Chicken Ball @ Bebola ayamhomemade ni memang mudah nak dihasilkan. Biasanya kalau ada isi dada ayam, mak-mak tak suka masak. Kali ni pasti berbeza. Buat sahaja Bebola Ayam ni. Hanya dengan menggunakan beberapa bahan ringkas dan mudah, anda boleh hasilkan hidangan enak ini buat keluarga. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosmirah Yussof. Pasti puas hati.
Cucur Ayam perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni sangat sempurna jika dijadikan hidangan minum petang. Malah kalau nak dijadikan menu untuk potluck atau bekal juga sesuai. Boleh tambah aneka sayur seperti daun sup, kucai, daun bawang atau bayam untuk menjadikannya lebih berkhasiat. Anak-anak pasti berselera. Cubalah.
RESIPI CUCUR AYAM @ BEBOLA AYAM BERSAYUR
BAHAN-BAHAN:
Ayam – ambil bahagian isinya sahaja
Bawang merah – hiris dadu
Cili merah
Daun sup/daun kucai/daun bawang – ikut citarasa
Sedikit garam
1-2 biji telur – jika guna banyak isi ayam, lebihkan.
CARA MEMASAK:
Rebus isi ayam terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam pengisar, letak sikit air dan kisar hingga hancur.
Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan-bahan lain. Gaul hingga sebati.
Panaskan minyak dan goreng bancuhan ayam tadi guna api sederhana.
Masak hingga kekuningan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Resipi Roasted Chicken Wingsatau Kepak Ayam Panggang ala restoran pizza ni memang sedap. Malah resipinya juga mudah dan sangat sesuai dihasilkan sendiri untuk hidangan suami serta anak-anak. Sedapnya… Kalau dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi cubalah buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Mihah Rosle ni. Sangat enak! Boleh dibakar menggunakan Air Fryer, ketuhar atau boleh juga menggunakan pemanggang. Ikut sahaja gajet yang ada. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA MUDAH MASAK ROSATED CHICKEN WINGS ALA PIZZA HUT
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan kepak ayam dan potong. Letak dalam bekas bersesuaian.
2. Masukkan bahan-bahan perapan ke dalam bekas. Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili. Jika kurang suka manis, tidak perlu letak gula atau boleh kurangkan jumlahnya.
3. Gaul sebati ayam bersama bahan-bahan perapan. Perap seberapa lama yang anda suka. Lagi lama diperap, lagi enak rasanya.
4. Bakar kepak ayam menggunakan Air Fryer pada suhu 170-180C selama 10-15 minit. Kemudian terbalikkan dan bakar sekali lagi menggunakan suhu yang sama (AF empunya resipi tidak mempunyai kepanasan atas bawah. Anda boleh ubahsuai masa ikut kesesuaian AF masing-masing.)
5. Bila kepak ayam sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Sedapnya Nuget AyamTempura homemade perkongsian saudari Noor Liyana ni. Malah bila buat sendiri ni, khasiatnya tentulah lebih berbanding nuget sejukbekuyang dibeli di pasaraya. Kini, anda boleh hasilkan sendiri kudapan untuk anak-anak dan keluarga. Lebih bersih, lebih jimat , tiada MSG dan dijamin halal.
NUGET AYAM TEMPURA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
700gm isi dada ayam | potong kecil
2 biji telur
5 ulas bawang putih
2 biji bawang merah saiz sederhana
Serbuk lada hitam secukupnya
3 sudu makan tepung ubi kayu
Garam dan perasa ( jika suka) secukupnya
Tepung goreng serbaguna secukupnya
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus. ( boleh guna food processor jika ada. Jika tiada, boleh guna pengisar biasa.)
2. Ambil loyang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega.
3. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama30 minit.
4. Setelah masak, keluarkan kek nuget tadi dari loyang.
5. Potong kek nuget mengikut saiz yang digemari.
6. Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nuget boleh disalut dengan sekata.
7. Celupkan nuget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!