Siapa suka Ayam Gunting? Ha..kalau pergi pasar malam, pasti terliur je tengok ayam goreng panas-panas tu kan? Ada pula serbuk tabur tu. Lagi lah ralit makan. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri Ayam Gunting ni secara homemade, boleh cuba resipi perkongsian saudara Are Peace ni. Resipi ni beliau dapat dari peniaga Ayam Gunting sendiri. Jom cuba!
AYAM GUNTING
BAHAN-BAHAN:
- Isi ayam | dihiris nipis
- 1 kotak kecil tepung goreng ayam serbaguna
- 1 1/2 cawan serbuk roti
- Telur | dipukul
CARA MEMASAK:
- Campur tepung goreng ayam bersama serbuk roti.
- Kemudian masukkan ayam. Gaul hingga rata.
- Celup ayam di dalam bancuhan telur.
- Masukkan kembali ke dalam adunan tepung tadi. Salut rata.
- Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
- Angkat dan toskan minyak. Tabur serbuk perasa ayam gunting.
( Masa memasak, goreng ayam sekeping demi sekeping. Jangan masukkan semua ayam ke dalam tepung.)
BAHAN SERBUK AYAM GUNTING:
- 1 kiub pati ayam
- 2 sudu makan paprika – kalau suka pedas, boleh tambah.
- 1/2 paket twisties BBQ
- 1/2 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu makan gula
CARA-CARA:
- Satukan semua bahan-bahan diatas dan kisar kering.
- Tabur atas ayam gunting tadi.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Are Peace
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasa Live Ramadan Tunjuk Cara Masak Rendang Daging Rembau, Ayam Ungkep & Udang Galah Mentega Telur Masin
Rasa Masak Live Ramadan Special dah pun masuk minggu kedua. Bersiaran dari khamis hingga sabtu sepanjang Ramadan, jam 12 tengahari .
Terbaru bersiaran adalah tetamu jemputan terdiri daripada Chef Ismail Ahmad, usahawan Datin Anida Azmi dan instafamous Ayu Shuhaimi. Memang seronok mendengar celoteh tiga tetamu yang handal memasak ni.
Sambil memasak sambil menyembang,Chef Ismail siap buat house tour di rumahnya yang cantik sungguh tu sementara tunggu daging empuk. Chef Ismail memasak Rendang Daging Rembau dan mengambil tempahan lauk berbuka dari dapur Restoran Rebungnya.
Selain memasak Chef juga rajin bercucuk tanam. Paling mengagumkan Chef Selebriti yang juga pemilik Restoran Rebung ini juga berjiwa seni kerana pandai melukis (painting) dan bulan Ramadan ni sibuk membuat lukisan dan hiasan rumah burung.
Datin Anida Azmi pulak tak kalah dengan masakan Jawa yang sangat menyelerakan iaitu Ayam Masak Ungkep. Beliau juga turut menyediakan tempahan melalui Dapuq Kak Nida dan memiliki dapur pusat untuk katering.
Pengasas D Event Management & Katering Services ini juga turut memasak makanan untuk frontliners KKM dan polis. Masa bersiaran live hari tu ada insiden kecil kebakaran di dapur Datin tetapi alhamdulillah beliau tetap pro dan tenang meneruskan siaran.
Instafamous Ayu Shuhaimi pula turut menunjuk cara memasak Udang Galah Mentega Telur Masih yang cukup membuatkan penonton kecur air liur. Besar dan segar udang galahnya.
Instafamous ini kini mempunyai follower hampir mencecah 96K dan aktif membuat dan berkongsi lauk pauk Melayu dari dapur rumahnya. Ayu juga menjalankan perniagaaan syarikat fotografi perkahwinan.Waktu kerja fleksibel di syarikat miliknya, Ayu memang aktif dalam IG ayu_shuhaimi.
Jom kita semak resipi tiga masakan istimewa ini:
1.RENDANG DAGING REMBAU.
(Resipi Chef Ismail Ahmad)
BAHAN-BAHAN :
- 1kg daging (top side) bahagian atas peha | dipotong 2sm x 2sm, cuci dan toskan
- 30 tangkai cili kering | direbus dan kisar halus
- 20 biji cili padi kampung | dikisar halus
- 3 batang serai | dititik dan disiar-siat
- 5 biji bawang merah kecil | dihiris nipis
- 4 ulas bawang putih | dihiris nipis
- 2 ½ sudu besar pes kunyit hidup
- ½ sudu besar serbuk kunyit
- 1 ½ sudu besar serbuk rempah kari daging
- 500ml air
- 800ml santan pekat
*Jika guna santan segera 200ml, dan ½ cawan minyak masak
*Jika guna kelapa segar ambil santan pekat dari 3 biji kelapa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Masukkan ke semua bahan-bahan ke dalam periuk kecuali santan.
2. Gaul bersama daging dan rebus sampai air daging hampir kering dan lembut.
3. Kalau tak lembut lagi tambah sedikit air panas.
4. Kecilkan api dan masukkan santan, renih hingga pekat sampai warna perang tua.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sajian sedia dihidang
2. AYAM UNGKEP
(Resipi Datin Anida Azmi)
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam | dipotong 18
- 3 batang serai | diketuk
Bahan kisar :
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 10-15 biji cili padi hijau |jika suka pedas bubuh cili banyak
- 1.5sm kunyit hidup
- 1 sudu kecil ketumbar
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
- 3 sudu besar serbuk kari daging | Datin Anida tambah kalau tak ada tak apa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak, kemudian tumis serai yang diketuk dulu bagi naik bau.
2. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau bagi pecah minyak pecah minyak
3. Masukkan ayam, tak payah tambah air biar air ayam keluar sendiri.
4. Kalau suka boleh letak sekeping asam keping
5. Letak gula dan garam ikut rasa masing masing
3. UDANG GALAH MENTEGA TELUR MASIN
(Resipi Ayu Shuhaimi)
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor udang galah gred A
- 4 biji telur masin | direbus
- 4 sudu besar mentega
- 6 ulas bawang putih | dicincang
- 10 biji cili api merah | dicincang
- 4 tangkai daun kari
- 1/2 tin susu cair
- 3 sudu besar tepung jagung
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Rebus telur masin, sejukkan. Kupas dan asingkan bahagian putih dan kuning. Hancurkan menggunakan garfu. Ketepikan.
2. Siang dan bersihkan udang galah. Salut dengan dua sudu besar tepung jagung. Perakan dengan garam, goreng dan toskan. Ketepikan.
3. Cairkan mentega. Masukkan bawang putih yang dicincang, cili api yang dicincang dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan susu cair. Masukkan satu sudu besar tepung jagung. Masak seketika.
5. Masukkan udang yang telah digoreng. Masukkan kesemua telur masin kuning,
6. Masukkan hanya separuh telur masin putih yang telah dihancukan. Tidak perlu garam. Gaul sebati. Siap!
Jangan lupa follow dan boleh bertanya soalan dan komen Rasa Masak Live Ramadan Special Minggu Hadapan bersama Chef Razak, Datin Nor Hafizah Saad dan Chef Asma minggu hadapan jam 1200 tengahari Khamis , Jumaat dan Sabtu.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Step By Step Buat Korean Spicy Chicken, Senang Rupa-Rupanya
Melalui facebook, seorang wanita yang menggunakan akaun Anys Idayu Zakaria berkongsi resipi Korean Spicy Chicken. Boleh cuba masak time cuti sekolah ni. Walaupun rasanya agak pedas, tapi pasti anak-anak akan suka.
KOREAN SPICY CHICKEN
BAHAN UNTUK AYAM
Kepak ayam
Dua ulas bawang putih (tumbuk)
Setengah inci halia (tumbuk)
2 sudu besar tepung goreng ayam
1 biji telur ayam
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT AYAM
1. Perap ayam dengan bawang putih, halia dan serbuk lada hitam.
2. Kemudian gaul dengan tepung goreng ayam dan telur. Perap selama 15 minit.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ayam yang telah diperap tadi.
4. Angkat ayam dan ketepikan.
BAHAN UNTUK SOS
Minyak masak untuk menumis
Dua ulas bawang putih (tumbuk halus)
5 tangkai cili api (potong halus)
2 sudu serbuk cili
Sedikit kicap manis
Sedikit sos cili
Sedikit air
2 sudu besar madu
Garam dan gula (jika suka)
CARA MEMBUAT SOS
1. Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih dan cili api. Masukkan serbuk cili. Kacau rata.
2. Masukkan kicap manis dan sos cili.
3. Masukkan pula sedikit air.
4. Masukkan madu untuk bagi likat.
5. Masukkan bahan perasa garam dan gula jika suka. Kacau.
6. Masukkan ayam goreng tadi. Gaul rata.
7. Boleh juga goreng bijan tanpa minyak. Taburkan di atas ayam.
Siap untuk dimakan. Jom cuba!
Resipi oleh Anys Idayu Zakaria
Sempol Ayam Enak Dan Empuk, Resipi Original Dari Indonesia
Makanan jalanan atau street food ini mempunyai peminatnya kalau di Indonesia. Ia disukai hampir semua peringkat usia terutama kanak-kanak. Sempol ini rupanya seperti sate, tapi lebih besar. Sempol dibuat dari campuran ayam dan tepung ubi,menjadi adunan yang sedap dan lazat rasanya.Campuran adunan ini dibentuk bulat panjang dan ditusuk pada lidi. Selain ayam, boleh juga diganti udang atau ikan tenggiri.
SEMPOL AYAM
Bahan-bahan:
300gm daging ayam
150gm tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI
6 biji bawang putih-BELI ONLINE DI SINI
1 telur
1.5 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk perasa
6 batang daun bawang -dihiris
1 telur -kacau untuk dilapisi selepas menggoreng
Cara memasak:
1. Haluskan daging ayam dan bawang putih dengan food processor
2. Tambahkan tepung ubi, garam, gula dan serbuk perasa. Kisar sebentar.Tambahkan telur.
3. Adun dengan food processor sampai rata.
4. Masukkan daun bawang. Aduk dengan senduk sampai rata.
5. Letak sedikit minyak di tangan. Ambil adunan dan letakkan pada lidi sate membentuk lonjong panjang.
Asingkan.
6. Didihkan air. Masukkan sempol. Masak sampai mengapung dan matang
7. Kacau telur sampai rata.
8. Panaskan minyak di kuali. Sempol dibalut dengan telur dan goreng.
Kredit resipi dan foto:@resepmasakanpraktiss
INGIN MEMBELI PERIUK KUKUS, BOLEH LIHAT DI SINI.
Jemput-jemput Berinti Sambal Terengganu. Perghh ..Tak Payah Cicah-cicah
Bread With Basque Burnt Cheese Topping, Bukan Sekadar Kek Aje
Batter Pisang Goreng Dengan Sambal Kicap Simple, Rangup Sampai Ke Petang