Cara Buat Bebola Kentang Inti Isi Ayam, Sesuai Untuk Bekal Anak.

Share

Kalau boleh setiap hari kita nak bekalkan makanan untuk anak ke sekolah, tetapi kadang-kadang mati idea juga, betulkan? Ini RASA nak kongsikan menu Bebola kentang Inti Pop Corn Ayam, mak-mak jangan risau ini  menu yang mudah, sedap dan sihat. Siap dengan DIY membuat supaya lebih senang mencubanya.  Jangan tak sempat simpan untuk bekal sudahlah…

BEBOLA KENTANG INTI AYAM AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji kentang  | buang kulit dan kukus
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan hirisan bawang
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Sedikit garam
  • Minyak masak  secukupnya| untuk menggoreng
  • 1 cawan pop corn ayam
  • 1 cawan nestum

LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.

LANGKAH 2: Campurkan  daun bawang. lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.

LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.

LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya poplcorn ayam, kemudian bulatkan semula.

LANGKAH 5:  Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.

LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.

 

Published by
Norasida Myasin