Makan

Cara Buat Bergedil Chicken Boxing Yang Sedap Diratah, Buat Lauk Pun Boleh

Share

Bergedil chicken boxing ini memang lain dari yang lain. Takkan jumpa di mana-mana kafe. Kombinasi ayam dan kentang yang dihancurkan yang jadikan bebola dan digoreng dengan saluran serbuk roti yang rangup.

Memang nikmat bila memakannya, pegang tulang dan ngap. Satu kepuasan! Bergedil chicken boxing ini adalah resipi perkongsian Wan Luqman

. Boleh cuba!

Cara Buat Bergedil Chicken Boxing

Bahan-bahan

4 ketul peha ayam
2 ubi kentang saiz kecil dipotong dan dibelas
Panko Breadcrumb
Tepung gandum
Telur
Stok ayam
Garam
Gula
Lada sulah
Daun sup.

Cara membuat

1. Rebus ayam dan ubi kentang sekali gus hingga betul-betul empuk.

2. Lenyek ubi kentang, lerai dan carikkan isi ayam. Tulang peha ayam, simpan.

3. Gaulkan adunan ayam dan kentang dengan stok ayam, garam, sedikit gula , lada sulah dan daun sup. Boleh juga tambah rempah sup, kari, bawang goreng, keju dan sebagainya. Ikut cita rasa. Lenyek hingga hancur.

4. Kepal-kepalkan adunan tadi dan cucuk letak tulang ayam. Kepal sehingga abis adunan.

5. Panaskan minyak dulu, kemudian sediakan tepung gandum, telur yang telah dipukul dan bread crumb dalam bekas berasingan.

6. Gaul drumstick pada tepung gandum, celup dalam telur yang telah dipukul dan golekkan ke panko breadcrumb.

7. Kemudian goreng deep fried. Pastikan api sederhana dan jangan hangit.

8. Bila keperangan bolehkan angkat dan tos. Sedia dimakan begitu saja atau dijadikan lauk.

Kredit resipi & foto: Wan Luqman

 

Published by
Rose