Cara Buat Air Nanas Soda Sedap Hanya Guna 3 Bahan

Share

Sedapnya Air Nanas Soda ni. Cuaca panas, dapat pula minuman sejuk

, memang terasa nikmatnya. Bagi anda yang teringin nak buat minuman ni, resipi perkongsian Ben Safwan ni antara yang boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

MINUMAN HOMEMADE PALING SEDAP UNTUK BERBUKA 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin nanas
  • 1 ½ cawan cawan air soda
  • 5 potongan kecil buah nanas segar

CARA MEMBUAT:

1. Kisar buah nanas bersama air soda. Kemudian tapis menggunakan penapis santan. Tujuannya untuk menghilangkan buih nanas.

2. Isi jus ke dalam bekas bersesuaian. Tambahkan nanas tin bersama air sirapnya.

3. Tambah ais secukupnya. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.

INFO: Tidak perlu tambah gula kerana sirap nanas sudah mempunya rasa manis.

Kredit resipi & foto: Ben Safwan

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Published by
Nur