Sebut apam telur atau apam lambung ini terus terbayang kuih bulat gebu yang ringan dan ada rasa lemak manis, dimakan pula dengan kelapa muda parut memang nikmat.
Kuih tradisional yang semakin jarang dijual ini rupanya senang saja jika ingin dibuat sendiri. Boleh juga acuan kuih cara atau kuali leper saja.
Sedapnya, makan panas-panas dengan kelapa muda parut, lembut dalam dan rangup luar. Sambil makan kenangan zaman kecil terus datang balik.
Resipi apam telur lembut gebu
Bahan-bahan
3 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung ubi
2 sudu kecil yis kering
¾ cawan gula (boleh tambah kalau suka manis)
Garam secukup rasa
2 cawan air (jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air panas)
6 biji telur
1 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu kecil perasa vanilla (untuk hilangkan bau hanyir telur)
Kelapa parut putih – dikukus dan gaul dengan sedikit garam
Cara membuat
1. Satukan epung beras, tepung ubi, yis, gula dan garam dalam satu bekas besar.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata hingga adunan sebati.
Ads
3. Tutup bekas dan perap selama 1 hingga 2 jam.
4. Selepas perap, ambil adunan dan masukkan pewarna kuning serta esen vanilla. Kacau rata.
5.Untuk setiap 1½ cawan adunan, campurkan 2 biji telur. Kacau sebati. (Anggaran 1 biji telur untuk 1 biji kuih – lebih telur, lebih sedap!)
6. Sapu minyak pada acuan kuih cara atau kuali leper, tuang adunan ke dalamnya (tutup dengan penutup periuk)
Ads
7. Bakar atas api kecil hingga bahagian bawah keperangan, kemudian balikkan untuk masak bahagian atas.
8. Bila masak, angkat dan hidangkan bersama kelapa parut. Siap untuk dinikmati – rangup di luar, lembut di dalam!
Ads
TIP
Kalau dapat kelapa muda untuk dijadikan kelapa parut, rasanya lagi sedap. Nak buat lebih banyak cuma gandakan sukatan resipi dan simpan dalam bekas kedap udara – sesuai sangat untuk jualan juga!
Kuih akok yang terkenal di negeri pantai timur ini kini telah menjadi kuih kegemaran ramai. Jika kuih lain, kita inginkan tekstur yang licin cantik kejadiannya. Tapi, berbeza dengan kuih akok yang lagi berkedut lagi padu. Mewah rasa telurnya.
Disebabkan kuih ini ramai penggemarnya, Lily SyaziLiff sudi berkongsikan resipi kuih akok yang mudah dan cepat disediakan. Hanya guna pengisar sahaja.
Resipi ini juga kurang manis, sesuai untuk yang menjaga kesihatan. Anak-anaknya pun suka. Menurutnya, adunan ini akan dapat 1 liter, 45 biji kuih akok bergantung pada saiz acuan yang digunakan. Sesuai dijadikan juadah minum petang, jom cuba buat.
Dah lama idam nak buat kaya ball ni. Kalau beli pun macam tak puas makan. Sekali hadap jer dah habis. Acuan takoyaki yang terperuk lama inilah masa nak gunakan. Bolehlah rasmikan , bahan-bahan pun cukup.Anak-anak pun dah minta lama nak buat kaya ball ni.
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan atas. 2.Gaul rata hingga sebati.Kalau masih berketul-ketul, kisar tapi sekejap saja. 3.Tuang adunan itu dalam botol muncung satu 4.Biarkan seketika dalam 10 minit. 5.Panaskan acuan tadi dengan api perlahan.Sapu sedikit minyak. 6.Tuang sedikit adunan. Masuk inti kaya dan tutup semula adunan atasnya. 7.Tutup dengan penutup periuk. 8.Biarkan hingga naik gebu dan keperangan.Terbalikkan dan biarkan hingga masak
Seronok tengok Erra Fazira berkongsi dapur dengan Chef Wan dalam program Rasa Nostalgia Ramadan, kedua-dua mereka menyediakan dua menu kegemaran dan wajib ada Erra sepanjang bulan puasa. Ternyata pelakon dan penyanyi popular ini seorang yang simple dalam memilih menu berbuka. Tak sangka Murtabak dan Bubur Cha Cha jadi pilihan Erra Fazira
“Saya kalau tak ada murtabak dan manisan seperti Bubur Cha Cha macam tak lengkap berbuka puasa rasanya. Bubur Cha Cha ni kalau dulu-dulu bila bulan puasa je mak mesti buat sebab tahu saya sukakannya. Memang dari zaman kanak-kanak hingga sekarang,bila berbuka saya mesti ada makanan yang manis dan Bubur Cha Chalah kesukaan saya. Bila mak buat tak sabar nak tunggu waktu berbuka, terasa-rasa lemak manis dan tekstur ubi yang kenyal dan tepung Cha Cha yang berwarna warni memang mengundang seksa tunggu berbuka.
Murtabak pulak, tak kisahlah murtabak daging atau ayam, ia mesti ada. Sebabnya, kalau dulu-dulu murtabak hanya dijual pada bulan puasa, itu yang istimewanya Tapi hari ni saya teruja bila Chef Wan mengundang saya menyediakan Murtabak Daging Kambing bersamanya. Bila tengok macam senang je buat murtabak. Tapi kebiasaannya saya beli je kat Bazar Ramadan sebab keluarga saya kecil ia lebih berbaloi dari memasak,” ujar Erra.
Kata Erra, dulu hanya dia dengan ibu, kini tambah dengan perempuannya, pilihan berbuka puasa mereka masih yang ringkas. Anaknya Aleesya suka makan nasi dengan lauk singgang. Dia tak cerewet soal makan, sebab itulah dari dulu hingga sekarang menu berbuka puasanya adalah ringkas. Kalau makan nasi, lauk-pauk pilihannya adalah masakan kampung.
Berikut dua resipi yang disediakaan oleh Chef Wan yang disukai oleh Erra Fazira:-
Masukkan air bergaram tadi sedikit demi sedikit sambil uli hingga sebati dan adunan tidak melekat di tangan, lembut dan licin.
Bulat-bulatkan doh dan sapukan sedikit marjerin supaya doh tidak melekat antara satu sama lain. Perap selama 2-3 jam.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, putih dan halia hingga wangi.
Masukkan rempah kari, kacau rata dan tambah sedikit air. Kacau hingga pecah minyak dan garing. Kemasukkan daging kambing kisar, kacau rata hingga warna daging berubah dan sekata dengan bahan tumisan.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, terus kacau hingga inti garing.Tutup api dan biarkan sejuk.
Ambil beberapa sudu makan inti masukkan dalam mangkuk, pecahkan sebiji telur di dalamnya. Kemudian masukkan hirisan bawang, daun ketumbar dan daun bawang. Kacau sebati dan ketepikan seketika.
Sapukan tangan dengan sedikit minyak, dan tebarkan doh roti canai dan arik nipis-nipis .
Masukkan inti, lipat dengan kemas hingga inti disaluti sepenuhnya.
Panaskan minyak dan goreng murtabak dengan api perlahan hingga masak.
Angkat dan bolehlah dinikmati dengan kuah Dhal serta hrisan cuka bawang.
BUBUR CHA CHA
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung Cha Cha kering
300gm keladi | rebus setengah masak
200gm keledek kuning | rebus setengah masak
200gm keledek oren | rebus setengah masak
200gm keledek ungu | rebus setengah masak
70gm sago mata ikan
BAHAN KUAH SANTAN:
400ml santan cair
400ml santan pekat
2 helai daun pandan
300gm gula
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus tepung cha cha kering. Bila sudah terapung, angkat dan rendam dalam air.
Rebus keladi dan keledek hingga empuk secara berasingan. Angkat dan toskan.
Seterusnya masukkan bahan ubi-ubian dalam periuk bersama santan cair, gula, secubit garam dan daun pandan.
Renehkan hingga ubi empuk.
Setelah empuk, tambahkan santan pekat, tepung Cha-Cha yang telah direbus tadi dan bersama sagu, sederhanakan api, kacau hingga kuah mendidih.
Perasakan dengan secubit garam.
Setelah cukup rasa, tutup api dan Bubur Cha Cha sedia dihidangkan.panas atau sejuk.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.