
Bawang goreng memang sedap lebih-lebih lagi jika ditambah dalam masakan bersup. Malah kalau buat sendiri secara homemade, lagi enak. Terasa kemanisannya. Ratah macam tu je pun sudah membuka selera. Memang ada yang jual bawang goreng readymade namun rasanya kurang memuaskan hati. Nak cuba buat sendiri? Ini cara-caranya untuk menghasilkan bawang goreng homemade yang sedap, rangup dan tahan lama. Puan-puan boleh cuba.

PANDUAN MASAK BAWANG GORENG YANG SEMPURNA

1. Kupas bawang. Kemudian direndam di dalam air garam selama 10 minit.

2. Bilas bersih sebelum dihiris nipis.

3. Masukkan tepung gandum ke dalam hirisan bawang dan gaul rata.
4. Goreng bawang atas api sederhana sehingga garing.

5. Kemudian simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama dan lebih wangi dan rangup.
INFO CHEF: Untuk hasil bawang goreng yang terbaik, pilih bawang merah yang berkualiti dan tidak layu. Selain itu, sebaik-baik bawang merah yang sesuai digoreng adalah yang bersaiz sederhana.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tip Mencari Lampu Yang Berfungsi Baik Di Dapur

Dapur hambar dan kelam tanpa sebarang pencahayaan yang tepat pastinya memberi kesukaran untuk menyediakan hidangan buat seisi keluarga. Pencahayaan yang tepat perlu diberikan perhatian serius dalam menyerikan ruang serta memudahkan kerja memasak. Selain itu, pencahayaan sempurna turut dipengaruhi dengan jenis lampu yang cukup terang dan membuatkan dapur anda berada dalam sudut keindahan bagi menyempurnakan lagi keseluruhan kediaman.
Cita rasa yang pelbagai bakal menemukan anda dengan pelbagai koleksi lampu indah yang bakal menceriakan ruang dapur anda. Mungkin ada yang mahu lampu siling dapur untuk menjimatkan ruang atau memilih lampu loket yang mampu menambah sedikit warna dan gaya ke ruang tersebut. Lihat tip yang diberikan agar anda dapat membuat pilihan mencari lampu yang berfungsi dengan baik di kediaman anda.
1.Pemilik perlu mencari lampu yang mudah untuk dibersihkan. Aktiviti memasak dan mencuci pastinya memberi kesukaran pada pemilik. Tahap turun naik haba, bau masakan, bahan-bahan biasa dan bekalan dapur yang lain boleh memberi kesan terhadap prestasi lampu daripada masa ke semasa. Oleh itu, pemilik boleh mencari lampu yang diperbuat daripada kaca atau seramik yang boleh digosok dengan air sabun dan bilas.
2.Beli lampu dapur yang boleh memegang mentol tinggi watt untuk lampu tambahan. Walaupun anda mungkin tidak mahu lampu dapur yang cerah di keseluruhan dapur, anda pastinya ingin memastikan bahawa kawasan singki dan dapur diterangi supaya anda boleh melihat bahan-bahan dan hidangan dengan jelas. Pemilik perlu memastikan bahawa mentol yang dipilih mempunyai cahaya yang terang tanpa memberi tahap kepanasan yang melampau.
3.Pilih lampu dapur yang tahan lama. Jika anda mempunyai keluarga muda, anda mungkin tidak mahu memasang lampu dapur kaca yang dengan mudah boleh dipecahkan di dapur. Pertimbangkan jumlah orang yang akan menggunakan dapur dan aktiviti-aktiviti yang sering dibuat di ruang dapur. Lampu siling dapur boleh menjadi pilihan yang paling tahan lama jika anak-anak anda sering mengejar antara satu sama lain di seluruh bilik.
4.Pemilik boleh mewujudkan kemesraan dan suasana dengan menggabungkan pelbagai lampu yang boleh dikawal secara bebas. Lampu yang pelbagai pasti memberikan pencahayaan di tahap terbaik kesan daripada gabungan yang dibuat. Oleh itu setiap zon di ruang ini pastinya memberikan kesan yang terang dan nyata.
5.Fikir mengenai keselamatan sebelum membuat pilihan membeli lampu yang bersesuaian. Fikirkan mengenai kedudukan tersorok yang terdapat di dapur, bahagian siling serta pencahayaan semula jadi. Namun keperluan pencahayaan semula jadi pada waktu siang pastinya mampu menjimatkan tenaga elektrik sehingga awal petang. Pencahayaan perlu menerangi segenap ruang bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. Namun cahaya perlu tertumpu pada permukaan dan mampu menambah pencahayaan umum kepada kawasan kerja bagi memudahkan penyediaan makanan.
6.Saiz dapur akan membantu menentukan berapa banyak kelengkapan yang diperlukan untuk pencahayaan yang mencukupi. Sebagai contoh, rona putih mencerminkan cahaya, melantun semula ke dalam bilik dan membuat ruang menjadi lebih cerah. Dengan banyak permukaan putih, anda mungkin dapat mengurangkan jumlah watt mentol yang digunakan.



Rahsia Cili Api & Cili Kisar Tahan Berminggu Dan Makan Tahun…
Cara Potong Limau Nipis & Petua Mudah Banyakkan Perahan Jus.

Pernahkah anda beli limau nipis tetapi bila nak perah jusnya, sedikit sahaja jus yang keluar? Sakit juga hati. Maklumlah, harganya pun boleh tahan mahal. Ada petua yang boleh anda cuba.

Sekiranya anda ingin mendapatkan jus yang lebih banyak daripada sebiji limau, caranya mudah sahaja.
BAHAN-BAHAN:
- Limau nipis
- Air panas
CARA-CARA:
- Masukkan air panas ke dalam bekas.
- Kemudian masukkan limau nipis. Rendam kira-kira satu jam.
- Toskan air dan sedia untuk digunakan. Hasilnya, jus limau akan lebih banyak bila diperah.
- Selain itu, petua lain yang boleh dicuba ialah sewaktu beli limau nipis, pilih buah yang berkulit nipis dan lembut. Biasanya limau begini banyak airnya berbanding limau yang masih keras dan kulit seakan tebal apabila dipicit.
Jumlah jus limau juga bergantung kepada cara kita potong. Jika buah dipotong melintang, kemungkinan jus limau tak dapat keluar sepenuhnya apabila di perah. Malah kalau potong hingga ke bahagian biji, susah kot nak picit. Cuba cara ni. Mudah & jus pun keluar dengan banyak.

Mudah kan? Selamat mencuba!
Nak Halau Lipas Dalam Kabinet? Guna Bunjut Rempah Je!

Kalau ada mak-mak di rumah yang hadapi masalah nak halau lipas dalam kabinet, boleh guna cara ini.
Hanya letakkan bunjut rempah 4 sekawan di dalam kabinet tersebut.
Menerusi petua yang dikongsikan Ummi As dalam Facebooknya, dia sudah menggunakan cara ini selama 3 bulan dan lipas tidak lagi muncul.
Apa lagi mak-mak sekalian, jom kita cuba.
BAHAN-BAHAN:
4 sekawan (buah pelaga, cengkih, kayu manis, bunga lawang – tapi banyakkan cengkih dan pelaga)
Mesh net bag (saiz kecil)
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
TONTON Biscoff Brownies | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:
1. Bubuh 4 sekawan dalam mesh net beg tapi kena buh 3-4 beg dalam kabinet tu. Dan banyakkan cengkih dan buah pelaga.
2. Cubalah, mana tahu berhasil untuk korang. Berjaya untuk saya tidak semestinya untuk korang, apapun usaha itu tangga kejayaan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. TAPI sebelum letak tu, bersihkan kabinet, kosongkan, lap bersih-bersih dan spray dengan apa yang biasa korang guna.
4. Saya hanya spray dengan citrus cleaner je.
Kredit petua: Ummi As
Dapatkan lebih banyak petua dapur, petua tanaman di laman web Rasa:
Petua Sambal Halia Arwah Mak, Bagus Atasi Masalah Angin Dalam Badan
Rupanya Guna Cara Tanam Gantung, Patutlah Cili Tumbuh Subur & Besar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:

