Makan

Cara Buat Belimbing Buluh Asam Boi, Lagi Lama Peram Lagi Sedap. Boleh Kunyap Begitu Saja

Share

Selain diguna untuk masakan dan dibuat halwa,  satu lagi cara mengolah belimbing buluh adalah dengan menjadikannya belimbing buluh asam boi.

Kalau dah banyak sangat buah ini di rumah sesuai sangat dibuat jeruk ini. Belimbing buluh asam boi ini boleh disimpan lama, lagi lama diperam lagi sedap.  Boleh dikunyah begitu saja.

Cara buat belimbing buluh asam boi

Bahan-bahan

1/2 kg belimbing buluh -bersihkan
5 sudu besar garam
1 liter air suam
7 sudu gula
5 tangkai cili padi
5 sudu besar cuka
10 biji asam/ asam masin

Cara membuat

1. Masukkan belimbing buluh dalam bekas dan campur garam dua sudu besar dan tuangkan setengah liter air suam. Biarkan seharian untuk buang getah dan kurangkan rasa masam belimbing.

2. Selepas seharian buang air garam dan masukkan gula, cili padi merah, lima sudu besar cuka, tiga sudu besar garam dan asam boi putih.

3. Kacau rata dan tuang lagi setengah liter air suam.

4. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk selama dua hari supaya rasa asam boi meresap ke dalam belimbing buluh.

5. Selepas dua hari bolehlah dimakan. Boleh juga disimpan lebih lama, lagi sedap.

Artikel berkait: Resipi Kerabu Belimbing Buluh

 

Published by
Rose