Ayam tandoori biasanya kita akan makan di restoren mamak bila teringin. Cuma ada masa ayam tandoori yang kita nikmati ini tak kena dengan citarasa.
Supaya puas hati menikmati menu ini, boleh juga cuba buat sendiri. Nak yang sedap dan juicy boleh ikut resipi Nurul Joe
kerana hasilnya sedap dan ‘juicy’ seperti makan di restoren mamak.1 ekor ayam – potong empat dan kelar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin
2 sudu kecil garam
3 biji bawang besar
10 biji bawang putih
2 inci halia
3 biji buah pelaga
Daun ketumbar
1 biji jus lemon
1 cawan greek/plain yogurt
Sedikit pewarna merah
1. Campur semua bahan di atas dan kisar halus.
2. Gaul bahan yang dikisar ini dengan ayam dan perap 5 jam atau lebih menggunakan aluminium foil.
3. Buka aluminium foil, keluarkan ayam dan letak dalam Loyang.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°c dalam sejam atau sehingga masak. Nak goreng pun boleh.
Selamat mencuba
Sumber: Nurul Joe