Lebihan nasi semalam selain enak dibuat nasi goreng, ia juga sedap dibuat Apam @ Apom Nasi yang gebu dan sedap. Cara penyediaannya juga sangat mudah. Andai dimakan bersama kelapa parut, waduh…enaknya. Ada peminat Apom Nasi gebu ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari EiJa Aurora. Pasti puas hati.
RESIPI APAM NASI MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 cawan nasi 1 1/2 cawan air 2 cawan tepung beras – beli online disini 1/2 cawan tepung gandum – beli online disini 1/2 cawan gula – boleh tambah jika suka 3 sudu kecil mauripan – beli online disini 1 – 2 sudu kecil minyak masak Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Kisar nasi bersama 1 cawan air terlebih dahulu. Ini kerana jika kisar nasi bersama semua air, nasi akan jadi tidak berapa hancur halus. Bila tekstur nasi sudah agak hancur, tambah lebihan air dan kisar sekali lagi. 2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi tepung, gula dan mauripan. Gaul dan sebatikan adunan. Jika nak adun guna blender sekali lagi pun boleh. 3. Perap adunan selama 1/2 jam lebih atau sampai adunan naik. Kacau semula adunan dan boleh diwarnakan mengikut cita rasa masing-masing. 4. Untuk memasak Apam Nasi, tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak hingga memenuhi 3/4 atau hingga penuh acuan.
5. Kukus Apam selama 15 – 20 minit. Siap.
Ads
6. Hidangkan Apam Nasi bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus seketika.
Warna pada kek lapis mengundang selera juga tidak kecewa dengan teksturnya yang lembut menyentuh lidah. Kek lapis ini agak istimewa kerana lapisannya adalah campuran nescafe dan krim cheese. Aroma bau nescafe dan rasa lemak manis pasti memikat rasa.
Kek Lapis Nescafe Cheese
Bahan bahan
500gram mentega
10 biji telur
1 sudu makan ovalet
1 sudu besar esen vanilla
1 1/2 gelas gula halus(210gram)
500gram cream cheese
200gram coffee mate
100gram horlicks
2 1/2 gelas tepung gandum(275gram)
1 tin rendah susu pekat manis
3 sudu besar serbuk nescafe bancuh dengan
250ml susu cair dan tapis
1.Putar gula, ovalet,mentega dan esen vanila sampai kembang.
2.Masukan telur satu persatu. Kemudian masukkan susu pekat dan cream cheese.
3.Putar sampai betul betul sebati. Masukkan pula coffee mate dan horlicks.
4.Gaul sebati guna senduk atau spatula.
5.Kemudian masukkan susu cair & nescafe yang sudah dibancuh dan ditapis tadi. Gaul sebati .
6.Akhir sekali masukkan tepung. Gaul menggunakan senduk atau spatula sampai sebati. Bahagikan kepada dua bahagian.
Bahagian 1 warna asal
Bahagian 2 warna kuning
Kukus berlapis lapis bergantung banyak mana lapisan yang dimahu.. Saya mengambil masa lebih kurang 5 jam waktu mengukus..
Loyang 9×9
Selamat mencuba
Kredit Resepi : eijarn aziean angah
Kuih bom adalah antara kuih tradisional yang masih tetap mempunyai peminatnya sampai sekarang. Nak membuatnya tidak menggunakan banyak bahan. Cuma tekniknya kena betul kerana tekstur kuih bom adalah agak liat. RASA kongsikan caranya.
KUIH BOM BIJAN INTI KELAPA MANIS
BAHAN UNTUK KULIT
500 gram tepung pulut
1 cawan tepung gandum
Secubit Garam
Air secukupnya
Bijan putih secukupnya
CARA MEMBUAT KULIT
1. Campur tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian tuang air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat pada bekas.
BAHAN INTI
Kelapa parut
Gula Merah
Gula Pasir
Secubit Garam
Sedikit Air
CARA MEMBUAT INTI
1. Letakkan sedikit air ke dalam kuali. Masukkan gula merah, gula pasir dan garam.
2. Kacau sehingga gula cair.
3. Masukkan kelapa parut.
4. Masak sehingga warna kelapa menjadi sedikit gelap kemudian tutup api.
CARA BUAT KUIH BOM
1. Sebelum uli untuk masukkan inti, pastikan tangan dilumur dengan sedikit minyak masak.
2. Ambil doh dan masukkan inti kelapa. Bulatkan dan gaulkan dengan bijan.
3. Buka api sederhana besar. Masukkan minyak masak.
4. Apabila minyak sederhana panas, masukkan kuih bom dan kecilkan api.
5. Selepas kuih bom mula mengembang dan bertukar warna, kacau kuih bom sehingga masak.
TIP UNTUK KUIH TIDAK PECAH
1. Sentiasa kacau.
2. Pastikan minyak masak tidak terlalu panas sebelum masukkan kuih bom.
Bagi yang biasa buat kek terutamanya Kek Keju Leleh, pasti kenal dan biasa menggunakan Whipping Cream ni. Harganya pun boleh tahan mahal. Menerusi perkongsian FB Soleh Fattah, beliau kongsikan cara-cara menghasilkan Whipping Cream secara homemade. Ia bertujuan membantu para bakers yang punya masa yang agak terhad untuk keluar mencari barang dan juga menjimatkan kos. Jom cuba.
RESIPI WHIPPING CREAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan ovalette
5 sudu makan susu pekat manis
4 sudu makan susu tepung ( susu powder)
3 sudu makan gula – boleh kurangkan kalau tak suka manis
1 bekas ais – pastikan ais dalam ketulan kecil supaya senang nak pukul
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan dalam bekas besar. Gaul hingga sebati.
2. Pukul campuran menggunakan mixer selama 1 minit menggunakan kelajuan paling rendah. Ia bagi mengelakkan ais terkeluar dari bekas. 3. Masuk minit kedua, tingkatkan kepada kelajuan sederhana. Pukul selama 3 minit sehingga tak nampak ais. Masa ni tekstur adunan sudah berkrim dan kembang. 4. Bila ais dah tak ada (boleh dengar bunyi ais masa sedang adun), boleh tingkatkan kelajuan pengadun kepada maksimum. Pukul selama 2 minit sahaja. Jangan overbeat. 5. Siap dan bolehlah digunakan. Masa penyediaannya hanyalah 5-6 minit sahaja.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.