Sedapnya Apom Lenggang ni. Ia merupakan makanan tradisional orang-orang dulu. Resipi dan cara memasaknya pun sangat ringkas. Paling penting rasanya sedap dan boleh dihidangkan bersama dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau macam-macam lagi. Sesuai dimakan untuk sarapan atau minum petang. Nak jadikan sebagai bekal anak untuk ke sekolah pun boleh. Jom cuba resipi perkongsian saudari Cheamah Hashim ni. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
RESIPI APOM LENGGANG CHEAMAH
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan tepung beras
- 3 cawan santan
- 1 1/2 cawan gula
- 1 peket mauripan
- 3 biji telur
- Sedikit garam
- 1 sudu teh esen vanila
BAHAN LAIN:
CARA MEMASAK:
- Semua bahan disatukan dan dikisar sebati.
- Ambil 1/2 cawan bahan yang dikisar. Campurkan dengan 3/4 cawan santan untuk dibuat kanji. Kacau sebati dan masak hingga agak pekat.
- Campurkan kanji yang dimasak tadi dengan lebihan bahan kisar. Kacau sebati dan kisar sekali lagi.
- Biar adunan selama 1-2 jam sebelum dilenggang di dalam kuali. ( empunya resipi bancuh adunan dan simpan semalaman dalam peti sejuk)
- Untuk memasak, tuang adunan ke dalam kuali, lenggang hingga nipis. Tutup dengan tudung periuk supaya bahagian tengah masak.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cheamah Hashim