
Macam-macam makanan boleh dihasilkan secara homemade jika tahu bahan-bahan dan caranya. Salah satu yang puan-puan boleh hasilkan untuk anak-anak ialah Aiskrim Homemade resipi perkongsian saudari Norita Ahmad ni. Memang istimewa kerana anda hanya perlukan dua bahan sahaja untuk menghasilkan manisan yang sedap seperti aiskrim berjenama mahal ni. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
AISKRIM HOMEMADE GUNA 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm UHT Whipping Cream
- 400gm susu pekat manis – boleh kurangkan jumlahnya
CARA MEMBUAT:
1. Pukul whipping cream sehingga sedikit likat.
2. Kemudian masukkan susu ( elok sejukkan dalam peti sejuk) dan pukul sebati. Jika nak tambah perasa, selepas menambah susu pekat manis, bolehlah tambah apa-apa perisa ikut citarasa. Antara yang boleh dimasukkan ialah kopi 3 in 1 (larutkan dengan 2 sudu makan air suam), coklat cip atau biskut yang dipatah-patahkan. Boleh juga menambah sos coklat, buah-buahan dan sebagainya.
3. Siap dan boleh dimasukkan ke dalam bekas bersesuaian untuk disejukbekukan.
Kredit resipi & foto: Norita Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Creamy Cheesy Popia Carbonara, Mudah & Sedap

Kalau petang-petang tak tahu nak buat makanan apa, boleh cuba buat creamy cheesy popia carbonara.
Bukan macam popia biasa, tapi inti dia yang creamy dengan cheese, memang sedap!
Resipi yang dikongsi Saiful Nasuha ini, menggunakan bahan yang mudah didapati di kedai.
CREAMY CHEESY POPIA CARBONARA
BAHAN-BAHAN:
Sedikit mentega/ marjerin – beli online di sini
1 tin sos carbonara prego (mana-mana jenama pun boleh)
6 batang sosej | dipotong dadu
Isi ayam/ ayam cincang/daging cincang
½ bawang holland* – beli online di sini
3 ulas bawang putih* – beli online di sini
½ batang lobak merah* – beli online di sini
3 keping cheese (kalau ada mozarella cheese pun okay)
2 sudu besar tepung gandum (yang dibancuh dengan air) – beli online di sini
Sedikit susu segar (kalau tak ada, guna 2 sudu besar susu tepung fullcream nespray/everyday)
Sedikit serbuk lada hitam ajishio/serbuk lada putih
Garam & serbuk perasa secukupnya
Oregano kering/parsley kering
TONTON Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live
TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Kisar bahan bertanda * untuk pekatkan kuah nanti.
2. Panaskan marjerin dan masukkan sosej yang dipotong dadu dan daging cincang masak seketika.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan bancuhan tepung gandum, susu segar/susu serbuk dan sos carbonara.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
5. Masukkan garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam, serbuk lada putih.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Masukkan cheese. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Akhir sekali, taburkan oregano dan parsley.
7. Biarkan sejuk seketika sebelum balut dengan kulit popia.
Kredit resipi: Saiful Nasuha
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedap Macam Makan Kenduri, Ini Cara Buat Nasi Planta & Ayam Masak Merah
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Khasiat Bunga Telang & Menu Sedap Boleh Masak Guna Bahan Ni.

Bunga Telang atau nama saintifiknya Clitorea Ternatea adalah sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai pewarna dan juga tanaman hiasan. Bunganya yang berwarna biru terang sering digunakan sebagai pewarna bagi sajian Nasi Kerabu. Jika dahulu, bunga ini tidak dipedulikan dan hanya digunakan dalam masakan yang terhad namun kini, ia kembali mendapat perhatian.
Ia bukan sahaja berguna dari segi mewarnakan makanan malah turut mengandungi banyak khasiat dan manfaat terhadap kesihatan.
KHASIAT & MANFAAT BUNGA TELANG

1. MENGUBATI BISUL
- Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa kuntum bunga telang kemudian tumbuk dengan sedikit gula melaka. Tampal bahan tumbuk tadi di bahagian bisul. Ulang beberapa kali hingga bisul kecut.
2. MENAJAMKAN PENGLIHATAN
- Air rendaman bunga telang juga dikatakan mampu menajamkan penglihatan. Caranya ialah rendam beberapa kuntum bunga telang dan minum airnya. Untuk lebih enak, boleh dicampur bersama sedikit gula.
3. BANTU CUCI DARAH
- Darah yang kotor akan menyebabkan penyakit kulit seperti bisul dan jerawat. Untuk mengubati masalah ini secara semulajadi, amalkan pengambilan air bunga telang secara konsisten.
4. BAGUS UNTUK DETOKSIFIKASI
- Bunga ini juga dikatakan mampu menghilangkan racun dalam tubuh dan juga membantu melancarkan proses pencernaan.
5. MENGATASI STRES
- Bunga telang juga dikatakan boleh mengatasi masalah stres. Kandungan anti depresi yang ada pada bunga ini mampu memberikan rasa tenang dan meredakan tekanan yang dialami.
6. TINGKATKAN KEKUATAN OTAK
- Bunga ini juga mempunyai kemampuan dalam meningkatkan memori. Malah bunga ini juga mempunyai kesan positif pada saraf yang mampu memperkuat serta meningkatkan fungsi otak.
Jadi bila dah tahu khasiat bunga telang ni, bolehlah tanam dan gunakannya dalam hidangan harian. Antara yang boleh dicuba ialah enam resipi perkongsian dari Chef Sue M Arukin ni. Sangat mudah dan enak. Jom cuba!
1. BLUE BUTTERFLY DRINK
BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam bunga telang
- 2 cawan air suam
- 3 cawan air sejuk
- Gula batu secukupnya
- 1 helai daun pandan
- 2 biji jus limau nipis
- Ais secukupnya
CARA MEMASAK:
- Basuh bersih bunga telang dan rendam dalam air suam selama 30 minit.
- Kemudian masukkan ke dalam periuk. Tambahkan air, gula batu dan daun pandan. Masak dan biar mendidih hingga air tinggal lebih kurang 3 cawan.
- Padam api dan tutup periuk. Biarkan sejuk.
- Letak air bunga telang ke dalam bekas berisi ais dan tuang jus limau nipis. Air biru akan berubah menjadi ungu.
- Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Fakhira Mohd Rosli
2. ROTI JALA BUNGA TELANG DAN KUAH MANIS
BAHAN ROTI JALA:
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1 cawan air rebusan bunga telang
- 2 sudu makan minyak sayur
- 2 biji putih telur
- Secubit garam
KUAH MANIS:
- 1 1/2 cawan santan
- 1/4 cawan gula
- 1/4 cawan gula merah
- 1 sudu makan tepung gandum + 2 sudu makan air | bancuh
- 2 helai daun pandan | siat & simpul
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk mendapatkan air rebusan bunga telang, rebus 40 kuntum bunga telang bersama 1 cawan air hingga mendidih.
- Tapis, sejukkan dan sedia untuk digunakan.
- Satukan kesemua bahan lalu tapis (supaya bancuhan licin dan tidak berketul).
- Panaskan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak.
- Tuang bancuhan ke dalam acuan roti jala lalu jalakan ke dalam kuali.
- Masak untuk beberapa minit dan gulung kemas.
- Untuk membuat kuah manis; satukan semua bahan kuah manis.
- Didihkan hingga agak pekat dengan api sederhana. Sesuaikan rasanya.
- Sedia dihidangkan bersama roti jala.
3. PULUT TELANG SERUNDING
BAHAN PULUT:
- 400gm pulut
- 1 cawan air rendaman bunga telang | 30 kuntum bunga telang direbus & tapis
- 1/2 cawan santan pekat
- Garam secukupnya
BAHAN SERUNDING:
- 200gm daging | dadu kecil, rebus empuk & goreng garing
- 150gm udang kering | rendam dan tumbuk halus
- 1 biji kelapa parut | ambil putihnya
- 5 biji cili merah
- 1 batang serai | mayang halus
- 5 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1/4 inci belacan
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Pulut direndam dengan air rendaman bunga telang dan air secukupnya selama sejam.
- Kukus hingga separuh masak.
- Tuang santan yang dicampur sedikit garam ke atas pulut dan kukus lagi hingga masak.
- Untuk membuat serunding; tumis bahan-bahan kisar, belacan dan udang kering hingga naik bau.
- Masukkan serai, serbuk kunyit dan kelapa parut lalu tumis lagi.
- Masukkan daging yang telah digoreng.
- Tambah garam dan gula. Tumis hingga serunding agak garing.
- Hidangkan pulut telang bersama serunding tadi.
4. NASI TELANG ULAM SAMBAL TAHAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras
- 2 cawan air rebusan bunga telang | 20 kuntum bunga telang direbus dan ditapis
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
BAHAN ULAM:
- Daun pegaga
- Daun selom
- Daun Selaseh
- Ulam Raja
- Kacang Panjang
- Taugeh
- Kobis
- Cili merah
- Bunga kantan
BAHAN SAMBAL TAHAI
- 100gm ikan tahai (boleh ganti dengan ikan tamban atau ikan bilis) – bersihkan
- 4 sudu makan cili kisar
- 5 ulas bawang merah | kisar
- 3 ulas bwang putih | kisar
- 1 labu bawang besar | mayang
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 inci belacan
- Garam dan gula secukupnya
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Untuk masak nasi. Satukan semua bahan di dalam periuk. Masak hingga tanak.
- Kacau sekali-sekali supaya masak sekata.
- Semua bahan ulam dihiris dan ketepikan.
- Sementara itu sediakan sambal Tahai.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan belacan bersama air asam jawa. Tumis lagi.
- Seterusnya masukkan ikan Tahai, hirisan bawang besar dan sedikit air.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api.
- Cara menghidang, gaulkan nasi dengan bahan ulam hingga rata. Kemudian hidangkan bersama sambal ikan Tahai.
5. MI TELANG BERKUAH DAGING
BAHAN A:
- 1 peket mi beras kering | warna putih
- 2 cawan air rebusan bunga telang | menggunakan lebih kurang 40 kuntum bunga telang
- 2 pokok sawi | potong kecil & celur
- 2 biji cili merah | hiris nipis
- 2 biji limau kasturi /limau/lemon | belah dua | untuk diperah
- Telur rebus | belah dua
BAHAN B:
- 1kg tulang | rebus empuk
- 1 liter air rebusan tulang
- 400gram daging | cincang kecil dan rebus empuk
- 2 biji ubi keledek | rebus dan kisar halus
- 3 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan sos tomato
- 6 ulas bawang merah | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 2sm halia | kisar
- Garam dan gula perang secukupnya
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Mi beras kering direndam dalam air rebusan telang selama beberapa jam (hingga warna putih bertukar menjadi biru). Celur dan toskan.
- Untuk membuat kuah; panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak.
- Kemudian, masukkan sos tomato, daging cincang yang telah direbus, air rebusan tulang lalu didihkan hingga semua bahan sebati.
- Masukkan ubi keledek kisar dan didihkan hingga kuah pekat. Tambah garam dan gula perang secukup rasa.
- Untuk menghidang; letakkan mi telang bersama serba sedikit bahan-bahan A di dalam mangkuk dan tuang kuah ke dalam mangkuk. Hidangkan panas.
6. BIHUN TELANG GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 200gm bihun | rendam dalam air rebusan 30 kuntum bunga telang
- 100gm isi ayam | cincang
- 6 ulas bawang putih | tumbuk halus
- 2 biji kek ikan | potong kecil
- 1/4 biji kubis | hiris halus
- 1 biji lobak merah | parut halus
- 4 tangkai daun kucai | potong pendek
- 1 suu makan chilli flakes
- 1 sudu makan udang kering | rendam dan tumbuk halus
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Rendam bihun dalam air rebusan bunga telang selama sejam kemudian toskan.
- Panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali.
- Tumis bawang putih dan udang kering hingga wangi.
- Masukkan ayam, kek ikan dan lada hitam ke dalam kuali. Tumis beberapa minit.
- Masukkan bihun dan chilli flakes lalu gaul sebati.
- Masukkan kucai, lobak merah dan kubis.
- Goreng hingga semua bahan lembut dan masak.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Jika suka, tambah bawang goreng dan hirisan cili merah ketika menghidang.
Resipi Buat Kek Coklat Velvet Horlick Moist Yang Sedap Kemain

Memang sedaplah kek ni. Walaupun bahan-bahannya agak banyak tapi berbaloi sungguh sebab sedap. Nak buat pun tengok cara-cara tu takdelah susah sangat. Jadi, boleh try buat.
COKLAT VELVET HORLICK MOIST CHEESE LELEH
Sukatan untuk 20-25 box
BAHAN A
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar cuka masakan
1 sudu kecil emolco coklat
CARANYA
1. Satukan dan biarkan 10 minit
BAHAN B
5 biji telur ayam
1 sudu besar ovalate
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil emulco red velvet
CARANYA
1. Satukan semua bahan di atas hingga kembang dan gebu.
BAHAN C
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil baking powder
CARANYA
1. Ayak semua bahan bersama dan ketepikan.
BAHAN D
1 cawan majerin cair
1/2 cawan susu segar dan BAHAN A
CARANYA
1. Masukkan BAHAN D dan BAHAN B ke dalam mixer. Mix perlahan.
2. Matikan mixer dan masukkan BAHAN C. Kacau lagi dan masukkan 1/2 cawan air panas. Kacau lagi bagi sebati.
3. Masukkan ke dalam acuan sebanyak 1/4.
4. Panaskan kukusan dan kukus selama 15 minit guna api besar.
5. Jangan lupa tutup permukaan dengan wrapping plastic.
TOPPING
500 gram cream cheese jenama tartura
1/2 tin susu pekat 1cawan
1 cawan susu segar
1 cawan whipping cream
CARANYA
1. Blend hingga sebati.
2. Tuangkan atas kek dan cucuk-cucuk pakai garfu
3. Ayakkan Horlicks atas kek.
4. Parut cheddar cheese dan tabur atas permukaan kek.
5. Simpan di dalam freezer beku.
Kredit resipi: Pakcu Kek