Siapa suka makan Apam Balik, rasanya yang mani, lembut dengan pelbagai isian menjadikan makanan gerai ini sangat sedap, terutamanya jika dimakan panas-panas. Apa kata kalau selama ini, korang selalu beli Apam Balik, kali ini cuba buat sendiri kerana cara membuatnya sangat mudah. Korang boleh ikut tip ini kalau nak hasil Apam Balik Homemade yang 5 korang buat tu nampak bersarang dan lembut, setanding Apam Balik yang dijual oleh penjual Apam Balik pasar malam.
Guna Agen Pengembang SupayaTeksturnya Bersarang
Tekstur Apam Balik akan menjadi bersarang atau berserat disebabkan kandungan udara yang terperangkap di dalam adunan. Gelembung udara ini ada kerana adunan ditambah dengan serbuk penaik atau soda bikarbonat atau pun yis.
Korang guna salah satu dari bahan ini atau gabungankan dua bahan sekali. Contohnya kombinasi yis dengan soda bikarbonat. Caranya, campurkan yis dengan bahan adunan lain, kemudian biarkan lebih kurang satu jam sehingga adunan proofing. Kemudian baru masukkan soda bikarbonat adun lagi dan sedia dibakar. Gabungan kedua bahan ini tidak tahan lama jika dibiarkan pada suhu bilik. Kecuali korang menggunakan bakong powder double acting, korang boleh campurkannya bersama dengan yis.
Masukkan Adunan Bila Kuali Betul-Betul Panas
Cara lain agar Apam Balik kurang menjadi bersarang adalah dengan cara memasukkan adunan bila kuali betul-betul panas. Adunan ini akan terus kembang dan menjadi seperti bersarang sebaik saja diletakkan dalam kuali panas. Cara nak tahu kuali betul-betul panas adalah dengan merenjiskan air. Jika ada bunyi berdesir dan berasap, itu tandanya kali sudah panas dan boleh masukkan adunan.
Sebagai info penjual Apam Balik menggunakan kuali khas yang berat, tebal dan dibuat dari besi supaya Apam Balik masak dengan sempurna dan sekata. Tetapi korang tak perlulah beli kuali ini, sebaliknya gunalah kuali leper paling tebal dan tidak melekat yang ada di rumah korang. Dengan cara ini Apam Balik boleh masak sekata dan mudah dikeluarkan dari kuali.
Tutup Kuali Bila Adunan Merata Dalam Kuali
Selepas tuang adunan, ratakannya hingga menjadi bulat mengikut kuali, dan salah satu cara supaya permukaan atasnya cepat masak, korang perlu segera tutup kuali. Ini kerana suhu panas dalam kuali itu akan membantu adunan mengembang dan cepat masak. Tetapi jangan lupa untuk kecilkan api supaya bahagian bawahnya tidak hangus.
Tambahkan Sedikit Mentega
Selepas Apam Balik 3/4 masak taburkan gula secukupnya di permukaannya dan tutup semula kuali seketika. Apabila bahagian tepi Apam Balik mula kering, buka penutup kuali dan segera tambahkan pula sedikit mentega, kemudian ratakan, ini akan membantu Apam Balik menjadi lebih lembut dan ada rasa. Seterusnya tambahkan topping seperti kacang tanah, jagung, oreo atau coklat, ikut cita rasa. Mudah je kan.
APAM BALIK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN TABUR:
CARA MEMASAK: