Cara Buat Bingka Susu Mudah & Simple Tapi Sedap

Share

Teringin nak makan bingka tapi tak ada stok ubi? Tak apa, masih boleh buat bingka tapi menggunakan susu.

Resipi bingka susu yang dikongsi Norhayati Basri ini, sangat mudah untuk membuatnya. Sesuai untuk menu minum petang.

 

CARA BUAT BINGKA SUSU

BAHAN A:

500ml susu segar
300gm susu pekat manis – beli online di sini
4 biji telur
250gm tepung gandum – beli online di sini


30gm gula pasir – beli online di sini
Secubit garam
*semua bahan A sebatikan. Nak senang, masuk dalam pengisar. Siap dan ketepikan.

TONTON Jeligho Molek – Rugi Aihhh Tak Cuba!!!

TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese

BAHAN B:

900ml air
100gm tepung kastad – beli online di sini
200gm marjerin atau mentega asli kalau nak lagi lemak – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA-CARA:

1. Campurkan air dan tepung kastad, sebatikan dan dimasak. Masukkan mentega dan kacau sebati hingga mentega betul-betul cair.


2. Kacau je sampai meletup-letup, barulah dimasukkan adunan bahan A tadi. Kacau tanpa henti agar adunan tidak bergentel. Masak sehingga adunan pekat sedikit.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

3. Dah siap, masukkan dalam acuan 10×10 segi empat. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing. Boleh tabur bijan putih atau hitam sebagai hiasan.
4. Bila kuih dah betul-betul sejuk, bolehlah dipotong. Makan sejuk-sejuk ni, sedap masuk anak tekak. Disarankan makan setelah disejukkan.

Kredit resipi: Norhayati Basri

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff