Bawang goreng memang sedap lebih-lebih lagi jika ditambah dalam masakan bersup. Malah kalau buat sendiri secara homemade, lagi enak. Terasa kemanisannya. Ratah macam tu je pun sudah membuka selera. Memang ada yang jual bawang goreng readymade

namun rasanya kurang memuaskan hati. Nak cuba buat sendiri? Ini cara-caranya untuk menghasilkan bawang goreng homemade yang sedap, rangup dan tahan lama. Puan-puan boleh cuba.  

 

PANDUAN MASAK BAWANG GORENG YANG SEMPURNA

1. Kupas bawang. Kemudian direndam di dalam air garam selama 10 minit.

foto: http://itsallaboutpurple-debbie.blogspot.my

2. Bilas bersih sebelum dihiris nipis.

foto: industryeats.com

3. Masukkan tepung gandum ke dalam hirisan bawang dan gaul rata.

4. Goreng bawang atas api sederhana sehingga garing.

foto: meetmehereandthere.wordpress.com

5. Kemudian simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama dan lebih wangi dan rangup.


INFO CHEF: Untuk hasil bawang goreng yang terbaik, pilih bawang merah yang berkualiti dan tidak layu. Selain itu, sebaik-baik bawang merah yang sesuai digoreng adalah yang bersaiz sederhana.