Akok merupakan kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur. Tapi ramai yang ‘gerun’ nak cuba buat sendiri kerana menganggap kuih ini susah dihasilkan. Menerusi perkongsian saudari Ain Niey, beliau telah menunjukkan cara mudah untuk membuat kuih Akok Kedut yang sedap hanya menggunakan acuan Kuih Cara dan masak guna dapur gas je. Menarik kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Hidangan mi rebus ini boleh jadi menu untuk menjamu tetamu yang datang beraya. Bukan saja enak malah cara membuatnya pun tak susah selain bahan yang digunakan pun tak banyak.
Cuma kalau nak rasa mi rebus yang dimasak lebih sedap, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Ainn Mustafar ini. Katanya resipi ini adalah daripada ibunya. Memang sedap sampai boleh ulang makan lima kali sehari.
Cara buat mi rebus sedap sedap
Bahan-bahan
1kg mi kuning -dicelur dan ditos
Bahan kisar
Segenggam cili kering (rendam lembut)
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit udang kering
Bahan lain
Ubi keledek 1kg (rebus dan kisar halus)
Daging hiris nipis
Udang buang kulit
Kulit udang (rebus dan kisar halus dan tapis)
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
1 keping asam keping
1 sudu serbuk kari daging
Cara membuat:
1.Tumis semua bahan kisar kisar. Setelah naik minyak, masuk daging and tumis sampai agak-agak lembut. Masukkan air udang (inilah rahsia penyedap kuah) dan ubi keledek yang dikisar.
2.Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging (penting untuk mematikan bau ubi).
3. Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa. Seimbang masam, manis, masin kuah! Akhirnya sekali masuk udang. Selepas kuah menggelegak boleh tutup api. Udang jangan masak lama supaya tak keras.
4. Kepekatan kuah ikut cita rasa, sebaiknya tak cair dan tak pekat sangat.
5. Sediakan mi rebus bersama dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng dan limau yang dipotong!
Kek viral hanya perlukan tiga bahan ini sahaja dan bakar ikut waktunya siap! Tak perlu bahan yang mahal dan tak cerewat. Kalau anak jenis sukakan milo dan coklat inilah resipi paling mudah dan jimat untuk kamu bahagiakan tekak anak dan keluarga tercinta. Sedap cubalah!
RESIPI MUDAH KEK 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan Milo
3 sudu makan susu pekat
4 biji telur saiz B
CARA MEMASAK:
Gaul semua bahan hingga sebati
Masukkan dalam loyang dan bakar 180C dalam 35 minit (ikut jenis oven masing2)
Siapa pernah makan Daging Pekasam, orang lama-lama menang tahu akan keenakan daging ini dan anatara menu yang sangat sedap dibuat dengan daging pekasam ini adalah masak sambal. Potong Cili Bawang je korang, ia memang menghabiskan nasi 2-3 pingganlah jawabnya. Nak buatnya pun senang, korang boleh cuba.
.
SAMBAL DAGING PEKASAM BAHAN-BAHAN:
500gm daging pekasam | hiris
1 biji bawang besar | hiris
Gula secukupnya
Garam jika perlu
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
4 biji cili merah
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia muda
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian, masukkan daging pekasam, kacau rata sehingga daging layu.
Masukkan hirisan bawang besar, gula secukup rasa dan garam jika perlu.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.