Untitled design (7)

Sedapnya Aiskrim Kacang Merah ni. Kalau makan dikala musim panas, memang best dan boleh sejukkan badan. Andai beli aiskrim potong di kedai, haih, sekejap je dah habis lebih-lebih lagi kalau keluarga ramai kan. Jadi jom buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Siti Zanariah Khalit. Pasti puas hati.

 

RESIPI AISKRIM KACANG MERAH HOMEMADE

Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Secara Homemade

BAHAN A:

IKLAN
  • 2 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • Gula – jika perlu (empunya resipi tak letak)
  • 2 tin kacang merah – cuci
  • Pewarna merah
  • Daun pandan – disimpul
  • Sedikit garam

BAHAN B:

  • 2½ sudu besar tepung ubi
  • 2½ sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum

CARA MEMASAK:
1. Kisar kasar 1 tin kacang merah dengan sedikit air yang sudah disukat. Satukan dengan bahan A yang lain.
2. Manakala 1 tin kacang merah lagi dimasukkan dalam plastik aiskrim. Setiap satu plastik masukkan 7-8 biji kacang. Dalam plastik,tekan sedikit kacang supaya sedikit penyek.
3. Bancuh bahan B menggunakan sedikit air dari bahan A. Larutkan.
4. Satukan bahan A dan B dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga pekat. Kacau selalu supaya tidak bergentel. Sejukkan.

IKLAN

Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Secara Homemade

5. Masukkan dalam plastik yang sudah berisi kacang merah tadi. Biarkan beku dalam peti ais semalaman sebelum dinikmati.

IKLAN

Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Secara Homemade

Tips :

  • Susu cair boleh digantikan dengan santan pekat anggaran 500gm-600gm
  • Kalau tak mahu guna susu pekat, gantikan dengan gula pasir.

 

Kredit resipi & foto: Siti Zanariah Khalit

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI