hebat.
1.BROWNIES COKLAT KURMA
BAHAN-BAHAN :
128 gm mentega lembut
70 gm coklat gelap
100 gm telur
100 gm gula halus/castor
50 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
50 gm walnut/dicincang halus
50 gm kurma / keluarkan isi dicincang halus
CARA MEMBUAT :
1. Cairkan coklat dan mentega menggunakan teknik ‘double boil’, iaitu dengan memanaskan kuali yang berisi air hingga mendidih dan letakkan loyang bulat atau periuk di atasnya.
2. Setelah cair ketepikan, biarkan adunan sejuk sedikit,
3. Sedia kan bekas dan masukkan telur, esen vanilla bersama gula castor. Kacau laju supaya semuanya sebati, masukkan s glukos cecair. Jangan terlebih kacau, tidak perlu menggunakan ‘mixer’.
4. Masukkdan mula tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit serta serbuk koko.
5. Masukkan walnut dan kurma, dan kaup balikkan sekali.
6. Tuangkan ke dalam loyang pembakar, ratakan adunan
7. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar dalam suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah.
8. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 10 potongan Masa memasak : 45 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Brownies Keistimewaan : Brownie kaya rasa coklat dan manis kurma serta lemak berkacang. Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Brownies dengan ramuan kurma makanan sunnah yang sesuai sebagai pencuci mulut dan moreh.
Resipi : Hotel Sheraton PJ
10. PENGAT KURMA ,DELIMA & BUAH-BUAHAN SUNNAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji delima /diambil isinya
1 biji santan kelapa
15 biji kurma /dibuang biji
10 biji buah tin kering /dipotong
20 biji gajus goreng @ bakar
2 helai daun pandan/ disimpul dan diikat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1.Ambil periuk dan masak buah-buahan bersama santan, gula, daun pandan dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
2.Masak dengan api yang sederhana.
3.Apabila mendidih tutup api dan pengat sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 6 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Ramuan makanan sunnah yang manis berlemak Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Bahan ramuan buah delima, kurma, buah tin adalah amalan pemakanan sunnah yang lazat lagi menyihatkan. Inspirasi menu hebat yang direka chef hotel The Pearl.
Selalunya roti jala makan dengan kuah kari, kuah durian atau sambal, kali ini RASA ingin kongsikan menu roti jalan coklat yang dicecah dengan sos coklat. Gerenti anak-anak tak tolak punya. Lagi sedap bila dalamnya tu ada inti pisang. Rugi tak cuba, tapi kalau nak cuba, ini menu resipinya ye…
.
ROTI JALA PISANG SOS COKLAT BAHAN-BAHAN:
150gm tepung gandum
20gm gula halus
15gm serbuk coklat/koko
1/8 sudu teh serbuk kulit kayu manis | jika suka
1/4 sudu teh garam halus
1 biji telur
250ml santan /susu cair
1 sudu teh pes coklat
1sudu makan mentega
INTI:
Pisang raja bulu | goreng dengan mentega hingga garing
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan kulit kecuali mentega yang dicairkan.
Kacau rata mengguna mixer atau blender, setelah sebati masukkan mentega. Kacau lagi.
Tapis dan masukkan dalam acuan roti jala.
Panaskan kuali non stick leper ukuran lebih kurang 20cm.
Jalakan adunan membentuk jaringan biarkan masak.
Letakkan pisang goreng tadi di roti jala dan gulung.
Sementara itu sediakan sos coklat dengan memasukkan susu cair, garam, gula pasir dan serbuk coklat.
Kacau hingga mendidih, kemudian masukkan coklat gelap, biarkan hingag coklat larut. Pekatkan dengan dengan tepung jagung.