Air jamu ini selalu dihidangkan sementara menunggu atau selepas buat rawatan spa. Bila dah lama tak ke spa, ada masa kita pun teringin nak minum air jamu yang harum berbau rempah dan juga pudina ini.
Tapi tak perlulah ke sana semata-mata nak minum air jamu sebab kita pun boleh buat sendiri di rumah. Air ini elok diminum terutama bila badan terasa letih dan lemau. Cara membuatnya dikongsi oleh Sarifa Redzuan II
Air jamu ni sesuai untuk lelaki, perempuan serta remaja. Lepas minum rasa ringan badan. Sakit kepala pun berkurang.
Sesuai diminum satu cawan setiap hari. Air ini juga elok disediakan di spa sebagai welcome drink pelanggan. Aromanya memang superb! Lepas minum paling best kita akan sendawa, kerana angin keluar. Lega…
Halia
2 batang serai
1 sudu kecil halba campur
1 sudu Kecil bunga cengkih
1 sudu kecil biji pelaga
2 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil bunga lawang
1-2 sudu madu
Beberapa helai daun pudina
1. Halia dan serai diketuk kemudian rebus semua bahan dengan 6 cawan air.
2. Masukkan beberapa helai daun pudina. Rebus dalam 10 minit.
3. Tapis airnya dan masukkan satu sudu besar madu.
4. Dah siap jamu yang mampu tambah tenaga. Cuba ya. Sedap sangat.
Selamat mencuba!
Sumber: Sarifa Redzuan II