
Sebut almond london semua terbayang perkara yang sama. Biskut raya yang disalut dengan coklat bersama taburan kacang dalam cawan kertas.
Apa kata tahun ini kita buat sedikit kelainan, kita hidangkan pula almond london matcha. Boleh jadi ini biskut raya paling laris tahun ini. Cara membuatnya Che Pah Che Gu.
Bahan-bahan:
125 gram mentega (Anchor)
250 gram marjerin
1/4 tin susu pekat
1/2 cawan gula aising
1 biji telur.
1 sudu makan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya
160 gram coklat putih
2 sudu makan serbuk matcha/green tea
Badam – dibakar
Cara membuat
1. Satukan mentega, marjerin, susu pekat dan gula aising. Kacau sehingga sebati.
2. Selepas sebati masukkan telur dan tepung jagung. Gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit mengikut kesesuian doh.
4. Kemudian, bolehlah bentukkan. Leperkan doh dan masukkan badam yang sudah dibakar. Bentuk ikut cita rasa.
5. Susun doh yang sudah dibentuk di dalam loyang. Bakar selama 20 minit pada suhu 170°C dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
6. Biarkan biskut sejuk.
7. Dalam pada itu sediakan coklat untuk salutan. Caranya cairkan coklat putih menggunakan kaedah double boil. Jangan tambah bahan-bahan lain.
8. Bila sudah cair sepenuhnya, masukkan serbuk matcha atau green tea.
9. Gaul sebati dan celupkan biskut yang sudah dibakar tadi.
10. Akhir sekali, tabur sedikit badam hancur sebagai hiasan.
Sumber: Che Pah Che Gu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Biskut Sarang Semut Tanpa Telur, Nak Mudah Tekan Guna Penapis

Isi Kandungan
ToggleBiskut Sarang Semut ini antara sajian biskut raya yang selalu ada di meja tatkala Syawal. Rasanya yang berlemak, lembut berderai memang sedap saja bila masuk ke mulut.
Semudah menikmatinya, biskut sarang semut ini juga antara yang senang untuk disediakan. Cuma yang diperlukan adalah kesabaran untuk menekan atau memarut doh.
Tapi ada tip mudah yang dikongsi oleh peniaga biskut sarang semut untuk memudahkan kerja membuat biskut ini. Resipi dan panduannya dikongsi oleh Puan Nur Aifa Nur. Selain itu resipi biskut sarang semut ini juga tidak menggunakan telur.
Buat sendiri biskut sarang semut tanpa telur
Bahan A
60g mentega
40g gula aising
1tsp esktrak vanila
Bahan B (satukan dan ayak)
60g tepung gandum
40g tepung kastard
1 tsp baking powder
Hiasan
Coklat rice
Cara membuat
- Satukan Bahan A dan kacau dengan senduk kayu cuma bagi sebati je.
2. Tambah Bahan B dan gaul sampai jadi doh.
3. Tak perlu keraskan dalam peti sejuk untuk diparut, boleh terus tekan pada penapis teh untuk lebih mudah.
Penapis ini diperbuat daripada kain net dan ring penegang kain (perkakas jahit sulam). Memang memudahkan kerja membuat biskut sarang semut.
4. Selepas selesai menekan menggunakan doh barulah ceduk untuk dimasuk dalam paper cup.
5. Masukkan penuh-penuh dalam paper cup kerana selepas dibakar biskut akan mendap. Tapi jangan risau bila masak masih nampak tekstur berderainya.
6. Kemudian boleh tabur coklat rice atau edible manik warna warni.
7. Bakar ikut suhu oven masing-masing.
Tip
Untuk lebih sedap, boleh gunakan mentega pure (Anchor, SCS, Golden Churn) dan gunakan vanilla ekstrak bukan esen vanilla. Supaya warnanya menarik tambah pewarna kuning telur semasa mengadun bahan A.
Semoga bermanfaat, Selamat mencuba!
Sumber: Nur Aifa Nur
Kek Karot Simple Mewah Dengan Parutan Karot

Selain kek mentega , kek oren dan kek marble, kek yang menjadi kesukaan ramai ialah kek karot. Parutan karot pada kek memberi rasa yang enak dan tidak muak makan. Buatnya pun tak susah.
Kek Karot
Bahan-bahan-
1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 batang karot (diparut jadikan 1 cawan)
1 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu kecil ovalete (kalau tak letak punn takpe)-BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan minyak
Sedikit kismis atau walnut
Toping-
250gm cream cheese
6 sudu besar susu pekat manis -BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh esen vanila -BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak –
1.Pukul telur, gula perang, ovalete hingga kembang
2.Masukkan esen vanila dan karot
3.Masukkan minyak
4.Ayak tepung dan serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
5.Kacau sebati dan masukkan kismis atau walnut
6.Lapikkan loyang dengan baking paper bawahnya dan tuangkan adunan
7.Panaskan oven suhu 175 dan bakar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada oven masing-masing.
8.Dah siap sejukkan kek baru letak toping dan taburkan lebihan karot, walnut tadi ataupon gula-gula manik jika suka.
9.Untuk toping – mixed cream cheese dengan gula hingga kembang dan masukkan esen vanila. Gaul sebati dan bolehlah sapu atas kek
Selamat mencuba
Kredit: Hidayati Hana
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI RUMAH, JOM LAYARI DI SINI.
Resipi Kek Lapis Masam Manis Kukus Warisan Arwah Ibu Mertua. Sedap & Mudah
Resipi Kek Sedap Rasa Dan Disukai Ramai

Buat yang suka makan dan buat kek, kena tahu cara-cara mudah untuk membuatnya. Untuk mentega, margerin dan telur yang akan digunakan, simpan di dalam suhu ruang. Pembuatan kek harus sesuai mengikut sukatan dalam resipi. Tak boleh main agak-agak seperti kita masak lauk pauk. Timbang bahan dengan tepat barulah kek menjadi dengan elok dan enak rasa.
KEK OREN BIJI POPI
BAHAN KEK:
- 5 biji telur gred A
- 300gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
- 300gm cawan tepung gandum
- 200gm gula kastor
- 3/4 cawan perahan jus oren
- ¼ cawan susu segar
- 2 sudu makan parutan kulit oren
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanila
- 70gm biji popi
BAHAN ISING CREAMCHEESE:
- 200gm gula ising | ayak
- 150gm creamcheese | dilembutkan pada suhu bilik
- 150gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung gandum serbuk penaik. Ketepikan.
- Campurkan jus oren, susu dan esen vanila di dalam mangkuk. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren dan biji popi. Pukul dengan kelajuan sederhana hingga sebati.
- Masukkan telur satu persatu, kacau sebati. Kemudian masukkan campuran tepung dan susu secara berselang seli, bermula dan diakhiri dengan tepung.
- Oleskan dua loyang dengan minyak, bahagikan adunan kepada dua bahagian dan tuangkan adunan ke dalam setiap loyang.
- Bakar pada suhu 170⁰C selama 25 minit atau sehingga masak dengan api atas dan bawah.
- Untuk membuat ising; Pukul mentega dan creamcheese hingga sebati. Masukkan gula ising sedikit demi sedikit, putar sehingga sebati. Masukkan esen vanila.
- Untuk menyediakan kek; Letakkan satu lapisan kek di atas papan kek. Sapukan aising di atas lapisan kemudian letakkan lapisan kek yang kedua. Salutkan kek dengan lebihan ising, atau boleh terus dihidangkan tanpa disalut (naked cake style). Hias dengan isi buah oren.
KEK PISTACHIO DAN KARAMEL MASIN
BAHAN KEK:
- 3 biji telur gred A
- 200gm gula kastor
- 250ml minyak jagung
- 250ml susu segar
- 350gm tepung gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh esen vanila
- 70gm kacang pistachio | hancurkan kasar
BAHAN KARAMEL MASIN:
- 200g gula
- 3 sudu makan air
- 90g mentega | potong kiub
- 120ml krim (whipping cream/heavy cream)
- 1 sudu teh garam
BAHAN ISING BUTTERCREAM:
- 150gm gula ising | ayak
- 150gm lemak sayuran (shortening)
- 150gm mentega | dilembutkan pada suhu bilik
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ayak dan ketepikan.
- Pukul telur, gula kastor dan garam hingga kembang dan putih. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan susu dan minyak jagung perlahan-lahan.
- Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan paling perlahan hingga adunan sebati. Jangan pukul terlalu lama.
- Oleskan dua loyang dengan minyak, bahagikan adunan kepada dua bahagian dan tuangkan adunan ke dalam setiap loyang.
- Taburkan kacang pistachio ke adunan kek. Bakar pada suhu 170⁰C selama 25 minit atau sehingga masak dengan api atas dan bawah.
- Untuk membuat ising; Pukul kesemua bahan kecuali esen vanila hingga kembang. Masukkan mentega kacang, putar sehingga sebati.
- Untuk membuat karamel masin; Masak gula, garam dan air di dalam pan yang mempunyai dasar yang tebal di atas api sederhana. Masak hingga gula berwarna perang.
- Masukkan mentega perlahan-lahan. Karamel akan berbuih apabila mentega dimasukkan. Kacau dengan laju dan berhati-hati hingga mentega cair sepenuhnya. Masukkan krim dan teruskan mengacau selama seminit. Angkat dan sejukkan.
- Untuk menyediakan kek; Letakkan satu lapisan kek di atas papan kek. Sapukan ising di atas lapisan kemudian taburkan kacang pistachio. Ulang langkah ini dengan satu lagi lapisan kek, ising dan kacang.
- Salutkan kek dengan lebihan ising. Sudukan karamel di atas kek. Hias dengan kacang pistachio.
KEK COKLAT PUTIH
BAHAN-BAHAN:
- 110gm coklat putih | cairkan
- 90gm coklat putih | cincang halus
- 227gm mentega
- 350gm gula kastor
- 5 biji telur
- 2 sudu teh esen vanila
- 350gm tepung
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- ¼ sudu teh baking soda
- 225gm yogurt
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
- Tapiskan tepung, serbuk penaik, garam dan baking soda bersama.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Tambahkan esen vanila.
- Masukkan coklat putih yang telah dicairkan.
- Masukkan adunan tepung dan yogurt berselang-seli. Pukul perlahan sekadar sebati.
- Tuangkan pada loyang separa penuh. Taburkan coklat putih yang dicincang. Penuhkan loyang dengan adunan selebihnya.
- Bakar selama 60 minit ataupun sehingga masak.
- Hiaskan dengan buah strawberi untuk lebih menarik.
KEK COKLAT KACANG HAZEL
BAHAN-BAHAN:
- 300gm kacang Hazel | dibakar dan dikisar halus menjadi serbuk seperti tepung
- 80gm koko
- 100gm mentega | lembutkan pada suhu bilik
- 5 biji telur | asingkan putih dan kuningnya
- 300gm gula kastor
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar 180°C. Griskan loyang dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
- Tapis serbuk kacang hazel dan koko bersama.
- Pukul kuning telur bersama 200 gram gula kastor. Masukkan mentega sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga gebu.
- Masukkan campuran koko dan kacang hazel. Kaup balik adunan.
- Dalam mangkuk adunan lain yang bersih, pukul putih telur dan masukkan lebihan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga kental. Kaup balik ke dalam adunan tadi perlahan-lahan sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar dalam 35 minit atau sehingga masak.
- Boleh bakar sebiji atau jadikan seperti kek cawan.