Ayam Goreng 65 antara menu favourite kalau makan di kedai mamak. Makan dengan nasi dan kari, memang layan. Ramai juga cuba resipi ni di rumah tapi tak menjadi. Rupanya nak goreng pun ada caranya. Nak tahu caranya? Kali ini jom kita belajar cara memasak Ayam Goreng 65 mengikut resipi perkongsian Sheena Supramaniam

AYAM GORENG 65 @ CHICKEN 65

Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!

BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN:
  • 2 sudu besar bawang putih & halia | dikisar
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis – beli online disini
  • 1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit – beli online disini
  • 2 sudu besar serbuk cili – beli online disini
  • 2 sudu besar serbuk cili kashmiri | optional
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu besar yogurt 
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk berisi ayam, masukkan semua bahan perapan ayam dan gaul sebati.
Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!
Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!
Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!
2. Tutup mangkuk dengan aluminium foil atau masukkan ke dalam bekas kedap udara. Simpan di dalam peti sejuk. Perap sekurang-kurangnya 1 jam dan maksimum semalaman. (Empunya resipi perap selama 4 jam)
Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!
3. Selepas perap, masukkan tepung jagung dan tepung beras.
Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!
4. Masukkan daun kari dan gaul sebati.
Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!
5. Panaskan minyak dan biarkan api kecil sehingga minyak betul-betul panas. Lebih kurang 5 minit.
Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!
6. Bila api sudah panas, masukkan ayam dan naikkan api kepada sederhana besar.
7. Selepas masukkan ayam, jangan kacau selama 2 minit. Kemudian, pusing sebelah lagi dan biarkan selama 2 minit. Ulang langkah ini untuk seminit atau 2 minit. Masa untuk masak ayam ini dalam 5 hingga 7 minit sahaja.
Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!
8. Angkat ayam dan perah sedikit limau nipis sebelum dimakan.
Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!
Kredit resipi & foto: Sheena Supramaniam
Mencari kuali non stick untuk menggoreng ayam? Boleh beli disini.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 
 
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI