Cara Buat Black Garlic Secara Homemade

Share

Cara buat Black Garlic homemade. Obsesi terbaru di kalangan masyarakat yang mementingkan kesihatan. Black Garlic ini dihasilkan dari bawang putih yang melalui proses fermentasi tertentu dalam tempoh masa yang lama sehingga ia mengalami perubahan warna kepada hitam.

Rasa Black Garlic ini berbeza dengan bawang putih segar. Selain warnanya yang hitam, teksturnya juga lebih lembut, sedikit manis, sedikit masam dan seakan buah prun. Wow… Kalau beli, Black Garlic ni harganya agak mahal. Jadi, bagi yang nak cuba buat sendiri, boleh cuba resipi perkongsian saudari Mimi Tiyo

.

CARA BUAT BLACK GARLIC HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang putih ( bawang putih biasa.bawang putih lanang @ tunggal)
  • Periuk nasi
  • Tisu

CARA MEMASAK:
1. Sediakan bawang putih ( apa-apa jenis) dan periuk nasi. Jangan buang kulitnya.

2. Alas periuk nasi dengan tisu dapur. Boleh guna anggaran 5 helai.

3. Masukkan bawang putih dan susun seperti dalam gambar. Tutup bawang dengan tisu dan ulang langkah sama hingga bawang habis.

4. Tutup lapisan bawang paling atas dengan tisu juga. Tutup periuk nasi.

5. Set periuk dengan api ‘keep warm’ selama 1 bulan (minimum) atau maksimum 3 bulan (90 hari).

6. Setelah cukup tempoh 1 bulan, matikan api periuk dan keluarkan Black Garlic.

7. Susun Black Garlic dalam dulang dan biarkan hingga sejuk sebelum disimpan dalam kotak atau bekas bersesuaian. Pastikan bekas tersebut dialas dengan tisu terlebih dahulu.

KHASIAT BLACK GARLIC

Antara khasiat Black Garlic ialah, ia dikatakan boleh membuang angin dalam badan, mengawal kolesterol, tekanan darah, gula, menghaluskan kulit dan banyak lagi.

Untuk menikmatinya, hanya kupas kulit dan makan begitu sahaja. Untuk tujuan perubatan, makan 2 siung Black Garlic 3 kali sehari. Untuk menjaga stamina, makan 3 biji sehari. Pastikan minum air dengan banyak kerana Black Garlic boleh panaskan badan.)

 

Kredit resipi & foto: Mimi Tiyo

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur