Kalau makan nasi restoren mamak kita mesti ambil ayam gorengnya. Sedapnya lain macam sebab itu ramai yang ketagih dan asyik ‘repeat’ makan kedai mamak.

Ayam goreng ini sebenarnya boleh saja kita buat sendiri. Boleh ikut resipi perkongsian Qhamcyahh Hidayat. Rata-rata yang mencuba resipi ini memang mengakui ayam goreng ini sedap.

Ayam goreng mamak yang bikin ketagih

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari

Ads

Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara Buat Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih. Sekali Buat Mesti ‘Repeat’

Cara membuat:

1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak.

Ads

Cara Buat Ayam Goreng Mamak Yang Bikin Ketagih. Sekali Buat Mesti ‘Repeat’

Siap!

Ads

Kredit resipi:  Qhamcyahh Hidayat

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI