Ayam goreng pandan ini caranya membuatnya lagi mudah dari ayam pandan. Tak perlu balut, goreng saja terus. Aromanya memang harum terutama waktu menggoreng, buat kita tak sabar nak makan.
4 cawan isi ayam -potong dadu, jangan kecil sangat supaya selepas goreng kecut.
2-3 batang serai -dihiris nipis
5 helai daun pandan dihiris
1 sdm kicap cair masin
1 sdm kicap ikan/sotong
2 sdm sos tiram
1 sdb perasa -jika suka
1/2 sdk lada putih serbuk
1 sdm serbuk ketumbar
1 sdm gula
2 sdm tepung jagung atau tepung beras
3 sdm santan pekat.
Bahan dikisar
3 atau 5 ulas bawang putih
1 batang cili merah/ besar
I inci halia
Akar ketumbar
Cara memasak
1. Gaul semua bahan dan perap selama 1/2 jam.
2. Kemudian boleh terus goreng hingga ayam masak.
Kredit resepi & foto: Makcik Ratu