Buat yang rajin nak buat biskut dari hasil tangan sendiri bolehlah cuba biskut yang paling mudah , tak perlu masuk oven pun. So jangan malas-malas , let’s do it.
BAHAN-BAHAN
1.Badam cincang ( 5 pax kecil )
2.Coklat masakan nak lagi sedap guna coklat milk.
Kak Nurul guna cadbury. ( 4 keping )
CARA MEMASAK
1.Sangai(goreng tanpa minyak)badam hingga masak/keperangan kemudian sejukkan.
2.Cairkan coklat secara double boiler.
3.Satukan badam yang telah disangai tadi dengan coklat.
4.Gaul rata kemudian masukkan dalam paper cup.
5.Masukkan dalam peti ais biarkan keras.
6.Kemudian bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.
Dah siap.senangkan.
P/s:Boleh tabur coklat rice yang warna warni atasnya bagi nampk berseri lagi.
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG BARU, JOM LAYARI DI SINI, BELI ONLINE AJE.
ADA YANG NAK MEMBELI OVEN TOASTER? LIHAT DI SINI.