PKP menjadikan ramai mak-mak semakin kreatif di dapur terutamanya di bulan Ramadan ni bagi memenuhi selera anak-anak yang pelbagai kerana di bulan ini lah pelbagai makanan dijual di bazar mahupun pasar malam. Antaranya Ayam Goreng RM1, selalu jadi rebutan anak-anak. Apa kata kali ini anda cuba buat sendiri dengan resipi yang dikongsikan di sini.
AYAM GORENG SERINGGIT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAP AYAM:
1 ekor ayam | potong 24
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu makan serbuk kari
Garam secukup rasa
BAHAN TEPUNG SALUT AYAM:
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi/tepung beras
CARA MEMBUAT:
- Kisar bawang putih, bawang besar dan halia hingga halus.
- Gaulkan dengan ayam yang telah dibersih tadi dengan bahan kisar serta bahan perapan lainnya.
- Sediakan bahan tepung: Campurkan semua tepung dalam satu bekas, gaul rata.
- Kemudian ambil sedikit tepung dan masukkan dalam bekas lain.
- Masukkan 5-6 ketul ayam, gaulkan dengan tepung, gaul hingga sebati.
- Setiap kali tambah ayam, tambah juga tepung. Lakukan hingga habis.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam dengan api sederhana.
- Pastikan guna banyak minyak supaya ayam goreng tenggelam sepenuhnya dalam minyak.
- Sebaiknya gunakan kuali berpenutup. Tutup sekejap semasa menggoreng ayam. Agak-agak hampir masak, buka penutup dan biarkan ayam goreng lembut di dalam dan rangup serta garing di luar baru angkat dan toskan minyak.
- Ayam goreng sedia dihidangkan.
Kredit : Murni Rahmat