Sedapnya ApamBakar Kelantan ni. Ada juga yang memanggilnya dengan nama Apam Mayat. Resipi ini warisan dari orang-orang lama menyebabkan ia sentiasa digemari ramai tanpa mengira usia. Kalau makan panas-panas, memang layan. Ada pula kelapa parut. Waduh…Lagi berselera. Cubalah. Resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni antara yang mudah.
RESIPI APAM BAKAR KELANTAN
Ads
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung beras
130gm gula pasir
1 sudu teh garam
1 kotak kecil santan (200ml)
2 sudu teh yis/mauripan
4-5 biji pisang mas/berangan
4 ketul tapai ubi
1 sudu teh lada hitam (*)
1 inci lengkuas (*)
1 inci halia (*)
2 biji bawang merah kecik (*)
200ml air (*)
CARA MEMASAK: 1. Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian tapis dan ambil airnya sahaja. Sukat dan ambil 200ml air kisaran tadi. 2. Dalam mangkuk berasingan, lenyek pisang, tapai ubi bersama garam dan gula hingga hancur. 3. Masukkan tepung beras dan santan. 4. Masukkan yis ke dalam bekas berisi air kisaran bahan yang ditapis tadi. Kacau sebati. 5. Tuang ke dalam bekas berisi tepung tadi. Adun sebati dan perap selama 2 jam. 6. Untuk memasaknya, panaskan kuali dan sapu sedikit minyak. Tuang 2 senduk adunan ke dalam kuali. 7. Bila bahagian bawah apam dah masak, balikkan dan biarkan masak.
Ads
8. Bila apam kelihatan seperti dalam gambar, angkat dan nikmati segera bersama kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam.
Siapa tak suka apam comel gebu dan lembut. Sedap aje dikunyah. Paling best Apam Pandan Coklat ni memang sedap dengan rasa pandan dan koko. Memang sedap bergandalah kan. Apam ni sesuai disaji untuk sarapan dan minum petang.
Resipi perkongsian Fatin Bakery ni memang berbaloi untuk dicuba. Cuma pesannya kukus adunan guna api sederhana selama 10 minit sahaja. Dan yang paling penting, panaskan air dahulu dan jangan lupa balutkan penutup pengukus dengan kain supaya air tak menitik atas apam, nanti hodoh pulak kejadiannya.
APAM PANDAN COKLAT GEBU
.
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung kotak (blue key)atau tepung gandum
1 sudu kecil baking powder * Tepung dan baking powder dicampur keduanya
250ml santan kotak (Kara)
1 cawan gula halus
1 sudu ovelet
4 biji telur
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil esen pandan ( pes pandan)
1 sudu besar serbuk koko
CARA MEMASAK : 1. Pukul telur, gula Dan Ovellete dalam mixer hingga gebu bertukar warna Putih kira dah betul gebu ye. Kemudian masukkan tepung dan santan berselang seli, mix sampai semua bahan sebati dan gebu. 2. Bahagikan adunan kepada 2 bekas berasingan. Buat perasa pandan campur lah pewarna hijau dan esen atau pes pandan, gaul sebati. Satu adunan lagi campur serbuk koko, gaul sebati. 3. Acuan boleh guna lompang atau seri ayu. Sapu minyak dulu pada acuan ye. Mudah nak keluarkan lepas siap kukus nanti.
.
4. Cara Fatin Bakery hanya guna sudu letak adunan pandan dan coklat berlapis. 5. Kukus adunan ni guna api sederhana sahaja. Selama 10 minit shj . Jgn lebih masa. 6. Pastikan penutup kukus dibalut kain dulu supaya air wap tak menitis atas apam. Takut hodoh pulak apam.
.
Kredit : fatin bakery
ANDA INGIN MENCARI PENGUKUS ATAU STEAMER UNTUK KUKUS APAM, BOLEH BELI ONLINE, JOM LAYARI DI SINI.
Wauu Puteri Ayu dan bermacam versi, tapi tiga jenis ni memang lagend, ramai yang suka. Versi asli perasa pandan orang lama memang suka, versi coklat, sah-sah anak-anak suka dan red velvet trending katanya. Korang suka yang versi mana satu? Tapi kalau nak cuba ketiga-tiga jenis tak ada masalah, boleh je buat. Resipi ada dikongsikan di sini.
RED VELVET PUTERI AYU BAHAN-BAHAN: BAHAN CHEESE:
250gm cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 biji telur gred A
2 sudu makan tepung gandum
11/2 sudu makan susu segar
Sedikit esen vanilla
BAHAN RED VELVET: Bahan A:
250gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Bahan B (buttermilk):
1 cawan susu segar
1 sudu teh cuka masakan
Bahan C :
3 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalete sedikit esen vanilla
Bahan D :
Pewarna merah secukupnya
CARA MEMASAK:
Putar cream cheese hingga licin dan tidak berketul.
Masukkan gula. Putar lagi hingga sebati dan licin.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan tepung dan susu segar.
Putar sebati dan pastikan adunan licin tidak berketul. Ketepikan.
Campurkan bahan B, kacau rata dan ketepikan.
Sementara itu, ayak bahan A, ketepikan
Satukan Bahan C dan putar dengan kelakukan perlahan selama 5 minit.
Kemudian tukar pada kelajuan tingg hingg adunan menjadi putih dan fluffy (ebih kurang 15 minit, namun bergantung pada mixer).
Masukkan adunan A dan B secara berselang seli ke daam adunan C yang telah kembang tadi.
Putar lagi hingga sebati, kemudian masukkan pewarna merah tadi.
Oles acuan dengan sedikit minyak, letakkan adunan cheese 1/4 acuan, kukus selama 5 minit.
Kemudian masukkan adunan red velvet hingga penuh acuan, kukus selama 15 minit.
Resipi oleh Ain Kamis.
PUTERI AYU CHEESE COKLAT BAHAN-BAHAN: BAHAN A:
1cawan tepung gandum
1sudu teh baking powder
1sudu teh soda baikarbonat
BAHAN B:
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
¾ cawan susu pekat manis
¾ cawan gula pasir BAHAN C:
3 biji telur ayam |blender hingga berbuih
ADUNAN CHEESE:
250gm cream cheese
80gm gula kastor
25ml susu cair
40gm tepung gandum
1 biji telur ayam
CARA MEMASAK:
Satu bahan A, ayak dan ketepikan.
Masukkan semua bahan B dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga gula larut dan adunan sebati.
Masukkan bahan A ke dalam Bahan B sambil diselang seli dengan bahan C. Sebatikan adunan.
Seterusnya sediakan bahan adunan cheese.
Masukkan semua bahan mangkuk pengisar, putar hingga sebati.
Masukkan adunan dalam piping bag, Ketepikan.
Panaskan mengukuks dan balut penutup kukus dengan tuala.
Oleskan acuan dengan minyak, kemudian paipkan adunan cheese lebih kurang 1/4 acuan.
Kukus lebih kurang 3 minit, kemudian tuangkan adunan coklat 3/4 acuan.
Sambung kukus 8-10 minit.
PUTERI AYU PANDAN
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum, ayak
300gm gula
1 sudu besar ovallate
1 sudu teh baking powder, ayak
200ml santan pekat | hasil yang diperah menggunakan air pandan
Pewarna hijau
Setengah biji kelapa putih | gaul dengan garam dan tepung ubi
CARA MEMASAK
Panaskan pengukus.
Sementara itu ayak tepung bersama baking powder bersama.Ketepikan.
Sapu acuan dengan sedikit minyak masak.
Masukkan sedikit kelaa yang digaul dengan tepung ubi dan garam.
Mampatkan di bahagian bawah acuan.
Dalam mangukuk adunan, pukul gula, telur dan ovalette hingga kembang.
Kemudian masukkan tepung yang diayak dengan baking powder, santan dan perwarna hijau. Kacau rataaaa.
Sudukan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 5-7minit.
Keluarkan dari kukusan dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
Tengah fikir nak buat kuih apa hari ni untuk sarapan esok. Ni dia kuih cara berlauk dengan inti daging cincang yang sungguh sedap. Lembut dan mengenyangkan.
Resipi perkongsian dari nuhazkitchen nampak macam senang aje buatnya. Wah boleh guna takoyaki pan ya, cantik aje hasilnya kan.
KUIH CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Bahan inti daging :
100gm daging cincang
1/2 biji bawang Holland | dipotong dadu
3 ulas bawang putih | dipotong dadu
1 sudu makan rempah kari daging | dibancuh dengan 3 sudu makan air panas
Daun sup secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan kuih cara :
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan
1 cawan air
1 sudu makan kunyit atau sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak inti daging :
Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah dan biar sehingga pecah minyak Bila dah pecah minyak masukkan daging , daun sup , gula dan garam.
Masak sehingga daging kering airnya
Cara masak kuih :
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul
2. Sapu minyak pada pan/kuali dan panaskan atas api kecil
3. Bila pan dah panas tuangkan adunan kuih cara 4, Kemudian letak daging , daun sup , daun bawang dan cili
5. Masak atas api kecil. Cucuk lidi , kalau tak melekat dikira sudah masak