Akok merupakan kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur. Tapi ramai yang ‘gerun’ nak cuba buat sendiri kerana menganggap kuih ini susah dihasilkan. Menerusi perkongsian saudari Ain Niey, beliau telah menunjukkan cara mudah untuk membuat kuih Akok Kedut yang sedap hanya menggunakan acuan Kuih Cara dan masak guna dapur gas je. Menarik kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bagi penggemar Dimsum, resipi Dimsum Filet Ketam perkongsian saudari Zurina Zulkeflini boleh anda cuba. Biasanya kalau nak makan, kita akan beli. Jadi kali ni apa kata cuba buat sendiri secara homemade. Caranya mudah sahaja. Pastikan anda buat inti dahulu barulah buat kulitnya. Intinya boleh dipelbagaikan ikut cita rasa masing-masing. Nak guna isi ayam, udang atau ketam pun boleh.
CARA- CARA BUAT DIM SUM HOMEMADE BERINTI FILET KETAM
Periuk tekanan atau ‘pressure cooker’ memang memudahkan kerja-kerja memasak lebih-lebih lagi untuk menyediakan sajian yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan seperti rendang daging, sup tulang dan sebagainya. Namun kini, terdapat pelbagai lagi resipi lain yang boleh dimasak menggunakan periuk tekanan ni. Nak masak bihun goreng pun boleh. Anda ada periuk jenis ni di rumah tapi tak tahu nak masak apa? Meh cuba resipi-resipi mudah perkongsian saudari Zainab Zainun, Izwany Abd Malek, Jay Anne Zaihan, Azie Zahra Al-Bakri, Nurul Syuhada Firhan dan Nina Diana ni. Memang mudah!
1. AYAM PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
4 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
3 sudu jintan manis | kisar kering
3 sudu jintan putih | kisar kering
3 sudu sos tiram
4 sudu madu
Sedikit garam
Sedikit serbuk cili
Sedikit lada hitam | kisar kering
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap selama 3-4 jam. Lagi lama diperap, lagi enak rasanya.
Masukkan ayam dan lebihan air perapan ke dalam inner pot.
Set high pressure 8 minit dan tutup periuk.
Setelah tamat masa, buka penutup terbalikkan ayam. Tutup penutup dan set lagi ‘high pressure’ selama 8 minit.
Setelah siap, tukar mode ‘stir fry’ dan kacau sedikit ayam. Masak anggaran 5 minit.
Pukul telur, gula, mentega dan esen vanilla hingga sebati.’
Kemudian masukkan tepung. Adun rata.
Bahagikan adunan kepadaq dua bahagian. Satu pada adunan asal dan satu bekas ditambah dengan serbuk koko.
Tuang adunan berselang seli ke dalam acuan.
Alas inner pot dengan redai besi. Letak acuan dan tutup periuk.
Selaraskan tombol pressure, set ‘high pressure’ selama 60 minit.
Buka periuk dan lihat kek. Jika permukaan kek nampak perang, tandanya kek telah masak. Boleh juga dicucuk dengan lidi untuk memastikan kek masak sempurna.
8 ekor ikan selayang | dibuang kepala dan ekor, bersihkan
1 cawan puri tomato
2 biji tomato cincang
1 biji bawang besar | hiris kasar
5 ulas bawang putih | cincang
1/3 cawan minyak
1 sudu halba campur | kalo tak suka boleh skip atau letak sikit je
Sedikit air | jumlah agak-agak supaya tak kering dan melekat pada periuk
CARA MEMASAK:
Tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bawang putih.
Masukkan tomato cincang dan ikan.
Masukkan puri tomato dan halba campur.
Masak dengan api sangat perlahan. Saya guna periuk ajaib. Saya masak selama 8 jam sampai tulang lembut. Sambil-sambiltu check air supaya tak melekat ikan kat periuk. Boleh guna slow cooker.
Boleh frozen kan. Masuk dalam pek kecil dan bekukan. Ambil satu setiap kali masak
Nota 1: saya tak letak garam atau gula ya. Boleh tambah jika suka
Nota 2 : Kalau guna noxxa, masak ‘high pressure’ dalam 90 minit.
Nota 3 : Air jangan banyak sangat. Sekadar untuk bagi ikan tak melekat pada periuk. Check air selalu. Kalau air banyak sangat ikan mudah hancur.
Jika tiada tepung self-raising, boleh sahaja guna tepung biasa secara keseluruhan.
Gaul semua bahan hingga menjadi doh.
2.
Topping paling mudah: sos tomato, sosej, tomato cherry, capsicum, mozarella.
Masukkan ke dalam kuali non-stick. 5 minit pertama tutup permukaan kuali secara keseluruhan menggunakan penutup.
10 minit kedua, bukak penutup sedikit. Masak sampai cheese cair.
Jika guna periuk noxxa, guna bahan dan topping yang sama. Cuma masukkan doh ke dalam periuk, letak inti dan setkan pada fungsi ‘steam’ dan masak selama 6 minit.
Semua orang boleh buat air cocktail kerana sangat mudah untuk membuatnya. Namun tak semua boleh jadikan sedap lemak berkrim.
Nak buat air cocktail yang sedap dan ada ‘kick’, bolehlah cuba resipi yang dikongsi Hafidz Idris ini.
RESIPI COCKTAIL 7 KETURUNAN
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair (saya guna jenama carnation) – beli online di sini 1 tin laici – beli online di sini 1 tin mix fruit Nata de coco 1 kotak kecil whipping cream ½ tin susu pekat manis (ikut tahap manis masing-masing) – beli online di sini Ais secukupnya
CARA-CARA:
1. Tapis dan buang semua air buah dalam tin tu. Ketepikan. 2. Kemudian, tuang susu cair di dalam bekas/jag. 7 keturunan saya memang guna susu cap Carnation je kalau nak buat cocktail ni. Tuang habis. Nak banyak kuah, guna 2 tin.
3. Masukkan whipping cream dan susu pekat. Masukkan juga Nata de coco. Guna air dia jangan buang. Ni bekas sedang je. Saya guna semua. 4. Akhir sekali, masukkan semua buah dalam tin yang sudah ditoskan tado. Air laici kalau nak guna, bubuh sikit je. Jangan bubuh semua. Tapi buah laici guna semua. Ceduk masuk cawan bubuh ais, siap la. Kacau-kacau. Dah boleh minum. Selamat mencuba.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...