
Isi Kandungan
ToggleCara buat ayam percik dalam air fryer ini kena belajar memandangkan dah masuk bulan puasa. Selalunya waktu Ramadan inilah kita teringin makan hidangan ini.
Supaya tak perlu berasap satu rumah, boleh bakar ayam percik ini guna cara yang lebih mudah iaitu menggunakan air fryer. Kebanyakan rumah dah ada alat ini kan…
Cara buat ayam percik guna air fryer
Bahan-bahan
Ayam separuh ekor -dipotong dan dibersihkan
2 sudu minyak masak
Bahan perapan buat ayam percik
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah atau 1 biji bawang besar
3 inci halia
2 batang serai -dipotong kecil
2 sudu ciliboh -lebihkan jika mahu pedas
1/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak
1. Kisar semua bahan perapan hingga lumat.
2. Masukkan bahan kisar dalam mangkuk besar bersama dengan ayam. Gaul rata dan kemudian letakkan minyak masak.
3. Perap ayam selama dua jam atau lebih. Lebih lama diperap lebih sedap.
4. Alas ayam dengan aluminium foil kemudian bakar dalam air fryer menggunakan suhu 170 darjah selsius selama 15 minit.
5. Sebelah 15 minit balikkan ayam dan bakar lagi hingga 10 minit. Siap
Kredit resipi & foto: Zamaizura Nawawi
Artikel berkait: Masak Sendiri Ayam Percik Sos Sedap, Peniaga Ini Kongsi Resipi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Mee Celup 30 Minit Dah Siap!

Mee Celup ni rasanya agak susah nak cari terutamanya di kawasan KL. Jadi, baik kita buat sendiri je kan lagi pun 30 min je dah boleh siap. Siap ada resepi sambal kicap lagi untuk ditambah dalam mee celup. Jom kita tengok resepi ini.
SUP/KUAH
Bahan-Bahan
- Sedikit minyak masak
- Bawang putih 5ulas
- Rempah kurma 2 sudu
- Air stok daging
- Air masak 1 jug
- Daging lembu
Info: Selain daging lembu boleh juga ganti dengan daging ayam
Cara Penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
2. Kemudian tumiskan sedikit bawang putih yang ditumbuk halus.
3. Setelah naik bau, masukkan rempah kurma yang telah dicampur air ke dalam periuk tadi. Kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan air stok daging, daging yang telah dibasuh dan kacau.
5. Tambahkan sedikit air dan garam secukup rasa.
6. Biarkan dalam periuk selama 10minit sehingga daging empuk.
SAMBAL KICAP
Bahan-Bahan
- Bawang putih 10 ulas
- Sedikit cili padi
- Garam
- Gula
- Kicap
Cara Penyediaan
1. Gorengkan cilipadi dan bawang putih dalam kuali tanpa minyak sehingga menampakkan kekuningan.
2. Kemudian masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam mesin kisar dan campurkan dengan kicap, garam dan gula.
3. Kisar sehingga lumat.
https://www.facebook.com/DiyanaMatJusoh/videos/10212086814297866/
Aksesori Tambahan:
- Mee/bihun/kuey teow dicelur
- Minyak bawang putih
- Limau nipis
- Sayur sawi + kobis
- Daun bawang
- Daun sup
Cara Penyediaan Minyak Bawang Putih:
1. Potongkan bawang putih nipis-nipis
2. Kemudian goreng di dalam kuali dengan sedikit minyak sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Kemudian angkat sekali dengan minyak yang digoreng tu.
Nak makan dengan mee/kuew teow/ bihun terpulang pada citarasa masing-masing.
Info: Celurkan mee atau bihun sekejap sahaja sehingga lembut.
Kredit Resepi: Diyana Mj
Resipi Kuih Getas Lembut & Lemak Manis Yang Wajib Dicuba!

Kuih getas merupakan kuih tradisional yang sangat unik kerana rasanya yang lemak manis. Ada yang juga memanggil getas-getas atau gegetas. Cara penyediaannya antara yang paling senang berbanding kuih tradisional yang lain. Uli, gentel dan goreng je. 10 minit dah boleh siap! Rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati dan sering dijadikan sebagai hidangan minum petang seisi keluarga.
KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN
- 1/2 biji kelapa parut
- 2-1/2 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cwn air (atau secukupnya)
- 1 sudu teh garam
Untuk sira gulanya
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa.
Bentukkan doh sebesar nugget
Goreng dengan api sederhana.
Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.
Air dan gula dimasak hingga pekat. Berbuih macam ni tanda gula telah pekat.
Masukkan kuih yang telah digoreng dan boleh tutup api, kacau hingga jadi seperti ini.
Kredit resipi & foto: Yatteomar
Aneka Masakan Sotong Kecur Liur

Bagaikan tidak lengkap makan nasi tanpa berlaukkan sotong buat penggemar makanan laut ini. Macam-macam masakan boleh diolah dari sotong mengikut cita rasa masing-masing. Ada yang suka digoreng begitu sahaja, dibakar malah dibuat sambal. Masak sotong jika silap teknik, sotong yang besar pun bila sudah siap masak jadi kecil sebab kecut. Selain itu penyebab utama sotong jadi liat ialah kerana terlalu lama dimasak.Ini kerana jus sudah habis keluar masuk ke dalam kuah atau sambal. Elakkan dari kesilapan kecil ini.
Sotong Sambal
Bahan – Bahan
1/2 kg sotong sederhana besar
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering
2 batang serai dititik
3 biji bawang besar dimayang
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukupnya..
Cara – Cara
1. Bersihkan sotong dan rebus dalam air mendidih selama beberapa minit..kemudian angkat dan toskan.
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih beserta cili kering yang telahpun dikisar tadi hingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa,garam,gula secukupnya.
4. Masukkan sotong yang telah direbus tadi dan kacau hingga sebati.
5. Siap untuk dihidang.
Bahan – Bahan
BAHAN A(KISAR/BLENDER KASAR)
Cili api/cili merah – ikut kepedasan sendiri
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Serai
Belacan
Lada hitam- letak sikit ja
*Kuantiti bahan bgantung kepada kuantiti sotong…
BAHAN B
Sotong
Asam keping
1 batang serai (titik)
Sedikit garam dan gula
Daun limau purut
BAHAN SAYUR (KALU TAK LETAK PUN TAK PE)
Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis
Cara – Cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak…
2. Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air(jgn terlampau banyak)
3. Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula
4. Akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis… kacau rata dan biarkan layu sedikit, pastu angkat…
5. Siap dan hidangkan dgn nasi panas

Bahan – Bahan
3 ekor sotong
Sehelai daun pisang
Bahan Untuk Sambal Bakar
2 cm halia
10 biji bawang merah
1 cm lengkuas
5 ulas bawang putih
60 gram cili kering
Secukup rasa asam jawa
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa
Cara -Cara
1. Sotong dibersihkan dan dipotong
2. Kemudian dibakar diatas daun pisang
3. Tumiskan bahan yang dikisar termasuk cili sehingga sehingga garing dan wangi
4. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan sebuk perasa
5. Setelah mendidih masukkan sedikit air dan biarkan sehingga masak
6. Setelah sotong siap dibakar letakkan sambal diatasnya.
7. Dah siap !

Bahan – bahan
5 ekor sotong potong bulat
2 serai (hiris halus)
3 bawang merah (mayang halus)
2 bawang putih cincang
2 cm halia hiris halus
1 sudu lada kering kisar atau cili boh
3 helai daun limau purut (hiris halus)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sedikit sos ikan
6 biji cili padi potong bulat
Cara – Cara
1. Tumis serai, bwg putih, bwg merah, halia dan cili potong
2. Masuk kan cili boh,sos tiram, sos cili dan sos ikan.tambah air sikit.masak sampai pekat
3. Masuk kan sotong, tunggu sotong masak
4. Masuk kan perasa,garam gula
5. Akhir sekali masuk kan daun limau purut,jangan masuk awal nanti pahit

Bahan – Bahan
2 ekor sotong saiz sederhana – dipotong membulat
(Boleh tambah seafood lain)
20 ekor udang saiz sederhana
200 gm isi kerang
200 gm isi kupang
2 biji bawang besar – dicincang
3 ulas bawang putih – dihiris halus
5 biji cili padi – dicincang
4 tangkai cili merah – dibuang biji dan dicincang
Bunga kobis, kacang buncis dan jagung manis (optional)
2 sudu besar cuka
5 sudu besar sos Thai Maggi
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Cara – Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Goreng seafood untuk mengeluarkan airnya. Angkat dan ketepikan.
3. Gunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
4. Masukkan cili padi dan cili merah. Kacau sebentar. Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan sayuran masak sedikit.
5. Masukkan cuka dan sos Thai. Masukkan seafood yang telah digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Bahan – Bahan
3 ekor sotong bersaiz besar – direbus dan dipotong
2 biji tomato – dihiris dadu
1 biji bawang besar – dipotong kecil
1 batang kacang panjang – dipotong kecil
1 genggam kacang tanah – digoreng tanpa minyak
2 biji buah mangga mangga – dicincang
2 biji lada besar – dihiris halus2
10 biji lada Melaka – dihiris halus
3 biji limau nipis/kasturi – ambil airnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
daun ketumbar sebagai hiasan
Cara-cara
1. Gaulkan kesemua bahan2 di dalam bekas.
2. Taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang
3. Dah siap