Saya suka masak sup di rumah. Biasanya saya akan hidangkan bersama sambal kicap dan sedikit taburan bawang goreng. Masalahnya, saya kurang gemarkan bawang goreng yang dibeli kerana kadang-kadang terbeli yang sudah agak lama. Rasanya kurang sedap dan berbau hapak. Macam mana nak buat bawang goreng yang sedap sendiri?

Persoalan ni pastinya pernah terlintas di fikiran anda kan? Bila buat sup, selain daun sup yang membangkitkan aroma, ramai yang suka menikmatinya bersama bawang goreng. Biasanya kita hanya akan menggunakan bawang goreng segera yang boleh dibeli di kedai.

Cara Buat Bawang Goreng Yang Comfirm Rangup, Sedap & Tak Hangus.

Ada juga yang lebih suka membuat bawang goreng sendiri. Macam mana cara yang sebenar untuk membuat bawang goreng yang rangup dan rasanya enak ?Ada yang cuba buat bawang goreng homemade tapi akhirnya menjadi hangit kerana dibiarkan terlalu lama dalam kuali dengan harapan untuk menjadikannya rangup.

Cara Buat Bawang Goreng Yang Comfirm Rangup, Sedap & Tak Hangus.
foto: pinchofblacksalt.com

Tak mengapa…Ada cara lain yang boleh anda cuba. Ini panduan membuat bawang goreng yang anda perlu tahu.

Ads

 

PANDUAN MASAK BAWANG GORENG YANG SEMPURNA

Cara Buat Bawang Goreng Yang Comfirm Rangup, Sedap & Tak Hangus.

Cara paling mudah untuk membuat bawang goreng adalah:

1. Kupas bawang. Kemudian direndam di dalam air garam selama 10 minit.

Ads
Cara Buat Bawang Goreng Yang Comfirm Rangup, Sedap & Tak Hangus.
foto: http://itsallaboutpurple-debbie.blogspot.my

2. Bilas bersih sebelum dihiris nipis.

Cara Buat Bawang Goreng Yang Comfirm Rangup, Sedap & Tak Hangus.
foto: industryeats.com

3. Masukkan tepung gandum ke dalam hirisan bawang dan gaul rata.

Ads

4. Goreng bawang atas api sederhana sehingga garing.

Cara Buat Bawang Goreng Yang Comfirm Rangup, Sedap & Tak Hangus.
foto: meetmehereandthere.wordpress.com

5. Kemudian simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama dan lebih wangi dan rangup.


INFO CHEF: Untuk hasil bawang goreng yang terbaik, pilih bawang merah yang berkualiti dan tidak layu. Selain itu, sebaik-baik bawang merah yang sesuai digoreng adalah yang bersaiz sederhana.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI