2. Kemudian, hirislah bawang tu nipis-nipis. Saya potong manual je ye sebab tak ada benda untuk hiris tu. 3. Lepas hiris, cuci bawang bersih-bersih dan toskan sampai bawang betul-betul kering.
4. Lepas dah kering, bolehlah panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena betul-betul panas, baru masukkan bawang. Kemudian, rajin-rajinlah gaul supaya bawang tu masak sekata.
5. Bila dah kekuningan garing, bolehlah angkat dan toskan minyak. Tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas.
TIPS DARIPADA MAK:
Ads
*bila warna bawang dah mula kekuningan, bolehlah perlahankan api dapur supaya bawang tak hitam dan hangus. *Bahagian inilah biasanya orang terlepas pandang sebab bila hitam, bawang tu akan jadi pahit dan tak sedap. *sentiasa kacau bila dah perlahankan api. Kacau sampailah ia garing. Dah garing bolehlah angkat. *saya buat 2kg bawang dapatlah 1 bekas.
Kredit: Ahmad Salehuddin Amirwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Lauk frozen meski sudah lama tapi tetap akan sedap kalau disimpan dan dipanaskan dengan cara yang betul.
Perkongsian ini boleh jadi panduan berguna untuk yang mahu menyediakan stok lauk frozen untuk keluarga atau suami tersayang. Dengan tip yang tepat, lauk boleh tahan sehingga berbulan-bulan tanpa rosak dan rasa pun kekal sedap macam baru dimasak.
Lauk Frozen 8 Hari Untuk Suami
Ayam masak sambal
Rendang ayam
Ayam masak kicap berempah
Kari sardin
Ikan masak sambal
Ikan masak lemak
Tip Simpan Lauk Frozen Supaya Tahan Lama
Masak lauk seperti biasa, bukan lauk lebihan. Lauk lebihan akan cepat lari rasa.
Lebihkan minyak ketika menumis — minyak bantu makanan tahan lebih lama.
Masak sampai pecah minyak betul-betul sebelum disimpan.
Biarkan lauk sejuk sepenuhnya sebelum masuk dalam bekas.
Kalau guna daun kesum, kunyit atau daun sup, masukkan selepas api ditutup. Ini elak daun cepat kecut bila dipanaskan semula.
Bahagikan lauk dalam bekas untuk sekali makan sahaja. Tutup rapat bekas dan terus bekukan dalam peti. Jangan masukkan ketika masih panas.
Lauk frozen boleh tahan hingga 6 bulan jika disimpan dengan betul.
Bila nak makan, defrost dahulu. Panaskan dalam microwave 3–5 minit, atau kukus/hangatkan dengan api kecil. Jangan masak semula dengan api besar kerana rasa akan berubah.
Ingat! Lauk yang sudah defrost tak boleh difrozen semula kerana boleh mengundang bakteria.
Dengan cara ini, lauk frozen bukan saja tahan lama, malah kekal sedap dan memudahkan kerja memasak. Sesuai sangat untuk ibu bekerja, pelajar atau sesiapa saja yang nak cepat tapi tetap mahu makan makanan rumah yang menyelerakan.
Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu? Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.
KIRAAN ASAS JUMLAH AIR VS BERAT AGAR-AGAR:
10gm agar-agar = 1 liter air
JIKA GUNA AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
ANDAI GUNA AGAR-AGAR BERTALI:
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!
Sebenarnya banyak sayur-sayuran yang boleh ditanam semula dari keratan yang dibeli pasar. Daun sup, pokok ketumbar, kangkong, lobak pelbagai lagi.
Tapi seringkali juga bila kita nak tanam semula, tiba-tiba tak menjadi. Baru tumbuh tunas sikit dan layu mati. Antaranya daun sup dan ketumbar. Mana yang dah berjaya dicambahkan pun tetap tak tahan lama. Kenapa ek?
Sebenarnya, pokok ketumbar/sup alah pada air. Hanya bahagian akarnya sahaja perlu bersentuhan dengan air. Tapi ramai yang rendam sampai pangkal batang dahan. Ini menyebabkan bahagian yang terendam rosak.
Jika anda masih merancang untuk menanam pokok ketumbar dari keratan yang di beli di pasar. Cuba ikut langkah ini seperti yang dikongsikan dalam laman semuajdt.com
Tinggalkan batang daun ketumbar 1.5 inci dari akar dan pucuk-pucuk yang masih muda
Rendam bahagian akar sahaja di dalam air
Keesokan petangnya, bila dahan yang ditinggalkan dah nampak sihat, boleh dipindahkan ke tanah. Gunakan medium yang bercampur dengan pasir sedikit dan proses pemindahan sebaiknya dilakukan di waktu petang.
Tanam bahagian akar daun ketumbar sahaja. Kebiasaannya ramai yang tanam sampai tenggelam batang. Ini yang menyebabkan pokok ketumbar pada awalnya hidup namun tak tahan lama kerana pangkal batang yang tertanam menjadi basah.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.