Biasanya bila nak goreng bihun, esok pagi nak masak, malam ini kita rendam supaya bihun lembut. Ada juga yang tak rendam lebih awal namun rendam menggunakan air panas dan terus goreng.
Tapi bila tak kena cara masak, bihun yang digoreng boleh hancur. Kalau jadi begini memang spoil, terutama jika masak dalam kuantiti banyak.
Sekiranya memilih menggoreng bihun tanpa rendam ada cara yang perlu diikuti, barulah hasil bihun elok dan tak hancur malah jadi lebih sedap. Bagi yang belum tahu caranya boleh jadikan perkongsian dari Wan Muhammad Hafiz Satar
sebagai panduan.Ada yang tanya macam mana nak bagi bihun tak hancur waktu goreng. Biasanya yang hancur silapnya sebelum goreng kita rendam dulu bihun dengan air panas yang berasap kemudian biarkan lama terendam.
Nak guna air panas boleh, tapi pastikan bila bihun dah lembut toskan, jangan biarkan bihun lama terendam kalau tak hancurlah nanti.
Selain itu, faktor lain yang menjadikan bihun kita cantik waktu menggoreng adalah jenama yang kita guna. Saya suka brand yang menggunakan beras Siam, bihun jenis ini senang nak handle.
1. Cara rendam dulu – bihun direndam dulu semalaman dengan air tapis untuk masak pagi. Bila bihun yang direndam dah lembut barulah mula menggoreng.
2. Cara ekspres tanpa rendam – caranya seperti di bawah;
Sumber: Wan Muhammad Hafiz Satar