
Ayam masak merah antara lauk kesukaan ramai. Baik di majlis mahu pun di rumah ia memang selalu disediakan.
Ayam masak merah ini paling sedap bila ada banyak kuah supaya dapat digaul dengan nasi, tak kira nasi putih, nasi tomato, nasi minyak semuanya ngam.
Nak dapatkan ayam masak merah sebegini boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Chef Papa atau Nazri Mat Zain. Katanya resipi ini memang lain dari yang lain katanya. Banyak kuah dan ada rasa rempah sekali.
Resipi Ayam Masak Merah Lain Dari Yang Lain

Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong, digaul dengan garam dan kunyit
2 cawan cili kisar
1 cawan sos cili
1/2 cawan tomato puri
1/2 cawa tomato sup
1/2 tin susu cair
1 tin kecil kacang peas
1 biji bawang merah -dipotong bulat
Daun sup dan daun bawang untuk hiasan
Bahan kisar
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 inchi halia
4 batang serai
2 inci lengkuas
2 Sb jintan manis
Cara memasak
1. Ayam digoreng separuh masak. Ketepikan dulu.
2. Tumis rempah 4 sekawan Bersama bahan kisar hingga pecah minyak

3. Selepas pecah minyak masukkan cili kisar dan masak lagi hingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili, tomato puri dan tomato sup. Masak hingga pecah minyak lagi.

5. Tuang susu cair, kemudian masukkan sedikit garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa. Kacau.
6. Masukkan ayam yang digoreng dan gaul sebati. Masukkan bawang besar dipotong bersama kacang peas. Kacau lagi.
7. Tutup api dan akhir sekali tabur daun sup dan daun bawang. Siap.
Sumber: Nazri Mat Zain
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Resipi Lauk Sedap Boleh Masak Guna Taucu

Taucu adalah berupa kacang soya yang telah direbus dan diperam. Ia digunakan sebagai rencah dan penyedap dalam masakan. Kalau nak tahu, banyak lauk pauk sedap yang boleh dihasilkan menggunakan taucu ni. Bagi yang nak cuba, boleh jadikan koleksi masakan taucu ni sebagai panduan. Selamat mencuba!
1.TAUCU KELANTAN

BAHAN-BAHAN:
- 2 senduk taucu – beli online disini
- Air asam jawa (1 sudu asam jawa+ segelas air)
- 4 sudu besar gula
- Secubit garam
- 5 senduk santan – beli online disini
- Secekak kecil kacang panjang – potong pendek
BAHAN KISAR:
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3tangkai cili padi
- 3 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 2 hiris nipis halia
- 2 sudu besar udang kering – beli online disini
- 1 sudu besar belacan – beli online disini
BAHAN LAUK:
- Segenggam hati ayam
- Segenggam pedal
- 4 kaki ayam
- 6 kepak ayam
- 6 ketul bahagian ayam yang bertulang
- (semua bahagian diats ini dipotong kecil. Kemudian rebus separa masak bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya. Ketuk 2 batang serai dan sehiris halia untuk menambahkan rasa.)
- Segenggam udang
BAHAN HIASAN:
- 1 1/2 biji bawang besar Holland – belah dadu
- 4 tangkai cili hijau
- 2 tangkai cili merah – dipotong bulat
- 2 biji tomato kecil – belah 8
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Lecekkan taucu dalam lesung batu sebelum ditumis sekali.
- Masukkan air asam jawa (1 sudu asam jawa+ segelas air) setelah bahan tumis garing.
- Tambahkan gula dan secubit garam. Kuantiti gula terpulang pada citarasa sendiri. Garam tak perlu banyak sebab rencah taucu sudah cukup masin.
- Boleh masukkan potongan ayam yang telah direbus tadi. Udang dimasukkan selepas ini.
- Tutup dengan penutup. Renehkan sehingga ayam sedikit empuk.
- Selepas ayam masak, masukkan santan. Kuah taucu tidak perlu banyak.
- Boleh masukkan udang setelah semuanya mula sebati.
- Apabila kuah mula mendidih, masukkan bahan hiasan kecuali tomato. Setelah bawang mula layu, barulah masukkan tomato kecil.
- Akhirnya boleh masukkan kacang panjang yang dipotong pendek.
- Balik-balikkan 1-2 minit. Boleh tutup api supaya kacang tidak terlebih masak dan warna kacang panjang tetap hijau cantik.
- Siap. Boleh dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
2. UDANG MASAK TAUCU

BAHAN-BAHAN:
- Udang
- 2 biji bawang merah – dihiris
- 2 ulas bawang putih – dicincang
- 1/2 inci halia – dihiris
- 1 batang cili merah – dihiris
- 2 tangkai cili api – dihiris
- Tauchu
- Sedikit pes asam jawa – beli online disini
- Sedikit gula
- Air
CARA MEMASAK:
1.Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili hingga naik bau.
- Kemudian masukkan taucu dan kacau seketika.
- Kemudian, masukkan pes asam jawa dan tambah sedikit air. Bila air mendidih masukkan sedikit gula dan udang. Tak perlu tambah garam kerana taucu sudah masin.
- Biar kuah memekat. Siap.
Kredit resipi & foto: Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor
3. AYAM MASAK TAUCU

BAHAN-BAHAN:
- Ayam – potong kecil & goreng
- 60gm taucu
- 2 batang serai – diketuk
- Bawang besar – potong bulat
- Cili merah – hiris
- Daun sup & daun bawng secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar saiz sederhana
- 5-6 ulas bawang putih
- 10 tangkai cili kering – beli online disini
- Halia
- 1-2 sudu kecil asam jawa (ambil airnya)
CARA MEMASAK:
1.Tumis bahan kisar bersama taucu sampai pecah minyak.
- Masukkn air asam jawa dan juga serai. Tambah sedikit air jika suka berkuah.
- Bila sudah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng. Masak ikut kepekatan yang disukai.
- Tak perlu perasakan kerana taucu sudah masin. Tambah andai perlu sahaja.
- Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, cili merah, daun sup dan daun bawang.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aida Akashahfitri
4. TAUCU PETAI

BAHAN-BAHAN:
- Petai
- 1 biji bawang besar – hiris
- 10 biji cili api hijau – tumbuk
- 2 biji cili merah – tumbuk
- 2 sudu makan taucu
- Sedikit belacan – beli online disini
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang besar, cili-cili tumbuk dan belacan.
- Setelah layu, masukkan taucu.
- Seterusnya masukkan sedikit air, perasa, gula dan petai. Tak perlu letak garam kerana taucu dah rasa masin.
- Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ida Filzati
5. IKAN BILIS SAMBAL TAUCU

BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam ikan bilis – pilih yang saiz sederhana atau kecil. Basuh & tos. – beli online disini
- 3 biji bawang merah – dipotong
- 3-4 ulas bawang putih – dipotong halus
- 1/2 biji bawang holland – dipotong kasar – beli online disini
- 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
- 2 biji cili hijau – dipotong
- 2 biji cili merah – dipotong. Tak nak letak pun boleh.
- 4 biji cili padi merah – potong halus
- 4-5 sudu makan taucu – sebaiknya guna taucu yang tak hancur untuk elakkan rasa masin yang melampau.
- Minyak untuk menumis
- Gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis ikan bilis dengan sedikit minyak. Setelah ikan bilis separuh garing, masukkan semua bawang dan cili.
- Setelah naik bau, masukkan air asam jawa dan tambah sedikit air agak-agak hingga tenggelam separuh bahan-bahan tadi. Tunggu ia mereneh dan lembut sekejap.
- Masukkan taucu danperasakan dengan sedikit gula serta Tak perlu letak garam.
- Biarkan mereneh sekali lagi dan sedia untuk diangkat.
Kredit resipi & foto: Nina Lee Daud
6. AYAM KUKUS MASAK TAUCU PEDAS

BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul paha ayam – bersihkan dan potong kecil
- 1 biji bawang holland – dicincangkan
- 1 labu bawang putih – dicincangkan
- 6 cili merah dicincangkan – nak pedas boleh guna cili api
- 1 sudu besar taucu
- 1 sudu besar gula perang- boleh ganti gula putih – beli online disini
- 4 sudu besar kicap cair – beli online disini
- 1 sudu besar minyak bijan – beli online disini
- 1 sudu besar sos tiram – beli online disini
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam – beli online disini
- Sedikit lada sulah – beli online disini
- Garam secukup rasa – jika perlu
- 1 batang daun bawang – hiris kecil
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama bahan-bahan lain ( kecuali daun bawang) hingga rata.
- Panaskan kukusan dan kukus ayam selama 30 minit.
- Buka kukusan dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata dan kukus kembali selama 10 minit.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mary Teo Lee Na
7. TIMUN MASAK TAUCU

BAHAN-BAHAN:
- 1 batang timun – hiris panjang
- 3-4 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih – hiris
- 3 biji bawang merah – hiris
- 1-2 sudu makan taucu
- Minyak untuk menumis
- Sedikit ikan bilis – beli online disini
- 1 keping asam keping/ gelugor – beli online disini
- 1 sudu makan cuka
- Gula secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih bersama ikan bilis. Masukkan taucu.
- Kemudian masukkan timun dan cili padi. Tambah air sedikit.
- Seterusnya tambahkan asam keping, cuka dan gula secukup rasa.
- Tumis sampai timun sedikit lembut. Jika nak kuah lebih, tambahkan air.
- Angkat dan enak dinikmati bersama ikan bakar atau ikan goreng.
Kredit resipi & foto: Fizah Nasir
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Perapan Ayam Bakar Sedap. Sesuai Juga Untuk Perap Daging

Bagi penggemar sajian Ayam Bakar sedap dan suka buat BBQ, resipi perapan perkongsian saudari Cik Merpati Putih ini tentunya anda kena simpan dan cuba. Kalau resipi-resipi lain, sos perapannya menggunakan banyak bahan dan rempah, tapi yang ini cukup mudah. Hanya guna 8 bahan yang sememangnya ada di dapur anda. Kos tak banyak tapi rasa sedap. Memang berbaloi. Jom cuba!
CARA MEMBUAT PERAPAN AYAM BAKAR @ GRILL SEDAP HANYA GUNA 8 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
- Ayam/daging
- Bawang merah – beli online disini
- Bawang putih – beli online disini
- Cili kering – beli online disini
- Serai
- Serbuk kunyit – beli online disini
- Garam – beli online disini
- Gula – kena lebih ya – beli online disini
(Sukatan bahan bergantung jumlah ayam @ daging yang nak diperap)
CARA MEMASAK:
1.Satukan serai, bawang merah, bawang putih dan cili kering.
2.Masukkan sedikit air kemudian kisar. Tuang bahan kisar ke dalam bekas.
3.Kemudian masukkan garam, gula yang sedikit banyak dan juga serbuk kunyit. Kacau sebati.
4.Masukkan potongan ayam atau daging. Perap seketika. Jika nak lagi sedap, perap semalaman.

5.Untuk memasaknya, boleh dibakar menggunakan arang, ketuhar atau dipanggang dalam kuali.


6. Enak dinikmati bersama aneka hidangan sampingan kegemaran yang lain.


Kredit resipi & foto: Cik Merpati Putih
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Ayam Cili Padi Pedas Tomyam. Resipi Ringkas, Mudah Masak

Sedapnya menu Ayam Cili Padi Pedas Tomyam ni. Masak guna pes tomyam je. Kalau nak tahu, pes tomyam tidak semestinya digunakan untuk masak tomyam sahaja. Ia juga boleh ditambah ke dalam pelbagai masakan lain dan dijadikan rencah. Memang wangi dan pecah selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni. Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK AYAM CILI PADI PEDAS TOMYAM

BAHAN-BAHAN:
8 ketul ayam – potong kecil, lumur garam & kunyit. Goreng hingga masak.
*30 tangkai cili padi hijau & merah ( campur-campur)
*1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
1 sudu makan pes tomyam
1 batang serai
5@6helai daun limau purut
1/2 biji tomato – hiris nipis
Garam dan perasa secukupnya
1 biji bawang besar – hiris bulat
CARA MEMASAK:
1. Kisar kasar bahan-bahan yang bertanda (*).
2. Panaskan minyak dan tumis hingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan serai dan daun limau purut. Gaul rata.
4. Seterusnya masukkan pes tomyam dan tomato. Masak hingga sambal agak garing. Pastikan tomato hancur dalam sambal.
5. Perasakan dengan garam serta perasa dengan secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng serta hirisan bawang besar. Gaul rata hingga bawang sedikit lembut.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan
Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Dapatkan Pes Tomyam Sekarang
Rasa tomyam asli Thai dalam masa singkat — guna pes ni je, terus siap masakan padu & wangi!

