Cara Buat Bawang Goreng Rangup & Wangi Ikut Petua Mak

Share

Sedapnya bawang goreng ni. Kalau boleh, nak ratah-ratah sampai habis sepaket. Nampak macam senang je nak buat sendiri.

Sebenarnya senang sangat nak buat bawang goreng homemade di rumah. Lebih fresh, lagi rangup dan wangi. Jimat pun jimat.

Jom kita buat ikut resipi daripada Ahmad Salehuddin Amirwan ini. Senanglah nak makan bawang goreng, stok dah ada.

CARA BUAT BAWANG GORENG

RANGUP & WANGI

1. Mula-mula kupas kulit bawang tu dulu ye. Nak mudah, rendam dengan air panas jadi senanglah nak kupas kulit.

TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk

TONTON Dapur Rasa Live: Mangolian Beef 

2. Kemudian, hirislah bawang tu nipis-nipis. Saya potong manual je ye sebab tak ada benda untuk hiris tu.
3. Lepas hiris, cuci bawang bersih-bersih dan toskan sampai bawang betul-betul kering.

[Klik Sini Sertai Channel Rasa]


4. Lepas dah kering, bolehlah panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena betul-betul panas, baru masukkan bawang. Kemudian, rajin-rajinlah gaul supaya bawang tu masak sekata.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Bila dah kekuningan garing, bolehlah angkat dan toskan minyak. Tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas.

TIPS DARIPADA MAK:

*bila warna bawang dah mula kekuningan

, bolehlah perlahankan api dapur supaya bawang tak hitam dan hangus.
*Bahagian inilah biasanya orang terlepas pandang sebab bila hitam, bawang tu akan jadi pahit dan tak sedap.
*sentiasa kacau bila dah perlahankan api. Kacau sampailah ia garing. Dah garing bolehlah angkat.
*saya buat 2kg bawang dapatlah 1 bekas.

Kredit: Ahmad Salehuddin Amirwan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff