Cara Buat Ayam Gunting Ala Pasar Malam Secara Homemade.

Share

Siapa suka Ayam Gunting? Ha..kalau pergi pasar malam, pasti terliur je tengok ayam goreng panas-panas tu kan? Ada pula serbuk tabur tu. Lagi lah ralit makan. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri Ayam Gunting ni secara homemade, boleh cuba resipi perkongsian saudara Are Peace

ni. Resipi ni beliau dapat dari peniaga Ayam Gunting sendiri. Jom cuba!

AYAM GUNTING

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ayam | dihiris nipis
  • 1 kotak kecil tepung goreng ayam serbaguna
  • 1 1/2 cawan serbuk roti
  • Telur | dipukul

CARA MEMASAK:

  1. Campur tepung goreng ayam bersama serbuk roti.
  2. Kemudian masukkan ayam. Gaul hingga rata.
  3. Celup ayam di dalam bancuhan telur.
  4. Masukkan kembali ke dalam adunan tepung tadi. Salut rata.
  5. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
  6. Angkat dan toskan minyak. Tabur serbuk perasa ayam gunting.

( Masa memasak, goreng ayam sekeping demi sekeping. Jangan masukkan semua ayam ke dalam tepung.)

 

BAHAN SERBUK AYAM GUNTING:

  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu makan paprika – kalau suka pedas, boleh tambah.
  • 1/2 paket twisties BBQ
  • 1/2 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan gula

CARA-CARA:

  1. Satukan semua bahan-bahan diatas dan kisar kering.
  2. Tabur atas ayam gunting tadi.
  3. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Are Peace

Published by
Nur