Makan

Cara Buat Ayam Masak Merah Banyak Kuah, Rasa Lain Dari Yang Lain

Share

Ayam masak merah antara lauk kesukaan ramai. Baik di majlis mahu pun di rumah ia memang selalu disediakan.

Ayam masak merah ini paling sedap bila ada banyak kuah supaya dapat digaul dengan nasi, tak kira nasi putih, nasi tomato, nasi minyak semuanya ngam.

Nak dapatkan ayam masak merah sebegini boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Chef Papa atau Nazri Mat Zain.

Katanya resipi ini memang lain dari yang lain katanya. Banyak kuah dan ada rasa rempah sekali.

Resipi Ayam Masak Merah Lain Dari Yang Lain

 

Bahan-bahan

1 ekor ayam – dipotong, digaul dengan garam dan kunyit
2 cawan cili kisar
1 cawan sos cili
1/2 cawan tomato puri
1/2 cawa tomato sup
1/2 tin susu cair
1 tin kecil kacang peas
1 biji bawang merah -dipotong bulat
Daun sup dan daun bawang untuk hiasan

Bahan kisar

3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 inchi halia
4 batang serai
2 inci lengkuas
2 Sb jintan manis

 

 

Cara memasak

1. Ayam digoreng separuh masak. Ketepikan dulu.

2. Tumis rempah 4 sekawan Bersama bahan kisar hingga pecah minyak

3. Selepas pecah minyak masukkan cili kisar dan masak lagi hingga pecah minyak.

4. Masukkan sos cili, tomato puri dan tomato sup. Masak hingga pecah minyak lagi.

 

5. Tuang susu cair, kemudian masukkan sedikit garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa. Kacau.

6. Masukkan ayam yang digoreng dan gaul sebati. Masukkan bawang besar dipotong bersama kacang peas. Kacau lagi.

7. Tutup api dan akhir sekali tabur daun sup dan daun bawang. Siap.

Sumber: Nazri Mat Zain

Published by
Rose