
Anda yang suka kudapan bercoklat yang rangup dan mudah disediakan sebagai tambahan kuih raya yang semakin menyusut, boleh cuba buat Brownies Nutellah Flat Cookies yang senang dibuat dan tidak perlu mengambil masa lama membuatnya. Gerenti anak-anak sukanya. Kalau sebalang sekali hadap je ni.
BROWNIES NUTELLA FLAT COOKIES
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
250gm coklat dark compound | cairkan.
2 sudu besar nutella | cairkan dalam pengukus /double boil
150gm tepung gandum+ 1sudu kecil baking powder+1/2 sudu besar tepung beras | ayak bersama
2 bijik telur +1/2 cawan gule perang +1sk esen vanila | whiskkan
BAHAN TABUR:
Hirisan badam
Coklat chip
CARA MEMBUAT:
- Masuk campuran coklat ,mentega dan nutella tadi panas-panas dan kacau.
- Masuk tepung kacau lagi hingga sebati. Ketepikan
- Lapik baking paper dalam dulang pembakar, letak sesenduk, kemudian ratakan dengan spatular nipis-nipis. Lagi nipis lagi bagus.
- Tabur kekacang ikut cita rasa anda.
- Bakar suhu 160/170 api atas bawah masa 25 minit hingga 30 minit atau sampai nampak kekacang keperangan.
- Tengok ye bergantung oven masing-masing,oven ina kurang panas so lama sikit,ade oven cepat panas so 20 minit boleh cek dah.
- Masa panas die memang belum cruncy,jadi potong cepat-cepat, se masa panas dia tak mudah pecah.
- Bila sejuk baru amik pisau sisip bawah brownies tadi.
- Sejukan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit @azanrusks via resipi_ala_kampung
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bakeri & Pastri Seenak Rasa, Idea Hebat KDU University College.

Menu kali ini cukup sesuai dijadikan sarapan dan sajian petang yang enak. Idea roti, pastri, bun roti serta pencuci mulut dari meringue memang cukup popular dan menepati selera penggemar bakeri dan pastri.
Hebat-hebat idea bakeri dan pastri dari tenaga pengajar KDU Universiti College iaitu Chef Fami Taufeq Fakarudin, Chef Adrian Pinto dan Chef Ahmad Azfar Zikri Ahmad Zaini. Jom cuba , korang boleh ceriakan sambutan Kemerdekaan dengan menu ini nanti tau.

1. PAI AYAM PASTRI LAPIS

BAHAN-BAHAN :
- 250gm dada ayam | dipotong kiub
- 12gm bawang putih | dicincang halus
- 100gm bawang besar | dipotong dadu
- 100gm batang saderi | dipotong dadu
- 100gm lobak merah | dipotong dadu
- 50gm cendawan butang | dipotong dadu
- 100gm tepung gandum
- 50gm pes tomato
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 400ml air rebusan ayam
- 150ml minyak masak
- 2 keping pastri lapis | ada dijual di pasaraya
- 1 biji telur
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan dada ayam dengan tepung sehingga sebati
2. Panaskan minyak masak d idalam periuk
3. Tumis bawang putih, bawang besar, lobak merah dan batang saderi selama 5 minit dengan api yang sederhana
4. Masukkan pes tomato dan masak sehingga pecahkan minyak
5. Masukkan dada ayam dan gaul rata, masukkan cendawan butang
6. Tuangkan air rebusan ayam dan renehkan selama 20 minit
7. Masukkan garam, lada hitam secukup rasa
8. Sejukkan inti pai tersebut dan sudukan inti pai tersebut ke dalam loyang pai.
9. Alaskan loyang tersebut dengan pastri lapis dan pastikan dikepilkan bahagian tepi dengan rapat
10. Sapukan lapisan telur diatas lapisan pastry rapuh tadi
11. Panaskan ketuhar pada 190”C
12. Bakarkan adunan tadi di dalam ketuhar selama 25 – 30 minit
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 25-30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Pai berlemak dengan inti ayam dan cendawan berperisa
Anggaran kos : RM15
INFO CHEF : Bagi menaikkan rasa lemak di dalam sos ayam, masukkan krim cair sebanya 100ml sebelum atau semasa dimasukkan garam dan lada hitam.
2. PAI DURIAN

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh pastri bergula :
- 1 biji telur
- 50gm gula castor
- 125gm mentega
- 200gm tepung kek
- 3gm garam
Bahan inti durian :
- 350gm isi durian
- 250gm krim putar bergula
- 8gm serbuk gelatin
- 10ml air
CARA MEMASAK :
Cara membuat doh pastri bergula (kulit pai) :
- Panaskan ketuhar pada suhu 190 C.
- Masukkan mentega, gula, garam dan tepung ke dalam mesin pengadun. Biarkan sehingga adunan menjadi seperti pasir yang kasar.
- Masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
- Keluarkan adunan tadi dan uli dengan tangan sehingga adunan tadi menjadi doh.
- Jangan uli terlalu lama, rehatkan doh selama 30 minit. Canaikan doh setebal 5mm dan lapiskan di atas loyang pai
- Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga menjadi warna keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
Cara membuat isi durian :
- Lenyek isi durian sehingga lumat. Pukul krim putar sehingga kembang
- Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang 5-10 minit dan cairkan di atas air panas mendidih (double boil).
- Campurkan isi durian dan gelatin yang telah dicairkan. Masukkan krim putar ke dalam adunan durian dan gaul hingga sebati.
- Tuangan adunan durian ke dalam kulit pai.
- Sejukkan selama 2-3jam di dalam peti sejuk. Potong dan hidangkan.
Saiz hidangan : Satu loyang pai berukuran 10 inci @ 25 sm
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Kaya dengan rasa dari isi durian sebenar
Anggaran kos : RM30
INFO CHEF : Untuk rasa lebih lemak berkrim paipkan krim putar dan taburkan gula aising di atas pai tersebut.
3. PAVLOVA BERI BERKRIM

BAHAN-BAHAN :
- 100gm telur putih
- 100gm gula kastor
- 12gm tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanilla
- 10ml cuka salad
- 150gm krim putar
- 300gm strawberi, blueberi dan raspberi
CARA MEMASAK :
- Ayak tepung jagung bersama gula aising.
- Pukul putih telur Bersama gula kastor, tepung jagung, gula aising, cuka salad dan esen vanilla di dalam mesin pengadun atau gunakan pemukul telur.
- Pukul sehingga semua adunan tadi kembang dan pekat dan warna adunan telur menjadi putih dan bersinar.
- Sudukan atau paipkan adunan ke atas loyang ketuhar yang dilapik kertas kek.
- Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah Celsius. Bakar adunan tadi di dalam ketuhar selama 25-30 minit.
- Sejukkan pavlova tadi, sudukan krim putar ke atas pavlova dan susunkan strawberi, raspberi, bluberi di atas krim
- Ayak gula aising di atas pavlova sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Meringue
Keistimewaan : Manis dan enak dengan potongan buah-buahan serta cair dalam mulut
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Selain buah-buahan beri boleh juga digantikan dengan buah mangga, nangka dan pisang dan juga boleh dihiaskan dengan kepingan coklat.
4. BUN MANIS SUSU MENTEGA

BAHAN-BAHAN :
- 1500gm tepung roti | diayak
- 690ml air
- 150gm telur
- 75gm yis
- Garam secukup rasa | diayak
- 90gm gula kastor
- 120gm mentega
- 75gm susu tepung | diayak
Bahan inti susu mentega:
- 500gm susu tepung
- 400gm gula castor
- 500gm mentega
- 70gm tepung kastad
- 50gm tepung gandum
- 50gm tepung jagung
- Secubit garam
CARA MEMASAK :
- Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun,
- Adunkan dengan perlahan dan tuangkan air perlahan-lahan semasa mengadun.
- Adunkan dengan kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.
- Masukkan mentega dan teruskan mengadun sehingga mentega sebati di dalam doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Bahagikan doh kepada bebola berat seberat 100gm setiap satu.
- Isikan bebola tadi dengan inti susu mentega seberat 30gm setiap satu. Kemudian bulatkan doh tersebut.
- Rehatkan doh selama 45 minit atau shingga doh menjadi dua kali ganda besar.
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15- 18 minit.
Cara memasak inti susu mentega :
- Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam mesin pengadun.
- Pukul sehingga semua bahan sebati dan rata.
- Sejukkan bahan tersebut dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 20 buku bun, 30gm setiap satu
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu dan berkrim dengan inti susu mentega.
Anggaran kos : RM23
INFO CHEF : Boleh juga menggunakan inti coklat.
5.ROTI PANDAN KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN :
- 1500gm tepung roti | diayak
- 690ml air
- 150gm telur
- 75gm yis
- Garam secukup rasa | diayak
- 90gm gula kastor
- 120gm mentega
- 75gm susu tepung | diayak
- 100gm pes pandan
Bahan inti :
500gm pes kacang merah | sudah siap dijual di pasaraya @kedai bakeri
CARA MEMASAK :
- Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun.
- Adunkan dengan kelajuan sederhan sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.
- Masukkan mentega dan pes pandan dan teruskan mengadun sehingga campuran rata ke dalam doh.
- Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit. Canaikan doh setebal 8-10mm.
- Letakkan semua pes kacang merah di atas doh yang dicanai.
- Gulungkan doh sehingga menjadi gulungan besar. Potong gulungan tadi dalam 3-4 bahagian.
- Masukkan doh ke dalam tin pembakar.
- Rehatkan doh selama 45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali ganda besar
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15-18 minit.
Saiz hidangan : 4 buku roti
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu berperisa pandan dan inti kacang merah yang enak.
Anggaran kos : RM25
INFO CHEF: Resepi yang sama boleh digunakan untuk inti coklat, kastad, kaya ikut citarasa masing-masing.
RESIPI : FAMI TAUFEQ FAKARUDIN, ADRIAN PINTO & AHMAD AZFAR ZIKRI AHMAD ZAINI
TERIMA KASIH : KDU UNIVERSITI COLLEGE, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam. www.kdu.edu.my
Ini 7 Idea Buat Sup Tulang & Daging Korban Paling Sedap, No. 5 Wajib Cuba!

Sup antara menu paling digemari setiap kali tibanya Aidil Adha kerana anda memperolehi daging dan tulanag korban, selain mudah disediakan sup juga lebih segar bila dinikmati. Sesuai dipadankan dengan nasi mahu pun roti atau pelbagai jenis mi. Kepada anda yang menggemari sup, kali ini RASA bawakan lapan jenis sup dari sup tulang rawan, ekor, gear box, rusuk, keting dan beberapa lagi.
Wau sedapnya ! kalau ditambah dengan sedikit sambal kicap. Memang berpeluh menghirup kuah sup. Apa lagi cubalah salah satu sup yang berkenan dengan selera anda dan keluarga.

SUP TULANG RAWAN
BAHAN-BAHAN:
- 1kg tulang rawan
- 1 sudu makan rempah sup
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 batang serai | titik
- Daun sup secukupnya | hiris halus
- Daun bawang secukupnya | hiris halus
- Serbuk lada hitam/ putih secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
- Sedikit ,minyak untuk menumis
BAHAN PENUMIS:
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
- 6-8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah palaga. Tumis hingga wangi.
- Seterusnya masukkan bawang merah,bawang putih dan halia, kacau lagi hingga naik bau.
- Masukkan rempah sup dan ketumbar. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan serai.
- Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
- Masukkan tulang rawan dan biarkan sampai empuk barulah garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Setelah daging empuk dan secukup rasa. masukkan daun sup dan bawang goreng.
- Sup sedia untuk dihidang.

SUP URAT KETING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg urat keting
- 3 sudu makan rempah sup
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan perasa secukupnya
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRIS:
- 4cm halia
- 3 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
BAHAN LAIN:
- Daun sup | hiris
- Daun bawang | hiris
- Bawang goreng
- Sambal kicap
CARA MEMASAK:
- Rebus urat keting dan rempah sup dalam preasure cooker hingga empuk.
- Goreng bawang besar,putih dan halia hingga garing.
- Tambahkan air.dalam sup tadi , biarkan mereneh seketika.
- Perasakan dengan garam dan perasakan
- Setelah urat keting lembut dan kuah secukup rasa, tutup api.
- Sebelum dihidangkan taburkan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
- Hidangkan panas=panas.

SUP TULANG MERAH SINGAPURA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN REBUS SEKALI:
- 2kg tulang kambing dengan isi | dicuci bersih dan toskan
- 4cm halia | dihiris nipis
- 6 ulas bawang putih | dititik
- 1 sudu makan garam
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
- 10 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 15 biji bawang merah
- 5cm halia
- 12 ulas bawang putih
BAHAN LAIN:
- 5 biji kentang | kupas dan belah empat
- 1 batang lobak merah | dipotong kiub
- 3 biji tomato merah | dipotong dadu
- 2 biji bawang besar | dpotong dadu
- 2 biji telur, dipukul sedikit
- 3 sudu makan penuh tomato pure
- 2 sudu makan sos tomato
- 1sudu makan kicap masin
- 4 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 2 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan satu cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit pewarna merah
- Hirisan daun ketumbar
- Kacang pis | jika suka
- Bawang goreng secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, masukkan rempah penumis, tomato didadu.
- Diikuti bahan kisar, kacau hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau rata dan masak timbul minyak.
- Seterusnya tambah tomato puri dan sos tomato, kecilkan api dan terus kacau lebih kurang lima minit.
- Masukkan tulang kambing, gaul rata dan tuang air secukupnya. Kacau dan biarkan mendidih.
- Masukkan kentang, bawang besar dan lobak merah. Masak hingga kentang dan lobak merah empuk.
- Tambahkan pewarna merah, garam, gula, kicap, kacang pis dan daun ketumbar.
- Setelah cukup rasa, angkat dan hidangkan.

SUP GEAR BOX
BAHAN-BAHAN:
- 2 ketul gearbox | rebus hingga empuk
- 1 sudu makan rempah kurma
- 1 sudu makan rempah sup
- Garam dan perasa secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 2 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 ulas buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIRIS:
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia muda
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
- Masukkan rempah sup dan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau rata dan masukkan sedikit air, biarkan tumisan rempah pecah minyak baru masukkan gearbox bersama air rebusanya ke dalam periuk.
- Setelah mereneh, perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan perasa secukupnya.
- Apabila cukup rasa, tutup api dan sup sedia dihidangkan.

SUP DAGING ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
- 3-4 biji cili padi
- 3 sudu tepung dhal | dibancuh bersama sedikit air
- 1 kiub pati daging
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit daun ketumbar
- Sedikit daun bawang
- 1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
BAHAN TUMIS:
- 4 sudu makan rempah sup
- 100gm bawang kecil | dikisar halus
- 30gm bawang putih | dikisar halus
- 50gm halia | dikisar halus
- 2 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.
- Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.
- Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.
- Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.

SUP EKOR SPECIAL
BAHAN-BAHAN:
- 400gm ekor | bersihkan dan rebus ¾ masak
- 400ml air rebusan ekor
- 1 biji tomato | belah 4
- 1 batang saderi | potong
- 1 batang serai | titik
- 5 tangkai cili padi | ketuk
- 1 keping asam gelugur
- 2 inci lengkuas
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air rebusan ekor tadi ke dalam periuk dan didihkan.
- Masukkan kesemua bahan di atas kecuali ekor.
- Biarkan kuah sup mendidih seketika dan masukkan ekor dan tutup api.
- Angkat dan sedia dinikmati panas.

SUP TULANG RUSUK
BAHAN-BAHAN:
- 400gm tulang rusuk lembu | bersihkan dan rebus ¾ empuk
- 400ml air rebusan tulang
- 3 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- 50gm rempah sup
- 2 inci halia | hiris tebal
- 1 batang serai | titik
- 1 keping asam gelugur
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air rebusan tulang tadi dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali tulang, garam dan serbuk perasa.
- Biarkan kuah mereneh dan mendidih seketika dan masukkan tulang.
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau sekata.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Kek Pisang Moist Hanya 30 Minit Lembut & Gebu

Siapa suka makan kek pisang? patut cuba resipi yang sangat ringkas dan mudah ini. Kombinasi enak manis pisang dan cip coklat yang sangat serasi.

KEK PISANG MOIST HANYA 30 MINIT
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang sesuai.
- 1/4 cawan gula
- 1 cawan tepung gandum*
- 1 sudu teh soda bikarbonat*
- Secubit garam*
- Sedikit esen vanila
- 2 biji telur grade A
- 1/4 cawan minyak jagung/minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.
2. Ayak bahan-bahan bertanda * dan satukan dalam satu mangkuk.
3. Pukul telur sampai berbuih.
4. Satukan semua bahan step 1,2, 3 dan gaul rata.
5. Masukkan esen vanila.
6. Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.
7. Kemudian masukkan dalam paper cup/ loyang (saya guna 1 paper cup= 2 scoop ice cream)
8. Hiaskan dengan apa-apa topping yang di sukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)
9. Hentakkan sikit loyang/ paper cup untuk buang angin.
10. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200c. Bakar selama 30min atau sehingga masak.
PERINGATAN: SETIAP OVEN ADALAH BERBEZA. JADI MASA MEMASAK MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA
Info: Boleh hiris nipis pisang dan letak ke atas adunan sebelum dibakar.
Kredit: Sabariah Sharif

