Air sunquick sampai ke air vitagen pun dah buat. Hari ni kita buat apam sunquick gebu gebas simple pula. Sedap sangat. Anda semua kena cuba ya.
Resipi yang dikongsi oleh Ct Farisha ini, mudah je nak buat dan cepat siap.
APAM SUNQUICK GEBU GEBAS
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum – beli online di sini
4 biji telur
1 cawan gula | dikisar halus – beli online di sini
1 sudu besar ovelet – beli online di sini
4 sudu besar sunquick
4 sudu besar susu pekat manis – beli online di sini
Sedikit pewarna kuning
TONTON Udang Belon Ala Thai | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila
TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan kecuali tepung.
2. Putar menggunakan mixer (saya kisar saja sebab tak ada mixer) sampai kembang dan jadi putih gebu.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Bila dah kembang, boleh tuang tepung. Putar lagi serata.
4. Bila dah sebati semuanya, boleh tuang dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
5. Akhir sekali, kukus selama 30 minit.
Kredit resipi: Ct Farisha
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: