Apam Telur memang sedap dimakan bersama kelapa parut muda. Ada juga yang panggil apam lambung. Bagi anda yang ingin cuba buat sendiri kuih ini di rumah boleh sangat. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli ini. Sangat mudah dan sememangnya bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapatkan. Sesuai sangat buat menu minum petang.
RESIPI APAM TELUR
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras – beli online 1 sudu besar tepung ubi – beli online 1 sudu kecil yis mauripan – beli online Garam secukup rasa – beli online 1/2 cawan gula (kalau suka manis letak lebih) – beli online Pewarna kuning Perasa vanilla ( untuk hilangkan hanyir telur…tak letak pun tak apa) 2 cawan air 5 biji telur Kelapa parut putih sahaja (kukus dalam 10 minit dan campur sedikit garam untuk tahan lama)
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan tepung beras, yis, tepung ubi, garam dan gula. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau rata. Tutup. Biarkan 1 jam hingga ke 2 jam.
Ads
2. Selepas itu ambil adunan tadi, masukkan sedikit pewarna kuning dan perasa vanilla. Kemudian masukkan dalam satu bekas lain.
3. Masukkan telur dan adunan. Pukul bagi sebati. Masukkan ke dalam bekas acuan (sapu minyak pada acuan agar adunan tidak melekat).
4. Bakar di atas api perlahan. Apabila sudah keperangan (boleh bakar bahagian bawahnya). Apabila sudah masak, bolehlah diangkat dan dimakan dengan kelapa parut.
Bosan dengan menu lemak dan kari, apa kata cuba pula menu rebus dan sup yang ringkas tapi tetap sedap sebagai lauk hidangan . Menu seperti ini sangat praktikal dan jimat masa dan kos.
Selain mudah disediakan menu ini lebih sihat dan patut dimasukkan dalam menu harian keluarga. Rasa kongsikan lima resipi yang boleh korang pilih mana satu yang menambat selera.
1. SUP DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
3-4 biji cili padi
1 kiub pati daging
1 sudu kecil garam
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
BAHAN TUMIS:
4 sudu makan rempah sup
100gm bawang kecil | dikisar halus
30gm bawang putih | dikisar halus
50gm halia | dikisar halus
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.
Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.
Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.
2. SUP ISI KETAM
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung manis
2 biji telur
200gm isi ketam | dicarik halus
1000ml air
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam. Setelah kiub pati ayam larut, masukkan isi ketam dan jagung manis. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula.
Pecahkan telur dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup. Kacau sentiasa untuk memastikan telur hancur dan tidak berketul.
Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Setelah mendidih, matikan api.
3. SUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam | dipotong kecil
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | dititik
1 batang saleri | dipotong serong
1 biji tomato | dipotong empat
1 batang akar daun ketumbar
3-4 biji cili padi | dipotong
½ biji limau nipis
1biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit sos ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak.
Seterusnya, masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar. Perasakan secukupnya.
Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.
4. SUP IKAN IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping isi ikan merah
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | diketuk
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan | disimpul
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
3-4 sudu besar perahan limau nipis
1 kiub pati ikan
5 biji cili api | dipotong serong
1 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
Minyak bagi menumis
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.
5. SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm bebola daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih | dimayang
2sm halia | dihiris halus
1/2 batang saderi | dipotong halus
3-4 biji cili padi | dihiris halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.
6. SUP TELUR GOYANG DAN SUHUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
2 biji telur
100gm kacang pea
100gm sawi bak choy
2 biji tomato | dipotong empat
50gm suhun
30gm sayur fucuk
2 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam kasar
Air secukupnya
2 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air dan biarkan mereneh.
Seterusnya masukkan kacang pea, sawi bak choy dan tomato.
Apabila mendidih, segera masukkan suhun dan sayur fucuk ke dalam sup.
Perasakan secukupnya dengan garam, pati ayam dan lada hitam.
Pecahkan telur dan biarkan masak. Sedia dimakan.
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER UNTUK MEMUDAHKAN MEMASAK SUP, JOM LAYARINYA DI SINI. PILIH AJE MANA YANG BERKENAN DI HATI.
Peminat tegar kudapan boleh cuba buat sendiri kudapan popia seaweed ni. Kalau dulu selalu beli, apa kata kali ni cuba buat sendiri pula, lebih jimat dan lebih berbaloi. Cara mudah untuk hasilkan kudapan ni, jom buat!
BAHAN-BAHAN:
Seaweed (sy lebih suka seaweed bigbang walaupun harga agak mahal tapi puas hati & ramai customer suka rasanya lain dari yang biasa)
*Harga sepeket lebih kurang RM8-RM10 -Potong/gunting siap2 semua seaweed kepada 2 bahagian macam atas peket seaweed tu
Telur (tambah sikit garam/aji/cukup rasa kalau nak)
Kulit popia saiz paling besar
Berus telur (cari yg jenis plastik bukan yg silicone ye nnt xlawa bila sapu/terlebih telur)
CARA MEMBUAT:
Lipat kulit popia kepada 2 bahagian
-Lipatlah macam mana pun bagi ada tanda sikit untuk senang ‘center’ kan seaweed nanti.
Sapu telur rata
-Sapu jangan terlalu banyak & terlalu sikit nanti bila goreng jd kembung n xlawa Sapu setakat nk bagi lekat je. Kena cepat2 sapu telur kalau x kulit popia tu mcm meresap & kulit jadi sangat lembik & tak cantik
Letak seaweed bagi center, tekan2 sikit & sapu lagi telur semua permukaan mcm no 3 tadi
Lipatkan kulit popia & tekan2 skit guna tapak tgn bg lekat rata. Siap
Ni hasil 6 peket seaweed sy buat dlm masa 2jam lebih non stop.
-Biarkan sekejap/ anginkan bg kering sikit kulit popia tu jangan terlampau kering nanti bila potong jd pecah2.
Ni part paling sy suka Guna pisau YANG PALING TAJAM ye kalau pisau xberapa tajam bila potong jd xlawa & melekat2 n terbuka kulit tu. Sy susun sekali 20 keping & potong sama besar. Ikut suka la nak besar mana
Dah siap potong tu boleh biarkan jp bg kering skit lepas tu buka la 1 persatu sambil tengok tv.
Biarkan dulu kejap atau nak keringkan bwh matahari atau kipas pun ok lg senang nk buka nnt.
Memang cara sy susun kemas2 gini sebelum buka 1-1
Minyak dah betul2 panas baru goreng. Nk buat makan sendiri2 hentam ja la goreng camna pun
Biasanya bila buat Sambal Tempoyak, anda akan guna cili padi. Tapi menerusi perkongsian saudari Fairuz Abu Hassan beliau menunjukkan cara-cara membuat Sambal Tempoyak Petai Bilis yang sedap menggunakan cili besar. Ha…Walaupun stok cili padi tiada di rumah, masih boleh masak sambal sedap ni tau. Bolehlah cuba. Pasti makan nasi bertambah-tambah.
CARA MASAK SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS SEDAP
BAHAN-BAHAN: Tempoyak 8 biji cili besar – dikisar 7 biji bawang merah – dikisar – beli online disini 4 ulas bawang putih (ambil yang kecil sahaja untuk elak lebih rasa bawang putih) – dikisar – beli online disini Petai yang siap dikupas Ikan bilis yang telah digoreng – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan yang dikisar dengan minyak gorengan ikan bilis tadi.
2. Masak sampai agak-agak kering. 3. Masukkan tempoyak. Gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
5. Masak sambal hingga pekat. Siap dan sedia untuk dihidang.
6. Jika mahukan sambal yang kelihatan berminyak, boleh masukkan lebih sedikit minyak masak sewaktu menumis.
Anda ada tip masakan warisan turun temurun? Jom kongsi dengan kami dan rebut peluang menang wang tunai RM500! Mana tahu rezeki anda kali ini. Jom daftar dan kongsi tip anda sekarang!