Sedapnya teh ais pekat yang ada black pearl bubble homemade ni. Teksturnya yang kenyal-kenyal apabila digigit membuatkan kita asyik sedut minuman. Bagi anda yang gemarkan minuman yang ada bebola kristal ni, tetapi kurang yakin kalau beli di kedai, boleh cuba hasilkan sendiri. Mudah je. Hanya guna 3 bahan mudah, anda boleh hasilkan dalam kuantiti yang banyak. Jom lihat resipi perkongsian saudari KuPot Amanz ni.

 

RESIPI BLACK BUBBLE PEARL

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • Tepung ubi kayu
  • Serbuk kopi secukupnya – bergantung pada jumlah tepung yang anda guna
  • Air panas
  • Air gula – kena manis sebab nanti nak buat rebus pearl

Cara Buat Black Pearl Bubble Homemade. Sedap & Dijamin Halal.

CARA MEMBUAT:

Ads
  1. Bancuh serbuk kopi dengan air panas secukupnya. Lebih gelap warna kopi, lebih gelaplah warna bubble pearl anda.
  2. Masukkan bancuhan kopi ke dalam bekas berisi tepung sedikit demi sedikit. Uli sampai doh tidak melekat.
  3. Bulat-bulatkan doh menjadi bebola kecil.
  4. Panaskan air gula dan rebus bubble pearl hingga terapung. Angkat.
  5. Bolehlah dimasukkan ke dalam minuman kegemaran anda.
  6. Untuk menyimpan lebihan bubble pearl, masukkan ke dalam bekas bersama dengan sedikit air gula. Simpan di dalam peti sejuk

 

Ads

Kredit resipi & foto: KuPot Amanz

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI