Biasanya bila nak goreng bihun, esok pagi nak masak, malam ini kita rendam supaya bihun lembut. Ada juga yang tak rendam lebih awal namun rendam menggunakan air panas dan terus goreng.

Tapi bila tak kena cara masak, bihun yang digoreng boleh hancur. Kalau jadi begini memang spoil, terutama jika masak dalam kuantiti banyak.

Sekiranya memilih menggoreng bihun tanpa rendam ada cara yang perlu diikuti, barulah hasil bihun elok dan tak hancur malah jadi lebih sedap. Bagi yang belum tahu caranya boleh jadikan perkongsian dari Wan Muhammad Hafiz Satar sebagai panduan.

Ads

Tip goreng bihun tanpa rendam, rasa lebih sedap

Cara Buat Bihun Goreng Tanpa Rendam. Lagi Sedap, Lebih Terasa Rencahnya 

Ada yang tanya macam mana nak bagi bihun tak hancur waktu goreng. Biasanya yang hancur silapnya sebelum goreng kita rendam dulu bihun dengan air panas yang berasap kemudian biarkan lama terendam.

Nak guna air panas boleh, tapi pastikan bila bihun dah lembut toskan, jangan biarkan  bihun lama terendam kalau tak hancurlah nanti.

Selain itu, faktor lain yang menjadikan bihun kita cantik waktu menggoreng adalah jenama yang kita guna. Saya suka brand yang menggunakan beras Siam, bihun jenis ini senang nak handle.

Ads

Dua cara masak bihun

1. Cara rendam dulu – bihun direndam dulu semalaman dengan air tapis untuk masak pagi. Bila bihun yang direndam dah lembut barulah mula menggoreng.

2. Cara ekspres tanpa rendam – caranya seperti di bawah;

Ads
  • Siapkan bahan tumisan dulu. Tumis bawang, cili sampai pecah minyak dan cantik kemudian masukkan lauk, perasakan dengan gula & garam.
  • Kemudian tambah air panas dalam pes yang kita tumis. Biar mengelegak barulah masukkan bihun yang keras. Sebelum lebur bihun dalam kuali, pastikan bihun dibasuh dulu. Jika tidak, bihun akan berbau beras bila siap masak.
  • Kacau hingga bihun yang keras jadi lembut dan cantik baru masukkan sayur akhir sekali. Goreng sampai sayur masak dan mesra dengan bihun.
  • Kaedah ini bihun jadi lebih sedap sebab waktu menggoreng bihun yang keras akan serap air tumisan untuk jadi lembut. Jadi bihun ini bila dimakan kita akan terasa rencahnya. Lagi terangkat sedapnya.

Sumber: Wan Muhammad Hafiz Satar

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI