Sedap dapat makan bahulu gulung petang begini. Dapat pula yang lembut dengan jem di dalamnya. Boleh cuba buat sendiri kalau nak makan puas.
Bahan-bahan:
1 cawan telur
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Cara memasak:
Pukul telur dan gula hingga kembang dan pekat.
Masukkan tepung dan baking powder tapi jangan gaul guna mixer,cukup sekadar kaup dan balik guna senduk atau spatula.
Masukkan dalam loyang yang dah disapu majerin dan bakar dalam ketuhar ikut kepanasan yang sesuai.
Ikut jenis ketuhar masing-masing. Dah masak angkat dan keluarkan dari loyang guna scraper.
Letak di atas kertas A4. Sapu jem kegemaran anda dan gulung ketika masih panas.
Jem nenas saya hanya guna jem nenas untuk tart tapi saya tambah 500ml air dan 1kg jem tart. Masak atas api sederhana hingga gula dan jem sebati dan mendidih.Tutup api dan biarkan sejuk baru guna.
Kredit : Siti Zahrah Bistamam
http://https://www.rasa.my/zalina-kongsi-5-menu-popular-super-sedap-menu-laris-kafenya-zalynz-oven/