
Sekali pandang memang nampak sedap betul ayam dalam hidangan nasi ayam seorang wanita yang menggunakan nama facebook Riesha Liena ini.
Jom kita lihat resipi yang dikongsikan olehnya untuk membuat ayam dalam hidangan nasi ayam.
AYAM GORENG UNTUK NASI AYAM

BAHAN ASAS
1 ekor ayam (potong 8)
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR
6 ulas bawang putih
1inci halia
BAHAN SOS
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil madu
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan ayam dan kemudian rebus. Air rebusan disimpan untuk masak nasi ayam.
2. Angkat ayam. Toskan airnya dan letakkan ayam dalam bekas besar.
3. Kisar habis bawang putih dan halia. Masukkan bahan kisar dalam bekas berisi ayam rebus tadi.
4. Masukkan kicap manis, sos tiram dan madu.
5. Gaul sekata. Perapkan selama sekurang-kurangnya 30 minit.
6. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
7. Goreng ayam seketika. Ayam sudah masak sebab telah direbus. Goreng hanya untuk dapatkan tekstur gorengan sahaja.


Selamat mencuba!
Sumber: Riesha Liena
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Burger Tepi Jalan Memang Lagi Sedap, Ini Cara Kalau Nak Buat Sendiri Di Rumah

Burger tepi jalan memang rupanya tak menarik, sos meleleh-leleh tapi rasanya memang terbaik. Lagi sedap daripada burger yang dibeli restoren makanan segera.
Sambil pesan burger kita juga selalu memerhati penjual membuatnya, nampak senang kan. Tapi bila buat sendiri tak menjadi pula, tak sesedap burger yang kita beli di tepi jalan.
Selepas ini kalau nak buat lagi sekali, ikut tip yang dikongsi oleh peniaga burger sendiri, baru rasanya sama sedap. Nak berniaga burger pun boleh guna cara ini ya.
Burger tepi jalan, boleh cuba buat di rumah
Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang buat sendiri di rumah.
Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakkan dagingnya mahupun rotinya yang garing. Ada 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan.
Kalau hendak buat berniaga, jual lah burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.
1.Berat daging
Wajib guna daging 70g. Tak payah nak jimat sangat. Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahai, daging nipis, apa cerita?
2. Jangan tekan
Masak daging, jangan tekan semasa menggoreng. Bila tekan jus daging akan keluar. Sebab itu daging jadi kering. Alih-alihkan saja, letak marjering sikit, sikit ja. Jangan sampai banjir sebab dalam daging itu sendiri dah ada minyak.
3. Letak perasa
Daging burger kena lubang-lubangkan. Tak perlu belah tengah pun tak mengapa. Kemudian letak seasoning. Boleh guna Lea and Peirin, letak lada sikit, terangkat la.
4. Letak air bawang putih
Air bawang putih ini untuk menggantikan jus daging yang hilang. Jadi, daging akan jadi juicy. Curah sikit semasa daging dah masak. Cara membuatnya, potong bawang putih, letak dalam air kosong. Masukkan dalam botol, penutup botol buat lubang-lubang sikit.

5. Api sederhana
Guna api sederhana. Api yang kuat juga akan keringkan daging.
6. Roti sapu marjerin
Pastikan roti letak marjerin penuh dan terus letak ja atas kuali. Jangan tekan, jangan meleperkan roti.
7. Lettuce iceburg ganti kobis
Sayur boleh guna ikut cita rasa, selalu orang pakai kobis. Tapi semasa meniaga dulu pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi payah nak dapat hari-hari la. Harga pun agak mahal sikit.
8. Jenis sos
Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top pakai Longson. Payah nak jumpa kot. Kalau di Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai Longson. Sebab tu kebab mereka sedap.
9. Mayones
Mayo pulak paling best pakai Nelly. Mahal tapi sapu sikit ja, jangan tuang macam Ladys Choice tu. Sikit pun dah berasa.
10. Keju
Untuk cheese,boleh pakai smoke bbq. Apa-apa brand pun boleh. Rona dia oren. Mahal sikit, tapi memang berasa cheese dia. Pernah tak beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese, pasal guna cheese murah.
11. Sos Lada Hitam
Blackpepper sos kalau boleh masak la sendiri. Elak beli yang dah siap sebab tak berapa sedap. Mudah saja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap. Selepas itu, masukkan oyster, lada hitam kasar, kicap cair, chicken stock, garam. Perasakan dan celup daging dalam kuah blackpepper.
12. Susunan lapisan burger
Akhir sekali aturan letak sayur, sos, mayones. Yang ini kajian sendiri. Sos dengan mayones kalau boleh asingkan. Mayones bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang beza. Kalau cheese, letak atas daging yang panas. Bagi cheese cair melekat kat daging.
Senang cerita, kita buat burger, kita sendiri rasa. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Artikel ini olahan dari MINGGUAN WANITA & Adie Redzuan
Cara Masak Ayam Perap Mayo Yang Paling Sedap.

Di musim cuti ni, lauk berasaskan ayam pastinya antara menu wajib ada setiap kali waktu makan. Maklumlah, budak-budak ni lauk lain kurang minat. Jika hari-hari masak menu yang sama, buntu juga kan? Jadi boleh cuba resipi Ayam Perap Mayo perkongsian dari saudari Ezani Hana Syafniza ni. Dijamin enak dan menjilat jari. Mudah sahaja cara pembuatannya. Jadi, selamat mencuba!
RESIPI AYAM PERAP MAYO
BAHAN-BAHAN:
- Ayam – jumlah ikut suka berapa banyak
BAHAN PERAPAN:
- Halia
- Bawang putih
- Mayones
- Sos Tiram
- Kicap manis
- Madu
- Serbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam
( **bahan perapan bergantung pada jumlah ayam yang digunakan)

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk halia dan bawang putih.

2. Campur semua bahan dan gaul sebati. Ubah suai rasa jika mahu lebih manis atau lemak. Jika mahukan rasa manis berlemak, lebihkan madu dan mayones.

3. Perap ayam selama 5 jam keatas.

4. Ayam yang diperap boleh digoreng dan dibakar. Sedia untuk dinikmati.

5. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Ezani Hana Syafniza
Resipi Ayam Goreng Tomyam Pedas. Simple Je Tapi Sangat Sedap!

Menu Ayam Goreng Tomyam Pedas ni nampak sangat sedap dan membuka selera. Malah cara memasaknya juga tidak susah serta bahan-bahannya juga mudah diperolehi. Sesuai sangat anda masak untuk berbuka puasa hari ini. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah. Moga bermanfaat buat semua.
CARA MASAK AYAM GORENG TOMYAM PEDAS SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – potong & bersihkan
- 5 sudu makan cili kisar
- 1-2 paket perencah tomyam
- 8 biji cili padi merah
- 8 biji cili padi hijau
- 1 batang serai – hiris serong
- 4 helai daun limau purut
- 1 biji tomato – belah 6
- 1 biji bawang besar – potong bulat
- 5 ulas bawang putih – hiris
- 2cm lengkuas – dipotong
- Lobak merah secukupnya
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan sos tiram (beli online disini)
- 2 sudu makan sos ikan (beli online disini)
- Serbuk perasa secukupnya (jika perlu)
- Garam dan gula secukup rasa (jika perlu)

CARA MEMASAK AYAM GORENG TOMYAM PEDAS:
1. Bersihkan ayam dan lumur sedikit kunyit dan garam. Kemudian goreng ayam hingga masak.
2. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Tumis hingga wangi dan kekuningan.
3. Seterusnya masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili masak dan pecah minyak.
4. Masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan jika perlu, boleh tambahkan garam serta serbuk perasa. Gaul rata.
5. Akhir sekali, masukkan hirisan lobak merah, ayam yang telah digoreng serta air. Biarkan mereneh sebentar hingga kuah sedikit kering.
6. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Dapatkan Pes Tomyam Sekarang
Rasa tomyam asli Thai dalam masa singkat — guna pes ni je, terus siap masakan padu & wangi!

