Teringin nak makan Kuih Akok Pandan homemade yang sedap dan panas-panas? Ha…Cubalah buat sendiri dengan resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ni. Mudah je. Paling istimewa sebab boleh bakar guna mesin pembuat sandwich (sandwich maker) je. Tak perlu guna arang pun. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya. Pasti puas hati dapat makan kuih ni untuk berbuka puasa. 

 

RESIPI KUIH AKOK PANDAN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan telur – pecahkan macam nak buat telur dadar. Kemudian sukat guna cawan.Jumlah telur bergantung pada cawan yang kita guna.
  • 3/4 cawan gula putih + gula merah -kurangkan sikit jika terlalu manis
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit pes pandan

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan putar hingga adunan kembang. Jika suka, boleh juga kisar menggunakan blender.

2. Oles sedikit minyak pada sandwich maker.

3. Tuang adunan hingga betul-betul penuh / memenuhi ruang.

Cara Buat Akok Pandan Homemade Guna Sandwich Maker.

Ads

4. Tutup dan bakar selama 4-5 minit. Jika mahukan akok yang berbentuk cantik, jangan buka penutup sandwich maker. Buka hanya bila kuih akok betul-betul masak.

Cara Buat Akok Pandan Homemade Guna Sandwich Maker.

Ads

5. Angkat dan boleh dinikmati.

Cara Buat Akok Pandan Homemade Guna Sandwich Maker.

Kredit resipi & foto: Nana Sabrina Sarsan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI